Belajar Saham Online Melalui Telefon Pintar Dengan Aplikasi LaburSaham

Umum tahu kita boleh menggunakan telefon pintar untuk jual beli saham. Senang sikit bila ada aplikasi trading platform yang disediakan pihak broker, kita boleh jual beli saham di mana saja kita berada. Asalkan ada internet, sudah. Tak perlu menghadap depan komputer setiap masa.

Tapi bagaimana pula dengan aplikasi nak belajar saham? Kalau ada boleh guna sambil-sambil dalam LRT, MRT atau komuter ke tempat kerja.

Memperkenalkan Aplikasi LaburSaham oleh Asri Ahmad Academy. Siapa yang tak kenal dengan mentor pelaburan saham Tuan Haji Mohd Asri Ahmad ni kan? Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 15 tahun.

Mentor pelaburan saham ini turut diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMarketPlace (sebahagian daripada Bursa Malaysia). Segala perkongsian beliau adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang.

Kini dengan adanya aplikasi LaburSaham, anda boleh belajar di mana saja anda berada. Jom kita tengok apa yang bestnya pasal aplikasi telefon pintar ini.

Laman Utama

Memang terbaik antaramuka (interface) laman utama. Nampak sangat ceria dengan penggunaan warna dan gambar yang menarik.

1. Video Pembelajaran

Ada banyak video-video menarik yang boleh kita tonton. Daripada perkara basic seperti apa itu Akaun CDS, Analisa Fundamental, sehinggalah ke Analisa Teknikal dan Chart Pattern.

Video-video ini ada yang percuma dan ada yang khas untuk ahli. Kalau rasa nak belajar lebih boleh upgrade untuk menjadi ahli.

2. Modul Pembelajaran


Nak belajar mengikut modul pun boleh. Tak perlu ikut turutan, yang penting semua on-demand. Nak belajar topik lanjutan dulu pun boleh, takde masalah.

3. Koleksi Soalan

Ada benda tak faham? Kalau Google tak jumpa juga jawapan, cuba cari jawapannya dalam aplikasi ini.

Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun yang dimiliki Haji Asri, sudah pasti beliau ditanya pelbagai jenis soalan. Alhamdulillah orang ramai kini boleh bertanya dalam aplikasi LaburSaham untuk mendapat jawapannya .

4. Info Seminar Labur Saham

Nak belajar secara face-to-face dengan Haji Asri? Boleh tengok lokasi Seminar Labur Saham dan daftar pada tarikh dan tempat yang bersesuaian.

5. Info The Protege

Nak belajar dengan lebih advance tentang saham? Boleh tengok tarikh dan lokasi program The Protege, dan berguru secara intensif dengan Haji Asri and the geng.

6. Pertanyaan Langsung

Bila anda hadir mana-mana seminar pelaburan saham anjuran Asri Ahmad Academy, anda berpeluang untuk bertanyakan soalan. Maklumlah, kita kan segan nak angkat tangan dan tanya soalan depan orang ramai. Kini anda boleh tanya apa saja (jangan tanya saham apa nak beli ya!) secara terus menggunakan aplikasi ini.

7. Maklum Balas Program

Bila dah hadiri program anjuran Asri Ahmad Academy, tak perlu lagi isi borang. Guna aplikasi saja senang untuk berikan maklum balas anda.

8. Bantuan Teknikal

Yang terakhir sekali, anda boleh gunakan aplikasi ini jika anda ada sebarang masalah atau ingin ajukan soalan. Nanti akan ada seseorang untuk bantu selesaikan masalah anda.

Muat Turun Aplikasi LaburSaham untuk Android dan Apple

Apa tunggu lagi, muat turun aplikasi LaburSaham hari ini juga dan belajar saham dengan telefon pintar di mana saja anda berada.

Untuk pengguna Android, muat turun di Google Play Store.

Untuk pengguna Apple pula, boleh muat turun di Apple App Store.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA