Cara Kumpulkan Modal Untuk Mula Beli Saham

Ramai yang mula menunjukkan minat untuk menceburi dunia pelaburan saham untuk berusaha mencapai apa sahaja impian kewangan mereka. Antara soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah modal minimum untuk mula melabur dalam saham. Kalau ikut saranan boss  iSaham, modal RM3 ribu merupakan modal minima, kalau tanya saya pula, nak try-try test tengok ok ke tidak, modal RM1 ribu pun memadai.

Tak percaya, boleh baca Siapa Bilang Melabur Saham Kena Modal Besar? Dengan modal RM1 ribu kalau untung 30%? Bagaimana pula kalau guna modal RM3 ribu?

Jom kita tengok beberapa tips yang boleh dicadangkan untuk kawan-kawan kita ni cukupkan modal untuk mula melabur dalam saham.

Selesaikan Aliran Tunai Dulu

Kejap. Kalau RM1 ribu pun tiada untuk mulakan pelaburan, kemungkinan besar pengurusan kewangan kawan-kawan kita ni pun mungkin sedang koyak. Jadi perkara ini perlu diselesaikan dahulu. Aliran tunai boleh dikatakan sihat jika:

1. Pendapatan setiap bulan lebih daripada perbelanjaan (pendapatan lebih daripada perbelanjaan)
2. Maksimum 60% daripada pendapatan itu digunakan untuk komitmen bulanan
3. 30% daripada pendapatan tersebut disimpan atau dilaburkan
4. Maksimum 10% ni kita jadikan sebagai buffer

Tips Kumpulkan Modal = Tips Betulkan Aliran Tunai

Boleh baca lebih lanjut berkenaan pengurusan kewangan di 8 Langkah Mengurus Kewangan Dengan Bijak dan Sistematik.

Secara asasnya nak kumpulkan modal ataupun nak betulkan aliran tunai memang mudah. Hanya ada 2 cara utama iaitu:

1. Tambahkan Pendapatan

Untuk tambah pendapatan ni rasanya di Malaysia ni memang banyak pilihan. Kalau ada peluang di tempat kerja, boleh buat overtime. Boleh juga berniaga kecil-kecilan. Kalau modal agak tipis, jadi agent takaful pun boleh juga. Kalau modal langsung tiada pun boleh. Boleh sertai dropship atau pun affiliate

2. Kurangkan Perbelanjaan

Saya faham, bukan semua yang sanggup nak usaha lebih untuk lakukan perkara-perkara yang dicadangkan untuk tambahkan pendapatan tadi. Kalau tak sanggup, ini bermakna pilihan kedua ini lebih sesuai untuk anda.

Di antara contoh-contoh perbelanjaan yang boleh dikurangkan adalah:

  • Pindah ke tempat tinggal yang lebih murah
  • Tukar kenderaan yang bayaran bulanan lebih murah
  • Kurangkan perbelanjaan sosial seperti shopping, menonton wayang dan sebagainya
  • Pada yang merokok, boleh kurangkan atau tinggalkan tabiat merokok tersebut

Jika anda kurangkan RM15 sehari, sebulan dah RM450 yang berjaya anda kurangkan. Tiga bulan dah RM1,350. Boleh dah tu nak mula melabur kan?

Sementara menunggu cukup tiga bulan tu, boleh gunakan masa sebaiknya untuk mendalami ilmu saham. Boleh juga lakukan paper trade untuk menguji skil pemilihan saham anda.

Lebih baik jika anda sanggup lakukan kedua-dua perkara ni. Tambahkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan pada masa yang sama. Saya pasti lebih cepat modal tersebut dapat dikumpulkan.

Ditulis oleh Suddin Salleh, beliau merupakan jurulatih saham di iSaham Sdn. Bhd. dan perunding takaful di AIA Public Takaful Berhad.

Tenang dengan Takaful, Untung dengan Saham

Layari http://bullishbursa.blogspot.my untuk maklumat lanjut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend