Beli Saham Coca-Cola atau Pepsi 10 Tahun Lepas, Mana Lebih Untung?

Coca-Cola dan Pepsi merupakan dua syarikat gergasi minuman yang terbesar di dunia yang mendominasi dalam minuman berkarbonat atau lebih dikenali sebagai minuman ringan. Kedua dua syarikat ini mempunyai pengaruh yang kuat daripada segi jenama dan mempunyai pelanggan setia mereka, termasuklah di Malaysia.

Kedua buah syarikat yang bertaraf bluechip bersaing diantara satu sama lain melebihi 100 tahun di pasaran

Kedua-dua syarikat ini merupakan syarikat yang bertaraf bluechip di dalam pasaran saham Amerika Syarikat.Syarikat. Coca-Cola mengatasi Pepsi daripada segi market capitalization dengan syarikat Coca-Cola adalah sebanyak  $191 bilion manakala Syarikat Pepsi hanya $164 bilion. Walaupun mempunyai pengaruh yang hampir sama di antara satu sama lain, setiap negara di dunia mempunyai kecenderungan yang berbeza mengenai jenama kegemaran..

Kawasan di mana minuman Pepsi mendominasi jualan berbanding Coca-Cola

Pepsi Lebih Terkenal Di Amerika, Coca-Cola Lebih Terkenal Di Pasaran Global

Pepsi lebih terkenal di negara asalnya berbanding dengan Coca-Cola yang yang lebih terkenal di seluruh dunia. Daripada segi populariti, Pepsi menjadi pilihan rakyat Amerika Syarikat berbanding dengan Coca-Cola. Populariti Pepsi melebihi sebanyak 6 kali ganda berbanding dengan Coca-Cola di negara mereka sendiri dan Coca-Cola mempunyai 9 kali ganda popular berbanding Pepsi di peringkat global.

Coca-Cola pula mendominasi hampir keseluruhan Amerika Latin dan Eropah yang mana penduduk daripada kedua-dua benua tersebut lebih menggemari minuman Coca-Cola berbanding Pepsi.

Kawasan di mana minuman Coca-Cola mendominasi jualan berbanding Pepsi

Pepsi Pernah Muflis

Sejarah kedua syarikat ini juga begitu unik terutamanya Pepsi. Syarikat tersebut pernah mengalami kegagalan dalam perniagaanya dan diistiharkan muflis ketika Perang Dunia Pertama tercetus kerana tersliap pencaturan dalam menetukan harga gula di pasaran yang turut menjejaskan perniagaannya. Syarikat itu kembali bangkit pada era 1930-an untuk bersaing semula dalam perniagaan minuman ringan.

Coca-Cola juga tidak terlepas daripada mengalami zaman suram mereka apabila pada tahun 1980-an syarikat mereka telah mengalami kejatuhan disebabkan persaingan dengan Pepsi yang pada masa itu mendominasi pasaran minuman ringan.

Kedua-dua syarikat ini yang telah mencapai usia melebihi 100 tahun dan bersaing di antara satu sama lain sejak bermulanya era Perang Dunia Pertama lagi.

Cabaran Pepsi challenge telah menjadi pegiklanan terbaik syarikat pepsi dan menyebabkan saham Coca-Cola mengalami penurunan pada dekad 1980-an

Sahut Cabaran Pepsi Challenge

Pada tahun 1975, Pepsi telah membuat satu cabaran yang dikenali sebagai Pepsi Challange. Dalam cabaran ini Syarikat Pepsi telah membuat ujian secara rambang kepada orang awam bagi menentukan air yang mana lebih sedap. Dalam ujian tersebut, Pepsi telah meletak minuman Pepsi dan Coke untuk diberi minum kepada orang ramai dan menyuruh mereka memilih air yang mana paling sedap. Kebanyakan orang ramai memilih Pepsi.

Walaupun kesahihan cabaran ini dipertikai, ia sedikit sebanyak telah membuat saham Coca-Cola mengalami penurunan dan mereka telah bertindak dengan melancarkan minuman Coca-Cola yang diberi nama New Coke yang menggunakan ramuan baru. Peminat setia minuman Coca-Cola amat tidak berpuas hati dengan rasa minuman New Coke kerana rasanya hampir sama dengan minuman Diet Coke.

Pada tahun 1985, syarikat Coca-Cola telah mengembalikan Coke Classic mereka kerana mendapat tekanan daripada peminat Coke terutamanya golongan vateran yang sudah sebati dengan rasa Classic Coke.

Coca-Cola Dengan Pelbagai Jenama Minuman Lain

Anak–anak syarikat yang dimiliki oleh Coca-Cola yang kesemuanya adalah syarikat minuman

Kedua-dua syarikat ini juga aktif dalam pembelian syarikat kecil yang lain untuk dijadikan sebagai anak syarikat mereka. Di antara anak syarikat yang dimiliki oleh Coca-Cola adalah Coca-Cola, Diet Coke, Fanta and Sprite dan Berkshire Hathaway memiliki saham dalam Coca-Cola sebanyak 9.4%.

Pepsi Pula Memiliki Banyak Jenama Makanan

Anak-anak syarikat yang dimiliki oleh Pepsi termasuklah syarikat yang mengeluarkan makanan ringan

Syarikat Pepsi pula mempunyai cabang perniagaan yang tidak hanya tertumpu kepada minuman tetapi juga makanan ringan. Di antara syarikat yang dimiliki oleh Pepsi adalah Frito-Lay, Quaker dan Doritos. Pepsi telah mengembangkan perniagaan produk mereka kepada makanan ringan yang memberi pulangan sebanyak hampir 53% pendapatan kepada Pepsi. Ini berbeza dengan Coca-Cola yang hanya menumpukan untuk mengembangkan syarikat mereka hanya berteraskan pada syarikat minuman sahaja dan pendapatan hampir kesuluruhan daripada penjualan hasil minuman.

Pepsi Mengatasi Coca-Cola Jika Anda Beli Saham Mereka 10 Tahun Lepas

Oh ya, jika anda melabur sebanyak $1,000 USD dalam syarikat Pepsi atau Coca-Cola sepuluh tahun lepas, anda akan mendapat pulangan sebanyak $3,100 USD untuk Pepsi, dan $2900 USD untuk Coca-Cola.

Pulangan sebanyak 310% bagi Pepsi dan 290% bagi Coca-Cola.

Korang dah ada akaun saham ke?

Sumber Rujukan : www.cnbc.com

Baca juga Tak Mampu Nak Beli Saham Nestle Seunit RM140? Tahu Tak Saham Berkshire Seunit RM1.2 Juta?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend