Berapa Modal Yang Sesuai Untuk Investor, Swinger Dan Intraday Trader?

Di antara soalan yang sering kami terima, adalah berapa modal seseorang itu perlu ada untuk melabur? Dengan modal yang anda ada juga, ianya boleh digunakan untuk tujuan short-term, mid-term atau long-term. Kalau tak berapa jelas tentang jenis-jenis pelabur, boleh rujuk Jenis-Jenis Pelabur Saham. Anda yang Mana Satu?

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan berapa modal yang sesuai untuk jenis-jenis pelabur yang berbeza, jom kita ikuti perkongsian Tuan Mamu Saham seperti berikut:

Ini hanya suggestion mamu sahaja. Kerana modal bergantung kepada setiap individu tu sendiri. Suggestion ni cuma untuk memberi gambaran buat pelabur-pelabur baru bagaimana cara yang selamat untuk selamatkan modal daripada terus rugi.

Modal RM5,000 Ke Bawah

Untuk modal permulaan yang sebegini cara trading yang terbaik adalah dengan menyimpan di sesebuah kaunter yang uptrend. Dengan cara begini, dapat menyelamatkan capital daripada terus membuat lost yang banyak.

Dan kebiasaanya mamu akan suggestkan untuk mereka yang baru hendak bermula terutamanya orang-orang muda. Jika sudah bekerja mampu menyimpan RM100 ke RM400 sebulan. Jadikan habit untuk menyimpan wang dalam.bentuk unit sesebuah syarikat. Kerana pembelian unit walaupun sikit, akan menjadi aset kepada kita. Fokus kepada satu company yang beri fundamental kewangan yang bagus. Yang akan bagi bonus, dividen, split share dan sebagainya. Boleh check history company untuk pembahagian yang macam tu.

Nak retire young? Retire with brain bukan main langgar je walaupun masa muda-muda dah rasa pegang duit banyak ya. Ini suggestion mamu untuk yang baru nak start up. At least cari kaunter uptrend. Boleh simpan 2-3 bulan. Nak lama lagi setahun pun boleh.

Modal RM5,001 Ke 50,000

Untuk modal yang macam ni biasanya mamu akan suggest untuk jadi Swinger. Belajar candle stick. Faham akan perubahan candle. Check fundamental background company. Bersedia dengan trading plan. Buat lah banyak-banyak mana pun trailing point.

Faham akan pergerakan candle. Sentiasa perhatikan support and resistance. Trailing stop based on support and resistance. Mantapkan trailing stop.

Yang ada modal sebegini dengan trailing stop, anda boleh maksimumkan keuntungan dan minimakan kerugian. Sebab dalam trading idea anda ada cut loss yang selalu sangat newcomer tak buat. Ada satu istilah yang dipanggil “Hope Analysis”. Ini yang banyak buatkan trader terkorban. Kerana berharap kaunter yang mereka dah salah entry tu naik. Sedangkan bila tengok previous 5 years history kaunter tu tengah buat downtrend. Jadinya ia bukannya langkah yang bijak dalam trading.

At least bila swing di kaunter yang uptrend pun. Boleh buy higher and sell higher, dalam jangka masa yang pendek.

Modal RM50,001 Ke Atas

Ok modal yang macam ni, capital yang besar biasanya mamu akan suggestkan untuk belajar Intraday punya trading. Maksudnya tak perlu beli and simpan duit dalam stock berhari-hari. Itu lebih selamatkan capital jika terjadi apa-apa pada hari esok.

Sebab apa? Peluru utama untuk Trader adalah modal. Kalau tanpa modal, Trader tu bukanlah sesiapa. Dan tiada apa yang mereka boleh buat.

Bagaimana cara intraday ni? Cara intraday ni. Mereka membeli pada kaunter-kaunter yang ada momentum dan minat belian yang tinggi. Dan kaunter-kaunter yang memberikan signal buy pada hari semalamnya.

Momentum yang terjadi boleh jadi disebabkan news-news mega projek yang biasanya akan mengawal emosi trader selama 2-3 hari. Boleh jadi juga dengan perubahan dan pembentukan candle yang menjadi minat trader yang menggunakan candle sebagai signal pembelian mereka.

Bagaimana cara trading mereka pula? Biasanya trading idea mereka sepintas lalu hanya dengan berkira-kira. Berapa total volume yang mereka nak beli, dan berapa bid kenaikan yang mereka nak jual. Yang penting profit mereka boleh cover up brokerage fee.

 

Nak mamu explain lebih detail tentang ni?

Dapatkan ebook #B9investor dan Jumpa mamu di secret group. And anda boleh tanya mamu bagaimana preparation untuk setiap trading strategy untuk setiap recomendation mamu ni.

Sumber: FB Mamu Saham

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend