Boleh Tak Kita Beli Saham Syarikat Tak Patuh Syariah?

Yang HARAM lagi terang haramnya:
Syarikat Judi seperti saham Magnum Berhad.
Syarikat Arak seperti saham Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

SAHAM SYARIKAT TAK PATUH SYARIAH – BOLEH BELI TAK?

Kenapa saham syarikat MMS Ventures Berhad tak patuh syariah?
Contoh lain yang dapat kami berikan adalah seperti saham syarikat OldTown Berhad (operator Old Town White Coffee) dan Astro Malaysia Holdings Berhad.

Bukannya jual arak.

Ya. Saya faham. Anda mesti rasa frustrated sebab ada beberapa saham syarikat yang bisnes dia make sense semua, tapi tiba-tiba tak patuh syariah pula.

Apa kes?

Okay, biar saya explain dengan mudah dan jelas di sini.

First, kategori syariah dan tak syariah ni telah ditetapkan oleh Securities Commission Malaysia (SC). Boleh berkenalan dengan ahi Majlis Penasihat Syariah mereka di sini.

Ada banyak sebab, paling utama dia nak galakkan syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk cuba jadi syariah.

Second, ada DUA jenis filtering yang perlu dibuat. First filtering ialah dari segi bisnes operation. Second filtering ialah dari segi berapa banyak aktiviti riba yang syarikat ada buat.

Apa maksudnya aktivti riba yang syarikat buat? Kalau syarikat ada hutang dan ada cash di bank, semua tu merupakan aktiviti yang melibatkan riba.

Jadi, bagaimana SC tentukan aktviti riba ni? SC akan buat 2 jenis pengiraan:

  • Pertamanya dia akan kira berapa banyak Cash yang syarikat letak di bank konvensional yang dapat interest dan fixed deposit.
  • Kemudian dia akan kira berapa banyak Hutang yang syarikat ada based on conventional loan.

Dia ambil Cash bahagi dengan Total Asset. Kalau misalnya lebih dari 0.33. Maka syarikat tak patuh syariah.

Kemudian dia ambil Hutang bahagi dengan Total Asset. Kalau misalnya lebih dari 0.33. Maka syarikat tak patuh syariah.

Senang saja. Mereka dah putuskan ini cara terbaik nak tentukan sama ada syarikat ni patuh syariah ataupun tidak.

Memetik maklumat dari laman web SC : Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, MPS juga mengambil kira aspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti syarikat dari perspektif pengajaran Islam.

Ada juga beberapa ulama’ lain dan dari school of thoughts yang lain (majoriti di US) menyatakan bahawa sebenarnya boleh je beli saham syarikat yang ada cash dan debt di bank konvensional. Antara perdebatan mereka ialah operasi bisnes syarikat itu mostly bukannya really with all these money.

Syarikat buat untung sebab bisnes dia, bukannya disebabkan interest yang dia dapat dekat bank. Contohnya, syarikat chip processor seperti AMD, pendapatan dan untung mostly datang dari jual chip, bukannya dari interest yang dia dapat dari bank. So, dalam kes ni, no problem.

Ada yang ambil langkah selamat untuk cakap bahawa, kita tetap kena BERSIHKAN dan PURIFY keuntungan kita dari saham-saham syarikat yang ada aktiviti riba ni based on how much aktiviti tu.

Ini merupakan isu Fiqah yang mempunyai banyak perbezaan pendapat.

Dalam kes ini. Penting untuk menjadi open minded dan bersedia untuk listen to the arguments from every side. Saya ada my own point of view dan pendirian saya dalam kes ni. Tapi untuk majoriti, mungkin lebih selamat untuk anda ikut badan berautoriti seperti Securities Commission.

After all, kebanyakan dari kita ni jenis taqlid dan tak ada ilmu agama yang tinggi.

Baca juga :
Apakah Pelaburan Saham itu Syari’e?
 

Nak Melabur di Pasaran Saham? Nanti Dulu…Fahamkan 7 Fakta Ini

Artikel ini adalah olahan MajalahLabur dari posting asal Tuan Hafiz, follow beliau untuk lebih banyak ilmu pelaburan saham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA