Bajet 2018 Dan Kesannya Kepada Pasaran Saham Malaysia

Sumber : nst.com.my

Pembentangan bajet 2018 daripada Perdana Menteri sudah pun selesai. Agak-agak ada tak kesan kepada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia?

Jom kita tengok industri-industri yang bakal kena tempias Bajet 2018:

Sumber rujukan: The Star

1. Industri Pembinaan

Ada 3 berita atau catalyst yang bakal memberi kesan:

  • Peruntukan RM230 juta untuk Central Spine Road bagi meneruskan kerja-kerja pembinaan jalan daripad Raub ke Bentong dan Gua Musang, dan Kelantan ke Kampung Relong, Pahang
  • RM110 juta untuk menyediakan jalan alternatif ke Port Klang
  • MRT3 siap lebih awal pada tahun 2025 berbanding tahun 2027

Syarikat-syarikat yang bakal peroleh keuntungan daripada catalyst di atas:

Gamuda, George Kent, WCT, Gabungan AQRS, Mudajaya, Sunway Construction, Fajar Baru Builders, TRC Synergy.

2. Industri Hijau

  • RM5 bilion diperuntukkan untuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi mempromosi pelaburan ke dalam teknologi hijau.

Syarikat-syarikat yang bakal peroleh keuntungan:

Cypark Resources, Tenaga Nasional (TNB) dan Tek Seng Holdings

3. Industri Pembuatan

  • RM245 juta geran sepadan bagi menaiktaraf kemudahan pembuatan pintar
  • RM100 pinjaman dengan 70% jaminan oleh kerajaan bagi mengautomasi pengeluaran perabot untuk tujuan eksport
  • Melanjutkan tempoh insentif bagi Accelerated Capital Allowance 200%.

Syarikat-syarikat yang bakal peroleh keuntungan:

Syarikat yang terlibat dengan sarung tangan seperti Top Glove Corp, Hartalega Holdings, syarikat semikonduktor seperti Globetronic Technology (GTronic) dan VS Industry, serta pengeksport perabot seperti Mieco Chipboard dan Poh Huat Resources.

4. Industri Pengangkutan / Logistik

  • RM3 bilion untuk Dana Pembangunan Pengangkutan bagi membeli kapal, dan membangunkan industri teknologi angkasa lepas dan rel
  • Naiktaraf lapangan terbang Pulau Pinang dan Langkawi
  • Pembinaan lapangan terbang baru di Mukah dan Kota Bharu, serta pembesaran lapangan terbang Sandakan
  • RM84 juta untuk fasa pertama pembangunan DFTZ (Digital Free Trade Zone) di Aeropolis KLIA, dan RM1 bilion untuk Dana Pengangkutan Awam untuk pusingan modal dan pembelian aset-aset seperti bas dan teksi.

Syarikat yang bakal peroleh keuntungan:

Malaysia Airports Holdings

5. Ecommerce

  • RM100 juta juga akan disediakan untuk memperluas Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), manakala RM60 juta lagi untuk program 1AZAM.
  • Seperti biasa syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-payment mahupun kurier perlu diberi perhatian.

Sehari Selepas Pembentangan Bajet 2018

Jom kita lihat pergerakan harga yang berlaku ke atas saham-saham syarikat yang dikatakan bakal menerima tempias.

1. Gamuda

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM5.20
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM5.26

Kenaikan Saham: RM0.06

Peratus Keuntungan: 1.15%

2. George Kent

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM3.23
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM3.25

Kenaikan Saham: RM0.02

Peratus Keuntungan: 0.62%

3. WCT

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM1.61
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM1.70

Kenaikan Saham: RM0.09

Peratus Keuntungan: 5.59%

4. Gabungan AQRS (GBGAQRS)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM1.87
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM1.90

Kenaikan Saham: RM0.03

Peratus Keuntungan: 1.60%

5. Cypark Resources

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM2.61
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM2.64

Kenaikan Saham: RM0.03

Peratus Keuntungan: 1.15%

6. Tenaga Nasional (TNB)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM14.96
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM14.80

Penurunan Saham: RM0.16

Peratus Kerugian: 1.07%

7. Tek Seng Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM0.48
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM0.49

Kenaikan Saham: RM0.10

Peratus Keuntungan: 2.08%

8. Top Glove Corp

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM6.45
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM6.45

Keuntungan Saham: –

Peratus Keuntungan: 0%

9. Hartalega Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM7.68
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM7.62

Penurunan Saham: RM0.06

Peratus Kerugian: 0.78%

10. Globetronic Technology (GTronic)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM6.34
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: 6.55

Kenaikan Saham: RM0.21

Peratus Keuntungan: 3.31%

11. VS Industry

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM3.07
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM3.09

Kenaikan Saham: RM0.02

Peratus Keuntungan: 0.65%

12. Mieco Chipboard

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM1.20
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM1.20

Kenaikan Saham: –

Peratus Keuntungan: 0%

13. Poh Huat Resources

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM2.03
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM2.00

Penurunan Saham: RM0.03

Peratus Kerugian: 1.48%

14. Malaysia Airports Holdings (MAHB)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham Pembentangan Bajet 27 Oktober 2017: RM8.41
Harga Saham pada 30 Oktober 2017: RM8.45

Kenaikan Saham: RM0.04

Peratus Keuntungan: 0.48%

Pengaruh Kuat Pembentangan Bajet 2018

Itu baru dibentangkan Bajet 2018, belum bermula lagi fasa perlaksaan projek-projek yang bakal dijalankan. Makin rancaklah pasaran saham untuk tahun depan.

Dagangan Bursa Malaysia dijangka akan melemah selepas pembentangan bajet tetapi hari ini dagangan dilihat sangat meriah. Sahamsaham kecil dan sederhana menyambung rentak kenaikan. Beberapa saham “meletup” harganya seperti MRCB dan MyEG Services.

Tapi jangan ingat harga saham semua akan naik, pasti ada saham yang akan mengalami penurunan harga. Perlu ingat pelaburan saham ini pasti rugi, wajib untung. Jadi perlulah belajar menguruskan risiko tersebut.

Pilihanraya Umum Ke-14 Juga Beri Kesan Kepada Bursa Malaysia

Satu lagi peristiwa besar untuk tahun 2018, adalah Pilihanraya Umum Ke-14 yangbakal diadakan pada bila-bila masa. Dijangkakan pasaran saham akan lebih aktif dan banyak saham yang akan meningkat harganya.

Baca juga 28 Kaunter Saham Patuh Syariah Yang Berpotensi Menjelang Pilihanraya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend