Apa Kejadah Mufti Pun Nak Cakap Pasal Saham?

Jangan marah. Tajuk sedikit hype.

Kenal ke tak siapa yang dimaksudkan ni?

Umur 45 Dah Jadi Mufti

Yang berbahagia Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Beliau kini menetap di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Dr. Shereen bt. Mohd. Yunus dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Rengas Bekah, Kuala Terengganu, Terengganu. Di peringkat menengah, beliau menyambung pengajian di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu dan Sek. Men. Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk aliran Thanawi.

Pada tahun 1989, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Islam Madinah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Ilmu-Ilmu Islam Dan Arab, Damsyik, Syria.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli telah dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan pada 23 Jun 2014.

Mesra Dengan Rakyat

Menyedari keperluan untuk institusi mufti dan kefatwaan lebih turun padang dan dekat dengan masyarakat, Dato’ Seri Dr. Zulkifli mengambil inisiatif mewujudkan program #JumaatMuftiWP di mana beliau akan turun ke masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan untuk menyampaikan tazkirah Jumaat, Khutbah dan beramah mesra dengan masyarakat sekitar secara santai. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat sekitar dan jawatankuasa masjid.

Jumpa Mufti Dan Tokoh Agama Lain Di Simposium Saham Syariah

Ni nak bagitau ni, Dato’ Seri Dr. Zulkifli dijadual untuk berucap di Simposium Saham Syariah 2018 (SSS2018) yang akan berlangsung pada 3 November 2018, pada hari Sabtu dan bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam (student UiTM Shah Alam wajib datang!). Beliau akan berbicara mengenai topik, “Melabur Tanpa Ragu”.

Kalau cerita bab saham, biasanya speaker terdiri daripada sifu saham atau orang daripada Bursa Malaysia kan?

Jangan risau, mereka juga ada. Tuan Haji Mohd Asri Ahmad, mentor pelaburan saham #1 Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, CEO Bursa Malaysia dan Tuan Nik Ihsan, presiden Malaysian Association of Technical Analysts (MATA).

Tapi asyik dengar daripada orang dalam industri saja, sebab itulah simposium kali ini menampilkan perubahan.

Dah asyik cakap melabur saham tu HARAM, HARAM, HARAM…Nah penganjur bawa Mufti terus untuk jelaskan.

Bukan Mufti Wilayah Persekutuan seorang saja ‘orang agama’ yang akan berucap pada majlis tersebut, kita juga ada:

  1. Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan topik “Kenapa Perlu Kaya”?
  2. Ustaz Ahmad Husni Abd. Rahman, Penceramah Bebas & Amil Profesional dengan topik “Pelaburan / Produk Patuh Syariah”
  3. Ustaz Haslin Baharin @ Ustaz Bollywood, Penceramah Bebas & Pelabur Bursa Malaysia dengan topik “Pelaburan VS Perjudian”.
  4. Ustaz Mohammad Yaakob Yusra, Pengurus Kompleks Darul Murthada & Pelabur Bursa Malaysia dengan topik “Nilai Tangga Ilmu”.

Nak lagi best, ustaz selebriti kita iaitu Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang juga akan turun padang untuk menyertai program sehari suntuk ini sebagai Moderator.

Dah Kenapa Mufti Dengan Ustaz-Ustaz Nak Cakap Pasal Saham?

Kalau perasan, topik-topik yang akan dibawa oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan juga ustaz-ustaz lain adalah berkisar tentang pelaburan patuh syariah, kenapa kita perlu ada ilmu, kenapa kita perlu jadi kaya dan yang seangkatan dengannya.

Bila orang Islam semakin ramai yang kaya, makin ramai orang yang boleh kita bantu.

Makin ramai orang yang kita bantu, makin banyak pahala (baca saham akhirat) yang kita perolehi.

Rebut Peluang

Cerita banyak pun tak guna, pergi dengar sendiri daripada mulut Mufti dan para ilmuwan ini. Cepat daftar untuk hadirkan diri ke Simposium Saham Syariah 2018 (SSS2018) di sini.

Daftar dan ajak sekali suami, isteri, abang, kakak, adik semua untuk datang. Terbuka untuk mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas saja.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend