Apple Bernilai $1 Trilion US Dolar, Adakah Syarikat Di Malaysia Pun Kena Tempias?

Tahniah kepada syarikat Apple kerana Syarikat Apple Kini Bernilai $1 Trilion US Dolar. Satu-satunya syarikat yang disenaraikan di Amerika Syarikat yang melepasi paras magik ini.

Tahniah juga kepada pembeli-pembeli gajet-gajet keluaran Apple seperti iPhone, iPad, MacBook, Apple Watch dan bermacam-macam lagi. Kerana adanya sales yang tinggi bagi barangan Apple, disokong dengan margin jualan yang tinggi – syarikat Apple untung besar, yang menyaksikan lebih ramai pelabur beli saham Apple.

Sumber: Google Finance

Detik bersejarah ini tercatat pada tanggal 2 Ogos 2018, apabila harga saham Apple berada paras $207.05 US Dolar seunit. Dan kini harganya meningkat lagi, sebab pada kebiasaannya apabila harga saham ‘Breakout’ dan mencatatkan paras All-Time High; memang ianya berpotensi untuk naik lebih tinggi.

Berita Baik Untuk Supplier Apple

Disebabkan berita yang menggembirakan ini jugalah, dikatakan banyak syarikat-syarikat di Malaysia yang bakal menerima tempiasnya. Tapi siapakah supplier untuk syarikat Apple ni?

Untuk itu, kita boleh rujuk kepada senarai yang dikeluarkan pihak Apple sendiri di laman web Apple.

Ada dua senarai sebenarnya, yang pertama iaitu Smelter and Refiner (Pelebur dan Penapis). Dalam senarai ini, cuma ada satu saja syarikat daripada Malaysia iaitu:

Sumber: Apple Smelter and Refiner List – fail PDF

Syarikat ini turut disenaraikan di Bursa Malaysia:

Sumber: Bursa Marketplace

Sila ambil maklum bahawa syarikat MSC ini tidak patuh Syariah ya.

Seterusnya, adalah senarai pembekal Apple pula.

Nama PembekalAlamatButiran
Alps Electric Co., Ltd.P.T. 10643 Nilai Industrial Estate, Nilai, Negeri Sembilan, MalaysiaAlps Electric (Malaysia) Sdn Bhd

Apollo Global Management LLCNo. 3, Lintang Bayan Lepas 8, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Fasa 4, Mukim 12, Bayan Lepas, Penang, MalaysiaSyarikat Ekuiti Persendirian

Infineon Technologies AGFree Trade Zone, Jalan Batu Berendam, Batu Berendam, Melaka, Malaysia

 

Lot 10 & 11, Kulim Hi-Tech Park, Kedah Darul Aman, Jalan Hi-Tech 7, Industrial Zone Phase II, Kulim, Kedah, Malaysia

Infineon Technologies (Malaysia) Sdn Bhd

Intel Corp.Bayan Lepas Industrial Park IV, Penang, Malaysia

 

Lot 8, Jalan Hi-tech 2/3, Kulim Hi-tech Park, Kulim, Kedah, Malaysia

Intel Malaysia

Knowles Corp.Plot 104, Lebuhraya Kampung Jawa, Bayan Lepas Industrial Estate, Penang, Malaysia

Knowles Electronic (M) Sdn. Bhd.

Koch Industries Inc.2607 Jalan Perusahaan Kawasan Perindustrian, Perai, Penang, Malaysia

Molex (M) Sdn. Bhd.

Murata Manufacturing Co., Ltd.Plot 15, Bemban Industrial Park Jalan Bemban, Batu Gajah, Perak, Malaysia

Murata Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd.

ON Semiconductor Corp.Lot 122 Senawang Industrial Estate, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

 

Lot 55 Senawang Industrial Estate, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

ON Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd.

Renesas Electronics Corp.Lot 54 Kulim, Industrial Estate. Seluang, Kulim, Kedah, Malaysia

Renesas Semiconductor (Kedah) Sdn. Bhd. (RSK)

Rohm Co., Ltd.Lot 1320 Kawasan Perindustrian, Pengkalan Chepa II, Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Rohm-Wako Electronics (M) Sdn Bhd

STMicroelectronics N.V.Industrial center Muar, Tanjong Agas Industrial Area PO Box 28, 84007, Muar, Johor, Malaysia

STMicroelectronics Sdn. Bhd.

Taiyo Yuden Co., Ltd.Lot 977, Block 12, Sama Jaya Free Industrial Zone, Kuching, Sarawak, Malaysia

Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd

Vishay Intertechnology Inc.No. 1710-1 Kawasan Perindustrian Krubong, Melaka, Malaysia

Vishay Semiconductor Malaysia Sdn Bhd

Sumber: Apple Supplier List – fail PDF

Hampir Semua Supplier Apple Di Malaysia Tersenarai Di Pasaran Saham

Kalau ditengok kepada butiran di atas, syarikat yang menjadi supplier kepada Apple di Malaysia merupakan anak syarikat yang tersenarai di pasaran saham seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan juga Itali.

Takde ke syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia jadi supplier Apple?

Inari Amertron Berhad

Ada, namanya Inari tetapi mungkin bukan secara langsung menjadi supplier kepada Apple. Ini kerana Inari sebenarnya memasang dan menguji barangan untuk syarikat Broadcom Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Dan kalau nak tahu, Tan Hock Eng yang berumur 66 tahun adalah merupakan Anak Jati Penang Menerima Gaji CEO Tertinggi di Amerika Syarikat.

Kisahnya, Inari memperolehi 75% pendapatannya daripada Broadcom ini.

Sumber: Laman Web Inari

Sumber: Bursa Marketplace

Secara tak langsungnya, boleh dikatakan permintaan terhadap barangan Apple meningkat, saham Apple meningkat, jualan Broadcom kepada Apple meningkat, pendapatan Inari turut meningkat.

Adakah harga saham Inari akan meningkat disebabkan news ini? Bagaimana pula dengan saham-saham luar negara lain yang turut menjadi supplier kepada Apple? Kita tunggu dan lihat…

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA