Apa Itu Waran Struktur Dan 4 Langkah Nak Melabur Dalam Waran Struktur

Dah baca belum Apa Itu Waran Dan Panduan Melabur Dalam Waran? Kalau dah, jom kita tengok pula Waran Struktur dan 4 langkah untuk melabur ke dalam Waran Struktur ini.

Untuk itu, kita rujuk kepada perkongsian Bijak Labur yang merupakan suatu inisiatif daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia seperti berikut:

Waran Sebagai Alternatif Saham

Tahukah anda yang anda boleh melabur dalam waran sebagai alternatif kepada saham? Apakah itu waran? Adakah ia berisiko? Terus baca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Pada asasnya, apabila anda melabur dalam waran, anda membuat satu “tempahan” untuk membeli sebilangan saham yang ditentukan lebih awal pada harga tertentu pada masa hadapan. Waran merupakan derivatif yang bermaksud nilainya diperolehi daripada saham pendasar. Ia adalah cara yang murah untuk melabur dalam saham syarikat tersenarai tanpa perlu membayar jumlah penuh. Kekurangannya adalah kerana ia mempunyai tempoh matang – biasanya sehingga 10 tahun – dan tidak bernilai sekiranya pelabur memegangnya melebihi tarikh matang. Ia juga tidak memberikan pemegang waran sebarang hak mengundi, dividend an hak untuk membuat tuntutan terhadap aset syarikat.

Glosari IQ Bijak Labur

  • Saham Pendasar: Juga dikenali sebagai “saham induk”, yang mana waran didasarkan.
  • Nisbah Laksana: Bilangan saham apabila waran ditukarkan sekiranya waran tersebut dilaksanakan.
  • Harga Laksana: Harga yang dipersetujui bagi pemegang waran membeli saham berdasarkan nisbah laksana sekiranya waran itu dilaksana.
  • Tarikh Luput: Hari terakhir waran boleh dilaksanakan. Tarikh luput bagi setiap waran akan ditentukan oleh penerbit waran.
  • Penyelesaian: Diterima oleh pemegang waran apabila melaksanakan waran. Ia sama ada dalam bentuk tunai atau diselesaikan secara fizikal.

Apabila seseorang pemegang waran hendak “melaksanakan” dan harga laksana (termasuk kos waran tersebut) adalah lebih rendah daripada harga pasaran saham pendasar, pemegang waran akan meraih keuntungan. Bagaimanapun, sekiranya harga laksana lebih tinggi, pemegang akan rugi. Contoh waran ialah waran terkumpul Khazanah, waran terkumpul CIMB, waran saham tunggal dan waran opsyen beli `zero strike’ OSK.

Apa Perbezaan Waran Syarikat Dengan Waran Berstruktur?

Waran syarikat
Waran berstruktur
Diterbitkan oleh Syarikat tersenarai Institusi kewangan pihak ketiga
Saham pendasar Saham syarikat Mana-mana saham syarikat yang tiada berkaitan dengan institusi kewangan tersebut (tetapi mesti memenuhi keperluan bawah Garis Panduan SC,”Guidelines for the Issue of Structured Warrants”)
Apabila dilaksanakan Syarikat akan menerbitkan saham tambahan untuk memenuhi tanggungjawabnya. Ini menyebabkan kecairan saham Tidak menyebabkan kecairan kepada saham pendasar
Tempoh matang Sehingga 10 tahun 6 bulan hingga 5 tahun
Penyelesaian Penerbit bebas untuk menetapkan terma dan syarat waran

4 Langkah Sebelum Melabur Dalam Waran Berstruktur

1. Fahami Ciri-Ciri Waran
Sebagaimana produk pelaburan lain, anda perlu mendapat gambaran jelas dan lebih kefahaman mengenai selok-belok waran, iaitu bagaimana ia dijalankan, manfaatnya, serta risiko yang terbabit. Ini adalah bagi memastikan bahawa waran ialah produk pelaburan yang betul-betul memenuhi matlamat pelaburan anda.

2. Kenal Pasti Arah Aliran Pasaran
Waran ialah produk derivatif dan nilainya berkait secara langsung kepada harga saham pendasar. Sekiranya harga saham tersebut naik (atau turun), harga waran juga akan berubah. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelabur menjangkakan bahawa pasaran akan berprestasi baik, dia akan membeli waran opsyen beli untuk mengambil kesempatan kenaikan harga pada masa hadapan. Dalam kes waran yang diselesaikan secara tunai, sekiranya harga semasa saham pendasar adalah lebih tinggi daripada harga laksana waran dan waran tersebut dilaksanakan (sebelum tempoh matang), pemegangnya akan memperolehi tunai, iaitu perbezaan positif antara harga semasa saham dan harga laksana waran.

3. Tentukan Batasan Pelaburan
Tentukan tempoh akhir bagi saham pendasar untuk sampai ke tahap sasarannya. Ingat bahawa waran berstruktur ialah instrument dagangan jangka pendek dan akan luput selepas tempoh laksana.

4. Membandingkan Waran-Waran
Apabila anda telah menyenarai pendek pilihan anda kepada dua hingga tiga waran, anda perlu membandingkan harga waran tersebut dengan mengenal pasti bagaimana harga saham pendasar turun naik dalam tempoh masa tertentu. Sebagai panduan, waran yang mempunyai turun naik harga yang stabil ialah pilihan pelaburan yang lebih baik.

Kaedah Penyelesaian Waran Berstruktur

Bagi semua waran penyelesaian tunai, penerbit mesti menyediakan penyelesaian automatik ketika tarikh luput, iaitu pemegang tidak perlu memberikan notis pelaksanaan, tidak seperti pelaksanaan tidak automatik yang memerlukan pemegang memberikan notis pelaksanaan untuk melaksanakan waran.

Akhir Kata

Sebagai pelabur bijak, anda perlu menumpukan perhatian terhadap ciri-ciri produk pelaburan dan manfaatnya dan yang lebih penting, risiko berkaitan sebelum melabur. Kesimpulannya, perkara yang sama diguna pakai kepada produk berstruktur.

Sumber: InvestSmart SC

Contoh Waran Struktur

Kalau kat Trading Platform, anda boleh lihat semua Waran Struktur yang didagangkan di Bursa Malaysia. Caranya ialah dengan pilih:

Search Result -> Search By Sector -> Structured Warrants -> All Sectors

Setakat 11 April 2018, terdapat 642 Waran Struktur yang ada di Bursa Malaysia. Tapi bagi yang beragama Islam, cari yang patuh Syariah ya.

*Tapi malangnya, kesemua 642 Waran Struktur yang ada buat masa ini adalah yang tak patuh Syariah.

Banyak Benda Perlu Tahu Berkenaan Waran

Sekarang dah tahu serba sedikit tentang apa itu Waran dan langkah-langkah untuk melabur dalam Waran, konsepnya masih sama.

Kita perlu lakukan Fundamental Analysis untuk tahu waran mana yang sihat bergantung kepada Saham Pendasar, dan Technical Analysis untuk tahu masa terbaik untuk beli Waran tersebut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend