Apa Itu Waran Dan 3 Kelebihan Membeli Waran Yang Anda Perlu Tahu

Pernah dengar pasal waran tak? Sebab dalam pelaburan saham, waran pun tidak kurang hebatnya. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan waran ni?

Jom kita berkenalan dengan waran terlebih dahulu, baru tahu apa kelebihan beli waran ni.

Saham Induk Umpama Mak, Waran Umpama Anak

Untuk memudahkan kita faham apa itu Waran, dengan bahasa mudahnya kita boleh anggap saham induk sebagai Mak dan waran sebagai Anak.

WARAN (WARRANT)

Waran terbahagi kepada dua:

1. Waran

  • Dikeluarkan oleh syarikat dengan tujuan untuk mendapatkan modal syarikat terbabit.
  • Selalunya mempunyai tempoh matang yang panjang iaitu untuk tempoh 4 tahun sehingga 10 tahun.

Jika Mak waran patuh Syariah, biasanya Anak waran juga patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada WA, WB, WC, WD.

Contoh: PMETAL-WA, PMETAL-WB

2. Waran Opsyen Beli

  • Dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan bagi saham yang tidak berkaitan dengan syarikat tersebut.
  • Kebiasaannya akan matang dalam jangka masa lebih pendek iaitu kurang dari setahun.

Walaupun Mak waran patuh Syariah, Anak waran tidak patuh Syariah. Kalau Mak waran tak patuh Syariah, sah-sah Anak waran pun tak patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada C diikuti dengan nombor.

Contoh: PMETAL-C15, PMETAL C-17

3 Kelebihan Membeli Waran

Sekarang kita dah tahu apa itu waran, sekarang tengok pula 3 kelebihan melabur dalam waran ni.

1. Harga Lebih Murah

Kos yang diperlukan untuk melabur dalam waran adalah lebih murah. Dari segi peratusan, waran adalah lebih sensitif kepada pergerakan saham berbanding aset-aset pendasarnya.

Sebagai contoh, kalau saham Mak berharga RM1.00, waran mungkin berharga 20 sen atau 50 sen, jauh lebih murah daripada saham Mak. Dapat juga merasa pegang lot yang banyak.

2. Potensi Untuk Untung Lebih Besar Berbanding Mak

Anak yang baik akan ikut perangai (pergerakan) Mak, jika saham Mak naik sebanyak 5%, saham Anak berpotensi untuk naik 10%. Naik banyak jugak tu, biasanya memang akan mengatasi Mak.

Oleh sebab itu, dengan melabur dalam waran, kita boleh menikmati keuntungan tiada had dengan kos rendah.

3. Lebih Mudah Untuk Diversify

Biasa dengar istilah ‘Don’t put all your eggs in one basket’? Disebabkan harganya yang murah berbanding saham Mak, kita boleh gunakan modal selebihnya untuk melabur di kaunter waran yang lain.

Boleh juga nak labur di tempat lain juga, tak semestinya duit modal yang kita ada tu kena labur ldalam saham kesemuanya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend