Berapa Modal Perlu Ada Untuk Melabur Saham?

Berapa modal untuk melabur saham?

“Bro, berapa modal minimum untuk melabur saham ni?”

Ini soalan paling popular bagi para newbie.

Kalau kau tanya soalan ni dekat sifu-sifu saham, dia akan tanya kau balik berapa banyak kau sanggup rugi? Haa, boleh jawab tak?

Modal bukan perkara utama untuk melabur saham di Bursa Malaysia, yang utama adalah kita sudah buka AKAUN SAHAM (CDS) dan mempunyai Ilmu pelaburan.

( Untuk buka akaun CDS sila lihat senarai broker di sini )

Jika ada modal RM 1 juta sekalipun tapi tiada ilmu, belum tentu dapat gandakan modal tersebut.

Berbanding ada modal RM 5,000 tapi lengkap dengan ilmu pelaburan, insyaAllah modal tersebut boleh digandakan.

Setiap pelaburan perlu realistik.

Tak logik labur RM 5,000, tahun depan nak dia jadi RM 1 juta. Itu yang ramai silap. Sedangkan jika pelaburan RM 5,000 berganda kepada RM 10,000, itu sudah cukup bagus. Keuntungan bersih RM 5,000 setahun dengan ROI 100%. Cukup tak?

Berbalik kepada berapa modal untuk mula melabur.

Semasa nak membeli saham, MINIMA yang perlu dibeli hanyalah 1 lot, bersamaan dengan 100 unit sahaja (Dulu minima 1,000 unit).

“Bro, modal saya sikit, ada peluang ke saya nak melabur saham?

Jawapannya BOLEH.

Contoh 1:

Harga saham semasa yang kita nak beli : 10 sen
Jumlah unit nak beli : 100 unit

Cara kira:
0.10 x 100 unit = modal RM100

Perlu ingat yang harga saham syarikat dekat Bursa Malaysia tu berubah-ubah. Hari ini mungkin 10 sen, esok mungkin 13 sen, lusa mungkin 10 sen balik.

Penting perlu ingat : Bagus ke saham 10 sen tu?

Contoh 2:

Harga semasa saham Iskandar Waterfront City Berhad bernilai RM 0.85, maka 100 unit bersamaan dengan RM 85. Maka dengan modal tidak sampai RM 100 kita sudah boleh memiliki saham tersebut (termasuk kos-kos lain yang minima).

Jika ada modal lebih kita boleh beli 10,000 unit saham tu dengan modal RM 8,500. Bila harga saham tu naik 100% menjadi RM1.70, kita akan untung RM 8,500.

Modal melabur saham bergantung kepada individu berapa jumlah wang yang dia nak guna. Mesti ramai di luar sana suka untung cepat serta besar tetapi tak sanggup keluarkan modal yang besar. Maaf, melabur dalam pelaburan saham perlu realistik. Pulangan dan keuntungan bergantung kepada modal serta tempoh pegangan kita.

Sebab itu, pentingnya melabur sejak dari awal! Kepada yang kata masih tiada modal, cepat belajar disiplinkan diri menyimpan.

Baca juga Siapa Kata Melabur Saham Ni Kena Modal Besar?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend