Apakah Maksud Pendekatan Top-Down dan Bottom-Up Dalam Analisa Fundamental, Dan Perbezaan Di Antara Keduanya?

Di dalam analisa fundamental, terdapat pelbagai sub-pendekatan untuk mengukuhkan sesebuah analisa fundamental. Semua sub-pendekatan mempunyai satu tujuan, iaitu memberikan kita maklumat tentang betapa kukuhnya syarikat tersebut.

Namun, walaupun tujuan sub-pendekatan tersebut adalah sama, terdapat perbezaan daripada segi analisa pemilihan saham yang digunakan. Berikut adalah sub-pendekatan analisa fundamental yang popular dalam pasaran saham iaitu:

Pendekatan Top Down (Top-Down Approach)

Top Down approach adalah salah satu daripada pecahan analisa fundamental, yang juga dikenali sebagai EIC Approach (Economy-Industry-Company). Di dalam Top Down approach, pelabur akan memecahkan kepada beberapa bahagian atau titik penglihatan daripada gambaran yang besar, dan turun kepada gambaran yang lebih kecil.

Di sebabkan inilah ia digelar sebagai pendekatan Top Down.

Pertama, pelabur akan mengenalpasti keseluruhan ekonomi dunia dan ekonomi sesebuah negara. Ianya bagi mengenali keadaan pertumbuhan ekonomi dunia, benua, dan juga negara; serta hanya menumpukan kepada pertumbuhan sihat dan kukuh dalam sesebuah negara, berbanding ekonomi negara lain.

Contohnya, pelabur akan menganalisa negara Asia, dan hanya menumpukan kepada negara yang mempunyai keseluruhan pertumbuhan ekonomi yang baik dan mengabaikan negara yang tidak begitu baik.

Melalui analisa keseluruhan ekonomi negara tersebut, pelabur beralih kepada skop tumpuan seterusnya, iaitu industri dan sektor yang dilihat, bagi mengenalpasti industri dan sektor yang mana mempunyai potensi lebih tinggi untuk berkembang.

Kemudiannya barulah beralih kepada skop tumpuan terakhir, iaitu perniagaan yang terdapat di dalam ciri-ciri di atas. Pelabur akan menjangka pulangan pendapatan yang tinggi, terhadap pelaburan saham yang dibuat terhadap perniagaan tersebut.

Pendekatan Bottom Up (Bottom Up Approach)

Pendekatan Bottom Up hanya melibatkan analisa syarikat yang berkembang baik dalam perniagaan mereka. Ianya tanpa berpandukan carian saham terhadap mana-mana industri  tertentu atau  ekonomi sesebuah negara.

Semua saham yang disenaraikan , dalam pasaran saham satu dunia akan dianalisa, tanpa mengira negara atau industri operasi sesebuah perniagaan tersebut.  Pelabur menggunakan pelbagai kriteria pemilihan untuk mencari saham syarikat yang terbaik. 

Kriteria pemilihan sedemikian membantu pelabur mencari saham terbaik menurut perspektif mereka. Mereka hanya menumpukan perhatian kepada syarikat yang berkembang baik daripada segi pendapatan dan keuntungan, pertumbuhan yang pantas dan sebagainya.

Sebaik saja jumpa saham-saham tersebut, mereka akan terus melabur dan mengharapkan pulangan keuntungan pelaburan untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Perbandingan Top Down dan Buttom Up

Top Down hanya terbatas kepada negara dan sektor serta industri yang baik berbanding Buttom Up yang tidak mempunyai sebarang limit pelaburan. 

Bottom Up, menyediakan pelbagai platform kepada pelabur untuk mengambil peluang dalam pelbagai kenaikan perniagaan. Walaupun tiada halangan atau hitam putih mengenai penggunaan, mana yang lebih baik dan sebagainya, namun pendekatan Bottom up adalah lebih bebas dan lebih terbuka.

Peter Lynch adalah salah satu contoh ikon pelabur dalam pendekatan Bottom Up yang diamalkan beliau pada tahun 1977 sehingga tahun 1990.

Namun harus diingat, setiap sub-pendekatan sentiasa mempunyai risiko tersendiri. Jika seseorang pelabur lebih memikirkan risiko berbanding keuntungan, peluang untuk berjaya adalah lebih cerah.

Nak Lagi Mudah, Memperkenalkan SpeedSaham

SpeedSaham adalah screener saham berasaskan web menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

This image has an empty alt attribute; its file name is Onpay-Prev-Banner-Home-700x350.jpg

Saham Short Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam atau sehari dua.

Saham Mid Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa seminggu dua.

Saham Long Term?

Sesuai untuk pelabur simpan dan peram, buat duit dalam masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana SpeedSaham boleh membantu kita, tak kisah kita seorang pelabur atau pedagang; klik http://bit.ly/LanggananSpeedSaham untuk melanggan atau tempah tempat duduk anda di sesi previu SpeedSaham.

Jumpa anda di sana!

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA