Benarkah Algorithm Trading Mampu Mengatasi Prestasi Manusia Dalam Pasaran Saham?

Algorithm Trading atau Robo Advisor sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia ketika ini. Jika di Amerika Syarikat, banyak firma sudah pun beralih-arah kepada penggunaan Robo Advisor dalam urusan trading. Berbanding di Malaysia, industri ini baru berkembang dan telah menarik perhatian pemain industri dalam sektor kewangan.

Menurut InvestorMY, Algorithm Trading atau Robo Advisor adalah sistem robot yang melakukan semua proses iaitu analisa, screening, entry tanpa ada campur tangan manusia yang ketara.

Kelebihan Robo Advisor di sini adalah penggunaan AI yang membolehkan portfolio pelaburan kita berubah dengan sendirinya. Masa kini, dunia semakin maju dan capaian data semakin terbuka, kita mempunyai data dan keupayaan teknikal yang sangat terbuka untuk mencipta sesuatu algoritma.

Sebagai contoh, Quantopian telah pun membuka akses data API percuma kepada fintech developer yang ingin membina algoritma dan lain-lain penciptaan yang berkaitan. Hasilnya, pelbagai strategi yang sangat canggih telah dicipta dan dibuka kepada orang awam. Namun begitu, harus diingatkan bidang pelaburan merupakan bidang yang berisiko tinggi dan risiko tersebut terletak di atas individu itu sendiri.

Firma kewangan di luar negara seperti Bridgewater dan Wealthfront sudah pun mengadaptasi Robo Advisor bagi menguruskan dana pelanggan mereka. Manakala di Malaysia pula, menguruskan dana menggunakan Robo Advisor memerlukan kebenaran daripada Suruhanjaya Sekuriti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Adakah Robot Mampu Mengatasi Manusia Dalam Trading?

Anton Kreil pernah membangkitkan Rule 90-90-90 iaitu, “90% dari pelabur akan kehilangan 90% wang pelaburan mereka kurang dari tempoh 90 hari.”. Kebenarannya tidak dapat disahkan 100%, tetapi cukuplah untuk kita mengetahui pelaburan ini bidang yang sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi.

Anton Kreil juga menyebut, berjaya dalam bidang pelaburan kita harus menggunakan non-human behavior iaitu membuat keputusan tanpa ada unsur emosi. Secara jujurnya, sukar untuk kita lari dari emosi ketika entry dalam pasaran walaupun kita sangat kuat daripada segi mental dan emosi.

Apabila kita rugi, mulalah datang idea nakal untuk beli saham lain yang seakan berpotensi pada masa yang sama, dengan anggapan kita boleh menutup kerugian. Rupa-rupanya yang sebaliknya terjadi dan kita pun berasa longlai kerana sudah mengalami kerugian berganda.

Penulis merasakan situasi balas dendam sebegini pernah dilalui oleh mana-mana pelabur. Bezanya, hendak mengaku atau tidak sahaja.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tokoh yang berbeza pendapat dalam hal Algorithm Trading. Stan DrukenMiller, partner George Soros dalam Quantum Fund tidak percayakan kepada robot menguruskan dana.

Manakala Ray Dalio dalam temuramah beliau mengatakan beliau sendiri menggunakan algorithm yang dipacu oleh data. Di antara algoritma yang digunakan bernama risk parity, untuk keterangan lebih lanjut boleh rujuk dalam buku beliau yang bertajuk Principles.

Tak dapat dinafikan, algoritma membawa manfaat kepada dunia. Tahukah anda, dengan algoritma kita boleh jimatkan kos pengurusan sumber manusia, sekaligus kos operasi dapat dikurangkan. Masa juga boleh dijimatkan dengan hanya beberapa klik sahaja, dengan algoritma menjalankan tugasnya.

Akan tetapi, Algorithm Trading ada kelemahannya tersendiri. Menurut pakar pembangunan Robo Advisor, Tuan Fadil Parves mengatakan Robo Advisor juga ada kelemahan yang tidak dapat dielakkan.

Contohnya system error yang tidak disangka-sangka, trading parameter error dan banyak perkara teknikal yang perlu difikirkan apabila mengadaptasi teknologi Artificial Intelligence.

Bagi beliau, robo advisor dapat membantu manusia meningkatkan prestasi dalam mengurus portfolio sahaja, bukan untuk mengambil-alih sepenuhnya kerja-kerja manusia.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, kita dapat meneroka lagi bidang Robo Advisory yang dilaporkan bakal menjadi industri bernilai trilion dollar menjelang 2030. Percayalah, semua institusi kewangan sudah beralih kepada teknologi yang lebih canggih dan berdaya saing. Kita sebagai pelabur runcit pula perlu bijak untuk mengambil manfaatnya.

Ditulis oleh Tuan Faiz Azizan. Digital Strategist & Storyteller di Investor.MY

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend