Baru 5 Bulan, Prestasi MyETF-US50 Dah Naik Lebih 10%

Apa anda rasa kalau dapat beli saham-saham blue chip di pasaran saham Amerika Syarikat dengan modal dan kos yang sangat rendah? Nak atau tidak jadi pemegang saham-saham FAANG yang terkemuka? Tapi FAANG pun korang tak tahu, Dow Jones pun tak tahu kan?

Kalau nak tahu Dow Jones adalah umpama Bursa Malaysia, tetapi di Amerika Syarikat. Facebook, Apple, Amazon, Netflix dan Google (Alphabet) adalah singkatan bagi akronim FAANG.

Tipulah kalau tak pernah dengar nama-nama syarikat gergasi teknologi ini!

Bagi mereka yang dah terlibat dalam pelaburan saham Bursa Malaysia, mesti selalu rujuk apa yang terjadi kepada pasaran saham global yang lain. Kalau pagi pasaran saham di China ok, insyaallah Bursa Malaysia pun ok. Kalau belah malam pasaran saham di Amerika Syarikat teruk, berkemungkinan besar esoknya pasaran saham di Malaysia pun teruk juga.

Biasa Dengar Istilah “Don’t Put All Your Eggs In One Basket”?

Biasa dengar Unit Trust kan? Unit Trust adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengutip duit orang ramai (bukan derma!) supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut bagi pihak orang ramai, menerusi ikatan amanah.

Unit Trust adalah salah satu instrumen pelaburan yang boleh dijadikan pilihan jika anda tidak berani menanggung risiko yang tinggi.

ETF ini pula sama macam unit trust, tetapi ianya disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia merangkumi top 50 saham-saham blue chip Dow Jones yang terkenal seperti FAANG tadi dan banyak lagi, dan dikenali sebagai MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 (MyETF-US50).

Sumber: MyETF

Unit Trust vs ETF vs Saham

Sumber: MyETF

Naik 10.31% Sejak 28 Februari 2018

CEO i-VCAP Khairi Shahrin Arief Baki, mengaitkan prestasi dana berkenaan kepada kenaikan harga dan mata wang, masing-masing sebanyak 6.47% dan 3.84%, walaupun pertumbuhan yang lembap dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan mengenai dasar perlindungan negara itu sekarang ini.

Jika seseorang pelabur melanggan dana tersebut sejak penubuhannya, mereka akan melihat jumlah pulangan mencecah dua digit, iaitu lebih daripada 10 peratus sekarang ini,” kata beliau.

Khairi Shahrin berkata indeks penanda aras dana itu, telah mengatasi pelbagai indeks lain seperti S&P 500, S&P 100 dan Dow Jones Industrials Average (DJIA).

Sumber: iSaham

Berdasarkan kepada carta, harga saham tengah uptrend.

Sumber: Investing.com

Menurut Investing.com pula, banyak signal buy dah keluar. Tak suruh beli pun, suruh tengok dan kaji je dulu.

Mahaguru Saham Pun Setuju ETF Atau Index Funds Merupakan Pelaburan Terbaik Bagi Beginner

Warren Buffet dan Tony Robins masing-masing bersetuju Index Funds merupakan pelaburan yang terbaik yang boleh dimulakan, terutama bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pelaburan. Boleh baca mengenainya dalam Index Funds atau Exchange Trade Funds Merupakan Pelaburan Terbaik?

Itulah, dulu kami ada cerita bagaimana nak melabur dalam MyETF-US50 ni, tapi taknak beli IPO dia kan?

So, Apa Nak Buat Sekarang Ni?

Nak tahu lebih lanjut mengenai dana MyETF-US50, indeks Dow Jones Islamic Market U.S. Titans 50, yuran-yuran yang terlibat dan selebihnya boleh ke laman web MyETF.

Katanya ada beberapa lagi ETF yang bakal dilancarkan, jadi rebutlah peluang untuk beli IPO mereka nanti.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend