Anda Anak Muda Berusia Bawah 30? Jom Kita Melabur Saham

Setiap orang berbeza target kewangan. Ada yang target nak ada simpanan RM100,000 sebelum umur 30 tahun. Ada yang target nak beli rumah sendiri. Semua itu tak mustahil.

Dah berjaya konsisten simpan duit setiap bulan? Terbaik dah tu.

Langkah seterusnya kembangkanlah duit tu. Menyimpan tu memang bagus tetapi melabur tu lebih bijak.

Tahukah anda bahawa kita dah boleh mula melabur saham seawal umur 18 tahun? Ya, nampaknya semakin ramai anak muda kita tahu tentang potensi pelaburan saham di Malaysia.

Tengok saja infografik di bawah ini:

Sumber: FB Bursa Malaysia-i

Alhamdulillah, semakin ramai golongan yang berumur bawah 30 tahun yang sudah melibatkan diri sebagai pelabur atau pedagang saham. Tidak kira samada anda merupakan pelajar di universiti atau baru melangkah ke alam pekerjaan, lagi awal kita mula, lagi bagus sebenarnya.

Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berumur 18-39 tahun, adalah empat kali lebih cenderung untuk melabur saham berbanding pelabur yang lebih tua. Biasalah, mereka yang lebih muda ini sanggup mengambil risiko yang lebih tinggi, maka pulangan pun lebih tinggi berbanding instrumen pelaburan lain. Bak kata pepatah, “High Risk High Return”.

Mengikut data terkini juga, Tahniah Setengah Juta Bumiputera Yang Dah Ada Akaun CDS!  Setakat penghujung Januari 2019, khabarnya ada 1.9 juta akaun CDS yang dimiliki pelabur runcit. Kalau mengikut kepada golongan:

1. Bumiputera – 26.5% = 503,500 orang

2. Bukan Bumiputera – 71.5% = 1,358,500 orang

3. Warga Asing – 2.0% = 38,000 orang

Penglibatan golongan Bumiputera juga kelihatan semakin meningkat dari setahun ke setahun. Sejak tahun 2015, akaun CDS telah berkembang dengan pesatnya di mana:

  • Bumiputera: Meningkat 35.6%
  • Bukan Bumiputera: Meningkat 21.7%
  • Warga Asing: Meningkat 20.4%

Ini menunjukkan bahawa semakin ramai orang di Malaysia yang semakin celik tentang kewujudan pelaburan saham di Bursa Malaysia yang SAH dan PATUH SYARIAH.

Kalau nak tahu sehingga hari ini ada 689 saham patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kalau masih ada yang kata melabur saham ni haram tak tahulah nak cakap apa.

Mulakan Langkah Pertama Anda Hari Ini

Bagi yang belum lagi bermula, atau baru terdetik nak mula, ayuh kita rancakkan lagi industri pelaburan saham di Malaysia. Mulakan dengan membaca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Seterusnya, kita perlukan akaun Central Depository System (CDS) untuk jual beli saham. Bagi yang berminat nak buka akaun CDS, boleh rujuk artikel berikut:

Lepas dah buka akaun CDS tu jangan main hentam terus beli saham ikut kawan. Kami sarankan pergilah mana-mana seminar anjuran Bursa Malaysia-i terlebih dahulu.

Selamat melabur!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend