Belajar Istilah Saham: Unusual Market Activity (UMA)

Kebiasaannya apabila sesuatu kaunter saham mempunyai pergerakan harga yang luar biasa sama ada menaik atau menurun, Bursa Malaysia selaku badan yang memantau aktiviti trading pasaran saham tempatan akan mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa atau Unusual Market Activity (UMA).

Sebagai contoh, Bursa Malaysia telah mengeluarkan UMA kepada Edaran Berhad pada 14 Ogos yang lalu berhubung pergerakan luar biasa harga sahamnya. Melalui laman web rasmi Bursa Malaysia, Edaran dikehendaki untuk memberi penjelasan sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat yang belum diumumkan atau sebarang maklumat yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan yang luar biasa ini.

Bursa Malaysia dalam kenyataan yang sama menasihati para pelabur supaya mengambil maklum mengenai jawapan syarikat itu terhadap pertanyaan berkenaan yang akan dimasukkan ke dalam laman web mereka di bawah pengumuman syarikat, http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/ semasa membuat keputusan pelaburan masing-masing.

Sumber: Bursa Malaysia

Sejak tarikh 13 Ogos (Isnin), Edaran menunjukkan peningkatan sebanyak 26 sen iaitu kenaikan sebanyak 57% kepada 71.5 sen seunit dan sebanyak 47.36 juta saham diperdagangkan. Pada 14 Ogos pula (Selasa) saham Edaran menyambung kenaikan sebanyak 9.5 sen atau 13.3% kepada 81 sen dan sebanyak 25.92 juta saham diperdagangkan pada sesi pagi.

Harga Saham Edaran

Setelah UMA dikeluarkan, syarikat berkenaan dikehendaki untuk memberi kenyataan balas (Reply to Query) beserta penjelasan lanjut mengenai kenaikan harga saham yang mendadak. Jawapan standard yang selalu diberikan oleh sesebuah syarikat ialah Ahli Lembaga Pengarah tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya. Dalam kes ini, Edaran juga tidak terkecuali. Mereka mengatakan bahawa selepas membuat pertanyaan yang sewajarnya dengan semua Pengarah dan pemegang saham utama Syarikat, tidak ada sebarang perkembangan korporat yang belum diumumkan, yang menyumbang kepada aktiviti dagangan.

Maklum balas Edaran kepada Bursa Malaysia mengenai UMA

Amat jarang sekali untuk sesebuah syarikat menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan UMA. Kebiasannya juga mana-mana syarikat yang telah dikenakan UMA tidak akan mengalami kenaikan dalam masa yang singkat. Walaupun saham syarikat tidak digantung, tetapi kebanyakan pedagang dan spekulator akan lebih berhati-hati. Jika harga saham berterusan naik, kemungkinan besar aktiviti perdagangan syarikat akan digantung.

Dapat dilihat seperti gambar dibawah, setelah UMA dikeluarkan dalam jam 12 tengah hari, harga saham mendatar dan kemudian menurun akibat kekurangan minat untuk membeli oleh para pedagang. Volume juga turut berkurang kepada 8.7 juta berbanding 25.92 juta saham pada sesi pagi.

Sehinggalah market ditutup pada 17 Ogos yang lalu, harga Edaran tidak banyak berubah.

Sumber: Bursa Marketplace

Adakah ia sedang mengumpul kekuatan atau telah ‘digoreng’? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend