Best Ke Jadi Remisier?

Bermula sebagai seorang pelabur, kemudian aktif sedikit menjadi pedagang saham (trader), pastinya ada yang berangan-angan nak upgrade menjadi seorang remisier pula kan? Tapi sebelum tu, sebab apa nak jadi remisier pula? Kan dah cukup buat duit dalam pasaran saham?

Bertenang, sebelum kita mula – tahu ke tak perbezaan di antara seorang remisier dengan seorang dealer?

Dealer Juga Dikenali Sebagai Salaried Dealer Representatives

Kalau ikut kepada definisi, dealer adalah individu yang bertugas di Investment Bank atau broker. Mereka diberi gaji dan skim lain seperti caruman KWSP, SOCSO dan kemudahan sama seperti pekerja bank. Mereka juga terikat dengan peraturan Bank, waktu masuk dan keluar sama seperti staf-staf bank yang lain.

Dealer pula ada 3 jenis, eh banyak pula nak kena explain – baca sendirilah di artikel Dealer vs Remisier ni.

Siapa Pula Remisier?

Remisier bermaksud seorang ejen berlesen daripada syarikat broker yang menjadi perantara di antara pelabur saham dengan syarikat broker. Broker pula merupakan sebuah institusi kewangan yang berlesen dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang digariskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Seorang remisier perlu memegang lesen perwakilan yang membenarkan beliau berinteraksi dengan pelanggan dan berdagang saham. Dan setiap dealer mahu pun remisier akan bekerja di bawah satu broker sahaja. Tak boleh ada dua atau lebih.

Senarai Broker Patuh Syariah

Sumber: FB Bursa Malaysia-i

Setakat 1 Oktober 2018, kita dah ada 15 Participating Organization (PO) atau broker yang patuh Syariah seperti di atas. Dan perbezaan yang ketara di antara semuanya, adalah daripada segi Brokerage Fee. Ada yang mahal, ada yang murah.

Ada juga yang menawarkan aplikasi telefon pintar yang canggih, ada juga yang hanya basic.

Kenapa Nak Jadi Remisier?

Tahu kan, bila kita buka akaun CDS dengan mana-mana syarikat; kita akan ada remisier kita sendiri?

Itu bagi mereka yang walk-in ke cawangan investment bank, nak ke taknak akan diberikan seorang remisier untuk mengurus akaun CDS kita tadi.

Tapi zaman sekarang, remisier memainkan peranan yang penting untuk ‘suruh’ kita buka akaun CDS dengan mereka. Remisier yang buat kelas asas saham atau seminar saham ke, pastinya akan offer kepada mereka yang hadir untuk buka akaun CDS. Siap ada yang sponsor RM10 kos nak buka akaun CDS, jika kita buka dengan remisier tersebut.

Kalau nak tahu, seorang remisier akan menerima komisen bagi setiap transaksi yang dikendalikan beliau. Transaksi ini juga dikenali sebagai Brokerage Fee.

Nisbah komisen adalah 50% untuk remisier dan 50% untuk syarikat broker saham bagi setiap dagangan. Semakin ramai yang berada di bawah kendalian mereka, semakin banyak transaksi jual beli saham yang dijalankan, semakin banyaklah komisen setiap bulan yang akan diterima.

Contoh pengiraan mudah:

Kita andaikan bahawa Brokerage Fee adalah RM8 bagi setiap transaksi, kerana ini merupakan fee yang paling rendah. Seorang klien pula kita beranggapan bahawa beliau jual beli 5 saham sebulan. Ingat ya, beli adalah satu transaksi maka satu brokerage caj dikenakan, jual juga merupakan satu transaksi, maka dua kali caj bagi jual beli saham yang sama.

1. Brokerage Fee = RM8, Ada 10 Orang Klien, Seorang Klien Menjalankan 10 Transaksi

RM8 * 50% * 10 Klien * 10 Transaksi

= RM400 Sebulan

Macam tak logik pula nak hidup dengan pendapatan sebanyak RM400 sebulan je kan?

2. Brokerage Fee = RM8, Ada 100 Orang Klien, Seorang Klien Menjalankan 10 Transaksi

RM8 * 50% * 100 Klien * 10 Transaksi

= RM4,000 Sebulan

Agaknya bila dah beberapa bulan jadi seorang remisier, dah buat beberapa siri seminar atau workshop, dapat tak 100 klien?

Selain daripada menikmati Brokerage Fee, remisier juga boleh mengadakan sesi Private Coaching dengan mengenakan bayaran. Biasalah, seorang remisier biasanya merupakan seorang trader pada asalnya. Dan seorang trader biasanya mempunyai strategi tersendiri yang lain daripada yang lain.

Pendapatan Remisier Adalah Unlimited

Dengan adanya konsep ini, seorang remisier merangkap seorang sifu yang hebat – pastinya akan ada ramai anak murid. Apabila ramai anak murid yang pandai-pandai, pastinya mereka akan terus-menerus jual beli saham di Bursa Malaysia. Tak kisah market up ke down ke, masih ada peluang untuk memperolehi keuntungan.

Dan apabila semakin ramai anak murid, semakin banyak pula transaksi yang dijalankan. Semakin ramai pula yang nak berguru dengan remisier melalui kelas berbayar. Maka kita boleh simpulkan bahawa pendapatan seorang remisier adalah UNLIMITED.

Sebab itulah kita tengok semakin ramai remisier yang rajin buat kelas, yang rajin berkongsi ilmu, yang memastikan pelanggan/anak murid mereka dapat memperoleh keuntungan daripada pasaran saham.

Tapi kita jangan tersilap pergi kelas atau seminar pula, sebab tu kena berhati-hati dan Awas Kelas Atau Seminar Saham Yang Tidak Bertauliah. Amatlah penting untuk kita kalau nak berguru, kena cari mereka yang ‘genuine’ dan berpengalaman. Nantikan sambungan artikel ini tentang apa kelulusan yang diperlukan dan bagaimana nak menjadi seorang remisier.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend