Beli saham IPO confirm untung? Jom kaji prestasi IPO sepanjang 2016

Saham IPO

Masih ingat lagi tak sebelum ini kami ada kongsikan artikel Apakah itu IPO, dan bagaimana nak beli saham IPO?

Ramai berpendapat kalau kita dapat beli IPO ni, confirm untung punya lah. Tapi adakah ianya sekadar cakap-cakap kosong atau ada data untuk menyokong pendapat ini?

12 Syarikat Tawar IPO Pada Tahun 2016

No. Syarikat Tarikh Penyenaraian IPO Harga IPO (RM) Harga Hari Penyenaraian (RM) Untung Rugi (+/-) ROI
Sehari
1 Chin Hin Group Berhad 8 Mac 0.65 0.82 +0.17 26.15%
2 Ranhill Holdings Berhad 16 Mac 1.70 1.12 -0.58 -34.12%
3 Bison Consolidated Berhad 29 Mac 1.10 1.17 0.07 6.36%
4 Pecca Group Berhad 19 April 1.42 1.71 0.29 20.42%
5 LKL International Berhad 16 Mei 0.20 0.28 0.08 40.0%
6 Salutica Berhad 18 Mei 0.80 0.825 .025 3.12%
7 Dancomech Holdings Berhad 21 Julai 0.75 0.8 0.05 6.67%
8 HSS Engineers Berhad 10 Ogos 0.50 0.57 0.07 14.0%
9 Perak Transit Berhad 6 Oktober 0.15 0.21 0.06 40.0%
10 BCM Alliance Berhad 24 Oktober 0.19 0.215 0.025 13.16%
11 Rhone Ma Holdings Berhad 19 Disember 0.75 0.87 0.12 16.0%
12 FoundPac Group Berhad 29 Disember 0.54 0.66 0.12 22.22%

Rujukan : Bursa Malaysia

91.67% Peluang Untuk Untung Menerusi IPO Dalam Masa Sehari

Jangan terkejut ya, tapi kalau kita tengok jadual di atas, kita dapat simpulkan bahawa 11 daripada 12 IPO yang dikeluarkan pada tahun 2016 – harga sahamnya meningkat dan ditutup lebih tinggi daripada harga IPO.

Ini bermakna peluang anda sangat cerah untuk untung jika anda berjaya beli saham IPO syarikat tersebut.

Tetapi dukacita juga dimaklumkan bahawa saham Ranhill rugi teruk pada hari penyenaraian IPOnya. Dalam masa sehari saja, anda telah rugi sebanyak 34.12%. Mengapa agaknya?

Jadi adakah anda sudah teruja untuk beli IPO dalam tahun 2017?

Pasaran IPO Di Malaysia

Tahun 2017 bakal menyaksikan lebih banyak saham IPO akan ditawarkan. Antaranya:

1. QSR Brands Bhd
2. MMC Port & Logistic Bhd
3. Edra Global Energy Bhd
4. EcoWorld International Bhd
5. Iskandar Waterfront Holdings Bhd
6. U-Mobile Bhd

Apa-apa pun, tiada yang confirm untung dalam dunia pasaran saham.

Jangan perjudikan pelaburan anda dengan kepercayaan melampau kepada cakap-cakap orang dan tips. Anda dinasihatkan untuk membuat analisa yang menyeluruh sebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana saham IPO. Sila analisa prestasi kewangan syarikat dan buat penilaian sendiri. Yang lagi penting, pastikan ianya patuh syariah baru beli ya!

Komen

komen