Astro Nak Dinyahsenaraikan Dari Bursa Malaysia (Delisted)? Apa Kesannya Kepada Pelabur

Dengar cerita, Tan Sri Ananda Krishnan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Astro Malaysia Holdings Berhad kembali menjadi syarikat persendirian. Ini adalah disebabkan harga saham syarikat yang mengalami kemerosotan teruk sehinggakan Astro terkeluar daripada senarai Top 30 FBMKLCI.

Kalau nak tahu, FBMKLCI terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

Nota:

Market Capitalization = Nilai sesuatu saham

Market Capitalization = Harga Saham x Jumlah Volume Saham

Prestasi Saham Astro Setahun Kebelakangan

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham 5 Jun 2017: RM2.55

Harga Saham 5 Jun 2018: RM1.60

Penurunan: RM0.95 atau 37.3%

Memang teruk jugalah harga saham Astro menjunam.

Dan kalau diikutkan senarai Top 50 saham di Bursa Malaysia berdasarkan Market Cap, Astro berada di kedudukan ke-43. Memang patutlah Astro terkeluar daripada FBMKLCI berdasarkan ranking ini.

Maxis Dulu Pun Pernah Dinyahsenaraikan

Pemilik yang sama iaitu Tan Sri Ananda Krishnan juga pernah melakukan perkara serupa pada tahun 2007 dengan syarikat telekomunikasi gergasi Maxis.

Di antara sebab-sebab Maxis menjadi syarikat persendirian adalah:

  • Pasaran telekomunikasi Malaysia kelihatan tepu, maka Maxis bercadang untuk ke luar negara bagi tujuan pengembangan
  • Kos pelaburan di India dan Indonesia lebih mahal daripada yang disangkakan, jadi untuk memindahkan wang ke sana bukanlah mudah bagi syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia
  • Satu-satunya cara bagi Tan Sri Ananda Krishnan untuk memindahkan kekayaan beliau ke tempat lain, bagi mengelakkan ‘menyimpan semua telur dalam bakul yang sama’
  • Dengan mudah dapat menggandakan wang beliau sekiranya Maxis berjaya disenaraikan di pasaran saham luar negara

Apa Kesannya Kepada Pemegang Saham Astro?

Kesan jangka masa pendek, saham Astro mencatatkan kenaikan sebanyak RM0.18 atau 12.68% sebaik sahaja berita ini tersebar.

Bagi jangka masa panjang pula, Tan Sri Ananda Krishnan mungkin akan membeli balik semua saham pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Katakan harganya sekarang adalah RM1.60, mungkin beliau akan membuat tawaran untuk membeli semua saham Astro pada harga RM1.70. Maka semua pelabur akan untung sekelip mata. Ini contoh saja ya.

Saham Astro Tak Patuh Syariah

Akhir kata, harus diingatkan bahawa saham syarikat Astro ini tak patuh Syariah. Jangan pula sibuk nak beli disebabkan khabar angin ini.

Tak mengapa, ada 693 saham patuh Syariah di Bursa Malaysia berdasarkan Senarai Terkini Saham Syarikat di Bursa Malaysia Yang Patuh Syariah (Versi Mei 2018).

Sumber Rujukan: Berita Harian

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend