Black Monday – Market Crash Terburuk Dalam Pasaran Saham

Black Monday merujuk kepada kejatuhan pasaran saham dunia yang berlaku pada hari Isnin, 19 Oktober 1987. Market crash bermula di pasaran Hong Kong, Eropah Barat dan kemudian merebak sekelip mata ke Amerika Syarikat.

Purata Indeks Industri Dow Jones jatuh sebanyak 508 mata dalam masa beberapa jam sahaja. Terdapat beberapa kelemahan dalam pasaran kewangan yang menyebabkan kejadian tidak diingini ini berlaku.

Kebanyakan ahli profesional pasaran menyatakan bahawa kejadian kejatuhan pasaran itu sudah bermula sejak hari Rabu 14 Oktober dan ia berterusan sehingga kejadian sebenar pada 19 Oktober. Pada tarikh 14 Oktober tersebut, para pelabur sudah pun dikejutkan dengan dua berita buruk.

Pertama, ialah kemungkinan akan terjadinya perubahan cukai yang akan menyebabkan pengambilalihan korporat menjadi tidak menarik.

Kedua, defisit perdagangan Amerika Syarikat bagi bulan Ogos yang mejadi lebih buruk daripada yang dijangkakan sebelumnya. Pada hari tersebut indeks Dow Jones telah mencatatkan penurunan sebanyak 95 mata dan merupakan rekod kejatuhan tertinggi pada ketika itu.

Akibat daripada dua berita ini, keyakinan pembeli dari luar semakin menurun,. Ditambah pula dengan berita mengenai peningkatan kadar faedah pada hari Rabu sebelumnya, ia semakin memburukkan keadaan.

Dilaporkan kadar hasil bagi bon perbendaharaan untuk 30 tahun meningkat sehingga 10 peratus sedangkan saham-saham cuma memberikan pulangan kurang daripada 3 peratus.  Ini adalah merupakan perbezaan pulangan yang paling besar mengikut rekod, di antara pulangan pasaran saham dan pulangan bon.

Berikut ada beberapa sebab lain yang turut menyumbang kepada kejatuhan ini:

  1. Salah satu strategi urusniaga yang popular, iaitu insurans portfolio berjalan tanpa dikawal sepanjang hari. Ini menyebabkan harga saham jatuh sepanjang hari bagi setiap urusniaga yang dibantu oleh komputer.
  2. Teknik urusniaga yang dikenali dengan nama indeks arbitraj tidak digunakan apabila sistem perlaksanaan berkomputer dipenuhi dengan pesanan-pesanan runcit yang kecil. Sebenarnya indeks arbitraj ini boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan daripada strategi insurans portfolio dan menolong menstabilkan harga saham.
  3. Fidelity Investment, iaitu tabung amanah saham yang terbesar di Amerika Syarikat terpaksa menjual US$ 1 bilion nilai saham-sahamnya kerana strategi pelaburan yang begitu agresif pada ketika itu.
  4. Pedagang-pedagang block (block traders) yang bekerja untuk syarikat-syarikat broker yang besar, tiba-tiba sahaja menjadi lebih berwaspada. Mereka menjual pegangan mereka secepat mana mereka terpaksa membeli daripada para pelanggan mereka.
  5. Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Bursa Saham Amerika (Securities and Exchange Commission) yang beliau berkemungkinan akan memberhentikan urusniaga di Bursa Saham New York.
  6. Pembeli terakhir yang dikenali sebagai spesialis lantai bagi Bursa Saham New York dihujani dengan pesanan-pesanan untuk menjual dan spesialis ini menghadapi kekurangan modal untuk menyokong harga.

Sumber Rujukan: Buku Menyelami Dasar Lautan Saham oleh Othman Yong, keluaran tahun 1998, ISBN: 9679424022

Sejarah Mungkin Berulang?

Setiap yang berlaku terutamanya di pasaran saham adalah merupakan satu kitaran. Jadi tidak mustahil ianya akan berlaku lagi kepada pasaran saham, malah kepada mana-mana pelaburan lain seperti amanah saham, hartanah dan juga emas.

Apa yang kita boleh buat adalah dengan mengamalkan diversifikasi dengan tidak meletakkan semua pelaburan kita dalam satu instrumen sahaja. Atau orang jawa kata, “Don’t put all your eggs in one basket”.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend