“Apa Jadi Kat Saham Saya, Bila Saya Meninggal Dunia?”

Alhamdulillah semakin ramai orang yang celik tentang pelaburan saham. Kita sibuk cari harta dan kembangkan harta, sampai terlupa bahagian terakhir; iaitu nak wariskan harta.

Pernahkah kita terfikir dalam banyak-banyak saham yang kita miliki ni, apa akan jadi kepanya jika kita meninggal dunia nanti?

Jom kita dengar pendapat Hanif Yahaya, doktor kewangan yang merupakan seorang perancang kewangan bertauliah.

Ramai Yang Tak Tahu Perkara Ini

Ini adalah soalan yang ditanyakan oleh salah seorang peserta Shariah Investing pada tempoh hari. Satu soalan yang sangat jarang ditanya. Apalagi mengkagumkan ia datang dari seorang anak muda yang aku rasa lagi muda dari aku.

Hehe, dah cecah 30 tahun 9 Oktober ni, kena lah sedar diri tu dah tua kan?

Ok. Secara asasnya segala harta dimiliki sewaktu hidup seseorang dikategorikan sebagai harta pemilikan manakala apabila mati ia terus menjadi harta pusaka. Tak kira lah apa harta sekalipun waima perabot dalam rumah sekalipun.

Harta pusaka ni perlu dibahagikan secara faraid kepada semua ahli waris yang berhak selepas segala hutang si mati, harta sepencarian, dan wasiat kepada bukan ahli waris telah dibuat.

Eh, biar betul perabot pun dikategorikan sebagai harta pusaka. Takde pun orang masukkan dalam bicara pusaka pun!

Harta boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori, Harta Tak Bergeran dan satu lagi Harta Bergeran.

Harta Tak Bergeran

Ini adalah harta yang tiada bukti pemilikan bertulis seperti perabot rumah tu tadi, jam tangan, telefon, lembu, dan sebagainya. Harta-harta ini perlu dibahagikan kepada sesama ahli waris berhak atas suka sama suka dan toleransi tanpa perlu bicara pusaka.

Harta Bergeran

Ini pula harta yang mempunyai bukti bertulis jelas milik si mati. Harta ini pula boleh dipecahkan kepada harta tak alih dan harta alih.

Harta tak alih ni adalah seperti tanah dan rumah dan harta alih pula adalah semua harta bergeran selain dari rumah dan tanah seperti akaun bank, akaun pelaburan, saham dan lain-lain.

Harta-harta bergeran ni perlu melalui bicara pusaka terlebih dahulu sebelum boleh dibahagikan kepada ahli-ahli waris yang berhak, setelah keluarnya arahan perintah pembahagian.

Sudahkah korang merancang legasi harta-harta yang dimiliki? Meh sini aku tolong.

Mahu seorang Licensed Financial Planner menguruskan segala hal-hal kewangan anda?

Ditulis oleh Hanif Yahaya. Seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau juga adalah pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di drhanifyahaya@yahoo.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend