Bursa Akan Perkenalkan 5 Ciri-ciri Baru Bagi Membantu Pedagang Dan Pelabur

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan media, berkata akan memperkenalkan ciri-ciri dagangan baru bagi membolehkan para pedagang dan pelabur mempunyai lebih banyak pilihan pada masa akan datang.

Sumber: Bursa Malaysia

Apa kebendanya lima ciri-ciri baru ini? Jom kita layan petikan berikut.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd memperkenalkan beberapa ciri-ciri dagangan baharu bagi membolehkan pelabur menggunakan pelbagai pilihan strategi berurus niaga.

Ciri-ciri dagangan baharu itu akan membantu pelabur membuat keputusan lebih cekap dalam persekitaran pasaran saham.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata pengenalan pilihan dagangan baharu dan itu dijangka akan memberi lebih keupayaan kepada pelabur daripada aspek penambahbaikan dalam strategi urus niaga pelabur.

“Ia juga pada masa sama dapat membantu mempromosikan lebih banyak keuntungan dan menjadikan urus niaga lebih mampan dalam pasaran ekuiti.

“Melangkah ke hadapan, Bursa Malaysia akan terus menawarkan pilihan lebih baik dan cekap kepada pelabur bagi memastikan mereka dapat menjalankan rancangan urus niaga mereka menerusi pengurusan risiko lebih baik dan pada masa sama dapat meneroka peluang baharu dalam pasaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ciri-ciri dagangan baharu yang diperluaskan terdiri daripada Tempahan Pasaran pada Pra-Penutup, yang membolehkan pelabur menyertai tempahan pasaran ketika sesi lelongan.

Bursa Malaysia juga memperkenalkan Tempahan Terbuka yang membolehkan pelabur membuat tempahan pada hari sama harga dibuka.

Ia boleh digunakan ketika selepas pasaran ditutup pada hari dagangan sebelumnya yang dijangka akan menjejaskan harga pembukaan saham pada hari dagangan yang berikutnya.

Turut diperkenalkan juga Tempahan Ditutup yang membantu pelabur membeli atau menjual saham pada harga penutup sama ada pada atau selepas penutupan hari akhir dagangan.

‘Iceberg Order’ juga membolehkan pelabur membuat permintaan bersyarat untuk membeli atau menjual saham dalam kuantiti yang besar tetapi kuantiti yang telah ditetapkan adalah lebih kecil.

Tempahan ini biasanya digunakan pelabur besar atau institusi bagi mengelakkan pergerakan mendadak dalam pasaran yang disebabkan oleh tempahan yang besar.

Tempahan ‘One-Cancel-Other (OCO)’ pula terdiri daripada set dua tempahan, yang memadankan salah satu tempahan yang boleh mengakibatkan pembatalan tempahan lain.

Tempahan ini kebiasaannya digunakan oleh peniaga untuk mengurangkan risiko dan memasuki pasaran.

Bursa Malaysia berkata, bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis tempahan dan penetapan baharu itu, pelabur boleh melayari laman web di www.bursamalaysia.com.

Sumber: BH Online

Lima Ciri-ciri Baru Yang Padu

Lepas ni kita kena mendalami pula ilmu lima ciri-ciri baru tersebut:

  • Tempahan Pasaran pada Pra-Penutup
  • Tempahan Terbuka
  • Tempahan Ditutup
  • ‘Iceberg Order’
  • ‘One-Cancel-Other (OCO)’

Mana tahu ia lebih memudahkan kita untuk mengaut keuntungan di Bursa Malaysia nanti.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend