Apakah Bursa Malaysia Dan Peranannya? Semua Pelabur Saham Wajib Tahu

Bagi semua pelabur Malaysia, pasti tidak asing lagi dengan Bursa Malaysia. Atau ada yang biasa dengar, tapi tahukah anda peranan Bursa Malaysia ni?

Jom kita fahamkan betul-betul siapa Bursa Malaysia ni.

Sejarah Bursa Malaysia

Bursa Malaysia ditubuhkan pada 1930 sebagai Persatuan Broker-broker Saham Singapura yang menjadi pertubuhan rasmi sekuriti di Tanah Melayu. Pada tahun 1937, ia dikenali sebagai Persatuan Broker Saham Tanah Melayu. Pada tahun 1960-1964, perdagangan saham bermula dan Bursa Saham telah dibentuk.

Oleh kerana pemisahan Singapura daripada Malaysia dan pertukaran matawang antara dua negara, maka terhasilnya Bursa Saham Kuala Lumpur Bhd (KLSEB) dan Bursa Saham Singapura (SES).

Peranan Bursa Saham Malaysia

Situasi sesebuah syarikat yang ingin meningkatkan modal perniagaan, sudah pastinya akan menggunakan pasaran saham dimana mereka akan menjadikan sebahagian syarikat sebagai perkongsian untuk keuntungan dengan cara dijual kepada pelabur individu dan pelabur institusi.

Oleh itu, terdapat beberapa peranan dan fungsi Bursa Malaysia.

  • Menyediakan kemudahan dan peraturan bagi urusniaga saham di Malaysia.
  • Mempertingkatkan kemudahan bagi tujuan peningkatan perdagangan dan perindustrian pelaburan di Malaysia.
  • Menyediakan tempat pasaran bagi meningkatkan modal perniagaan dengan jual beli sekuriti yang disenaraikan.
  • Menyediakan maklumat saham kepada pelabur
  • Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan urusan pelaburan serta mewujudkan minat pelabur dan orang awam terhadap pasaran sekuriti
  • Mencairkan mata wang dan menyalurkannya untuk projek-projek pelaburan.
  • Mengawal perjalanan pasaran dan dasar korporat.
  • Menunjukkan indeks am tentang pergerakan harga dan pelaburan serta tahap kedudukan ekonomi negara.
  • Berusaha menjadikan matawang negara lebih stabil dan mengelakkan inflasi.
  • Meluaskan projek pembangunan bagi meningkatkan keupayaan ekonomi

Anak Syarikat Bursa Malaysia Dan Peranannya

Merujuk (wikipedia), anak syarikat Bursa Malaysia turut berfungsi dalam meningkatkan hasil ekonomi melalui peranannya yang tersendiri. Semuanya berkait rapat dengan setiap aktiviti pelaburan yang melibatkan orang awam, pelabur dan organisasi.

Di antara Anak Syarikat Bursa Malaysia adalah:

  • Bursa Malaysia Securities Bhd:  Mengekalkan pertukaran sekuriti
  • Bursa Malaysia Derivatives Bhd:  Mengendali dan mengekalkan urusniaga pertukaran hadapan dan opsyen
  • Labuan International Financial Exchange Inc.: Menghasil dan mengendalikan urusan pertukaran kewangan persisiran
  • Bursa Malaysia Bonds Sdn Bhd:  Menyedia, mengendali dan mengekalkan pertukaran bangunan elektonik berdaftar bagi pasaran bon sekunder
  • Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd:  Menyedia, mengendali dan mengekalkan satu gedung penjelasan clearing house bagi pertukaran saham/sekuriti
  • Bursa Malaysia Derivatives Clearing Bhd:  Menyedia, mengendali dan mengekalkan satu gedung penjelasan bagi pertukaran hadapan dan opsyen
  • Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd:  Mengawal dan mengekalkan satu simpanan pusat
  • Bursa Malaysia Depository Nominees Sdn Bhd:  Berfungsi sebagai satu penama bagi simpanan pusat dan menerima cagaran terhadap simpanan/deposit untuk pengurusan dani jagaan selamat
  • Bursa Malaysia Islamic Services Sdn Bhd:  Mengendali semua pernigaan Pasaran Islam dan aktiviti-aktiviti yang dimulakan di bawah Bursa Malaysia 

Akhir kata, Bursa Malaysia mempunyai pelbagai fungsi dan perkhidmatan produk yang diketengahkan seperti pasaran sekuriti, derivatif, penawaran Islam dan lain-lain lagi. Bursa juga membantu pelabur daripada segi jual beli saham, ETFs, REITs, Pinjaman, Bon dan juga TSR.

Semuanya bagi memudahkan urusan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur.

Sumber:  BursaMalaysia

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend