Baru Umum Nak Letak Jawatan, Syarikat-Syarikat Khazanah ‘Rugi’ RM2 Bilion

Enam daripada 10 kaunter saham utama berkaitan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) di Bursa Malaysia mengalami penurunan ketara, menyebabkannya kehilangan kira-kira RM2 bilion daripada nilai gabungan pasaran dalam tempoh sehari.

Ini berikutan pengesahan dari Khazanah semua ahli Lembaga Pengarahnya termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar, menawarkan diri untuk meletak jawatan daripada menduduki kerusi Lembaga Pengarah syarikat.

Sebagai perbandingan, kerugian dalam permodalan pasaran Khazanah itu bersamaan dengan nilai pasaran dua syarikat modal kecil.

Axiata Group Bhd, kaunter dana kedua terbesar di Bursa Malaysia adalah yang paling teruk mengalami kerugian dalam indeks penanda aras utama sebanyak 3.93 peratus.

Kaunter berkaitan Khazanah yang turut mengalami kerugian adalah Malaysia Airports Holdings Bhd, Telekom Malaysia Bhd, CIMB Group Holdings Bhd, UEM Sunrise Bhd dan UEM Edgenta Bhd.

Penurunan saham utama Khazanah itu bagaimanapun menyamai kenaikan FTSE Bursa Malaysia KLCI yang mengumpul 0.14 peratus dalam keuntungan harian dengan ditutup pada 1,766.23 mata.

Bagaimanapun, kaunter berkaitan Khazanah yang lain iaitu Time Dotcom Bhd menyaksikan lonjakan sahamnya sebanyak 1.12 peratus kepada RM8.14, Tenaga Nasional Bhd naik 1.48 peratus kepada RM15.10 dan IHH Healthcare Bhd meningkat 0.5 peratus kepada RM6.

Astro Malaysia Holdings Bhd pula ditutup mendatar daripada penutup pada Rabu.

Ketua Penyelidik MIDF, Redza Rahman, berkata kejatuhan ini bagaimanapun hanyalah bersifat jangka pendek.

“Semua syarikat tersenarai berkaitan Khazanah diuruskan oleh mereka yang profesional, termasuk syarikat yang mempunyai operasi antarabangsa seperti IHH Healthcare dan Axiata.

“Hanya terdapat sedikit pengurusan kanan Khazanah dalam senarai ahli lembaga pengarahnya.

“Oleh itu, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek, akan ada kesan minimum sekiranya operasi syarikat dijalankan dengan tadbir urus korporat yang baik,” katanya kepada NSTP.

Redza berkata penyusunan semula peranan dan operasi Khazanah akan menjadi langkah yang terbaik boleh dijalankan syarikat pelaburan nasional itu.

“Dalam manifesto kerajaan ketika ini, salah satunya adalah penyusunan semula pengurusan syarikat berkaitan kerajaan.

“Ini adalah dengan matlamat meningkatkan peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera, yang terpakai kepada syarikat swasta yang dimiliki oleh Khazanah,” katanya.

Penganalisis pasaran saham, Nazarry Rosli pula menjangkakan peralihan kepimpinan pengurusan Khazanah akan berjalan lancar.

Kami mengharapkan mereka yang akan dilantik kelak bagi mengambil alih pengurusan kanan dan ahli Lembaga Pengarah adalah individu yang berkebolehan, berpengalaman dan profesional,” katanya.

Sumber: BH Online

Baru sehari saja Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad Tawar Diri Letak Jawatan, kesannya telah dapat dirasai. Bagi siapa yang tak tahu siapa itu Khazanah, Khazanah Nasional Berhad ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia. Kami diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.

6 Syarikat Rugi Besar Dalam Masa Sehari

1. Axiata Group – 37.3% Pegangan Khazanah

Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM4.44

26 Julai 2018: RM4.27

Penurunan: RM0.17 atau -3.83%

2. Malaysia Airports Holdings (Tak patuh syariah) – 33.2% pegangan Khazanah

Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM9.10

26 Julai 2018: RM9.03

Penurunan: RM0.07 atau -0.8%

3. Telekom Malaysia – 26.2% pegangan Khazanah

Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM3.87

26 Julai 2018: RM3.85

Penurunan: RM0.02 atau -0.5%

4.  CIMB Group (Tak patuh syariah) – 27.3% pegangan Khazanah

Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM5.89

26 Julai 2018: RM5.88

Penurunan: RM0.01 atau -0.2%

5. UEM Sunrise – 66.1% Dimiliki oleh UEM Group, 100% UEM Group adalah pegangan Khazanah

Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM0.925

26 Julai 2018: RM0.900

Penurunan: RM0.025 atau -2.7%

6. UEM Edgenta – 69.1% Dimiliki oleh UEM Group, 100% UEM Group adalah pegangan Khazanah

Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM2.19

26 Julai 2018: RM2.14

Penurunan: RM0.05 atau -2.3%

Nampak Macam Kejatuhan Biasa

Kalau kita tengok kepada kejatuhan harga, ia adalah seperti hari biasa dagangan – ada saham yang naik dan ada saham yang turun harganya. Tetapi disebabkan Khazanah mempunyai pegangan yang sangat besar dalam syarikat di atas, maka jatuh sikit pun telah menyebabkan kerugian sehingga RM2 bilion ringgit.

Dan berikut merupakan senarai syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Khazanah Nasional, setakat 31 Disember 2017. Ada 14 industri kesemuanya, dan banyak juga yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan luar negara.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend