Bagaimana Nak Tentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Syariah Atau Tidak?

Malaysia melaksanakan dwisistem pasaran modal iaitu pasaran modal konvensional dan pasaran modal Islam. Kelebihan melabur dalam pasaran saham di Bursa Malaysia ialah terdapat panel penasihat syariah yang akan sentiasa memantau aktiviti perniagaan sesuatu syarikat. Ada sesetengah syarikat yang kita boleh tahu sekali pandang ia menjalankan perniagaan yang tidak patuh syariah seperti Genting, Berjaya Toto dan Carlsberg.

Majlis Penasihat Syariah (MPS) di Suruhanjaya Sekuriti telah diberi mandat untuk membuat penyaringan sekuriti tersenarai di papan Bursa  dan menyediakan Senarai Sekuriti Lulus Syariah. Jadi anda tak perlu ragu-ragu akan status pelaburan kerana anda hanya perlu memilih kaunter yang telah terbukti halal.

Senarai Sekuriti Patuh Syariah ini diterbitkan kepada umum dua kali setahun iaitu pada akhir Mei  dan November. Kriteria Syariah yang telah digariskan oleh MPS bagi sektor ekuiti akan melalui 3 peringkat penyaringan iaitu:

Tahap 1: Pemeriksaan Aktiviti Perniagaan Syarikat

MPS akan mengambil kira peratus sumbangan aktiviti tidak patuh Syariah kepada keseluruhan hasil dan keuntungan sebelum cukai (PBT) syarikat. Pengiraan akan dibuat dan dibandingkan dengan penanda aras aktiviti perniagaan yang berkaitan seperti berikut:

1. Penanda Aras 5%

Digunakan  bagi  mengukur  tahap  percampuran  sumbangan  aktiviti  yang  jelas  keharamannya  atau  tidak selaras dengan Syariah seperti perniagaan yang disenaraikan dibawah ini.  Peratus sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang dari 5%  (<5%) pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat:

  • perbankan konvensional
  • insurans konvensional
  • perjudian
  • minuman keras dan segala aktiviti berkaitan dengannya
  • daging khinzir dan segala aktiviti berkaitan dengannya
  • makanan dan minuman yang tidak halal
  • aktiviti hiburan yang tidak patuh syariah
  • tembakau dan segala aktiviti berkaitan dengannya
  • pendapatan yang dijana hasil daripada kadar faedah/bunga
  • segala jenis aktiviti perniagaan berkaitan yang  tidak mematuhi prinsip syariah

2. Penanda Aras 20%

Bagi aktiviti perniagaan yang disenaraikan dibawah ini, peratus sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang dari 20%  (<20 pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat

  • hotel dan resort
  • perdagangan saham
  • perniagaan berkaitan broker saham
  • hasil sewaan yang diterima daripada aktiviti yang tidak patuh syariah
  • lain-lain aktiviti perniagaan yang dilihat sebagai tidak menepati prinsip syariah

Tahap 2: Pemeriksaan Pada Nisbah Kewangan Syarikat

Bagi aspek nisbah kewangan syarikat MPS telah menetapkan supaya riba  tidak melebihi 33%  (<33%).

1. Simpanan tunai berbanding jumlash aset keseluruhan

Jika syarikat mempunyai simpanan tunai di akaun bank konvensional nilai keseluruhannya mestilah kurang 33%. Walau bagaimanapun simpanan tunai di perbankan Islam dikecualikan kerana tidak mempunyai riba.

2. Nilai hutang berbanding jumlah aset keseluruhan

Jika syarikat berhutang dan dikenakan kadar faedah, nilai keseluruhannya mestilah kurang 33%. Walau bagaimanapun pinjaman melalui perbankan Islam atau melalui sukuk dikecualikan.

Tahap 3: Pemeriksaan Kualitatif

Selain daripada dua kriteria yang disenaraikan di atas, MPS turut mengambil kira pandangan masyarakat umum di mana mestilah menonjolkan imej syarikat yang baik dan segala aktiviti syarikat juga perlu mengambil kira perspektif ajaran Islam.

Sumber Rujukan:

http://e-muamalat.islam.gov.my/sites/default/files/jurnal_muamalat/2010/06/7_peranan.pdf

http://www.bursamalaysia.com/misc/system/assets/20201/BM-i_Investing_Guide_Eng.pdf

Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhunjaya Sekuriti

Bukan calang-calang orang yang menjadi ahli MPS ini, kesemua mereka ada kelulusan dan memang pakar dalam bidang kewangan Islam.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Boleh juga rujuk Senarai Terkini Saham Syarikat di Bursa Malaysia Yang Patuh Syariah yang terkini iaitu pada 23 November 2017.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend