Cara Menggunakan Kaedah Dollar Cost Averaging Dalam Pelaburan Saham

Bagi yang biasa melabur dalam unit trust, istilah DCA ini mungkin tidak asing bagi mereka kerana pelaburan dalam unit amanah membenarkan untuk membuat pelaburan secara Direct Debit Investment (DDI) di mana setiap bulan, sejumlah wang akan dipotong dari akaun bank untuk disalurkan kepada dana pelaburan.

Tapi bagi pelabur baru, istilah cost averaging mungkin satu konsep yang baru bagi mereka. Dollar cost averaging ialah satu strategi pelaburan yang mana ekuiti dikumpul dengan cara beli secara berdisiplin dengan jumlah yang tetap pada masa yang tetap. Jom baca perkongsian dari Empayar Saham mengenai pelaburan secara cost averaging.

Sebagai contoh, katakan Admin berminat pada saham A, maka pada bulan pertama, Admin belanjakan RM1,000 untuk saham A yang berharga RM0.50 seunit. Kemudian, masuk gaji bulan seterusnya, Admin belanjakan RM1,000 lagi untuk saham A yang kini sudah menjadi RM0.65 seunit.

Seterusnya, pada bulan ketiga, sekali lagi Admin belanjakan RM1,000 utk saham A yang dah jadi RM0.60 seunit. Begitulah seterusnya utk bulan keempat RM1,000 utk RM0.70, bulan kelima RM1,000 utk RM0.75.

Boleh nampak disiplin yang diamalkan di dalam dollar cost averaging? Walau apapun harga seunit saham, Admin tetap belanja RM1,000 setiap bulan tanpa terlepas.

Tujuan Memilih Teknik Pelaburan Secara  Cost Averaging

Untuk pelabur amatur, jika mereka mempunyai wang tunai RM3 ribu dalam tangan, kebarangkalian besar mereka akan memilih untuk melabur kesemua wang tersebut secara lump sum. Tak salah untuk memilih pelaburan secara lump sum, tapi cuba anda bayangkan apa akan jadi jika harga menurun?

Akibatnya, anda terpaksa menanggung kerugian masalah timing entry secara total.Bagaimana jika anda tidak cuba timing entry anda? Bagaimana jika anda amalkan cost averaging dalam masa 3 bulan pertama?

Purata kos anda

= 3000 / (1000/0.50 + 1000/0.65 + 1000/0.60)

= RM0.576 seunit saham.

Maka keuntungan atas kertas

= RM3,000 x (0.60/0.576 – 1)

= Untung RM125 @ 4.17%

Perhatikan, dengan teknik dollar cost averaging, tanpa mempedulikan timing entry, sebaliknya terus membeli secara berdisiplin, anda masih boleh mencatat untung walaupun ada ketika price menurun. Keadaan ini berlaku kerana daripada anda merisikokan modal membeli sekaligus pada satu harga, anda sebaliknya memuratakan risiko tersebut pada harga-harga berlainan setiap bulan.

Oleh itu, bagi mereka yang bermasalah dalam entry timing, mereka boleh menyelesaikan masalah ini dengan teknik cost averaging.

Dalam pelaburan, tidak ada satu teknik pelaburan yang betul-betul ampuh. DCA ini turut mempunyai kekurangan tersendiri. Rujuk jadual dibawah untuk kelebihan dan kekurangan teknik cost averaging.

Kelebihan Teknik Cost Averaging Kekurangan Teknik Cost Averaging
Ia memuratakan risiko pelaburan. Tetapi, INGAT! Bukan bermakna ia menghilangkan terus risiko. Risiko masih ada. Ia tidak mengoptimumkan keuntungan. Ia tidak mengambil kesempatan membeli ketika murah dan menjual ketika mahal.
Bagi mereka yang tidak mempunyai modal besar atau baru bermula melabur, teknik ini sesuai. Ia hanya sesuai untuk investing atau paling tidak pun untuk long term trading. Ini kerana lebih panjang tempoh melabur, lebih banyak risiko yang dipuratakan. Namun, bagi trading, tempoh melabur yang terlalu singkat membuatkan teknik cost averaging hampir tidak mempunyai kesan.
Teknik yang sama juga digunakan oleh pelabur-pelabur besar. Bezanya, selain memuratakan risiko, mereka juga membeli secara berdikit2 supaya tidak mengganggu price.

Ketika pasaran saham sedang bearish inilah peluang untuk para pelabur mengamalkan DCA untuk kaunter-kaunter saham yang kukuh tetapi sedang mengalami penurunan harga. Mustahil untuk kita meneka harga terendah sesuatu saham, jadi jalan terbaik adalah membeli saham secara berkala ketika harganya masih rendah.

Kredit: Empayar Saham

Boleh Juga Guna AI Untuk Bantu Anda Melabur

Nak guna teknologi pula untuk bantu anda melabur? Memperkenalkan SITI (Stock Intelligence & Tracking Insights).

SITI ni Robo Analyst – Sistem analitik A.I. berteraskan syariah yang pertama di dunia yang dapat membantu para pelabur membuat keputusan terhadap sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Ianya sistem yang dihasilkan oleh syarikat bernama MyFinB yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. MyFinB merupakan syarikat AI pertama di Malaysia, dan akan menjadi syarikat AI pertama yang bakal disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat iaitu OTC QB di fasa pertama dan kemudian di NASDAQ di fasa kedua

Ianya merupakan data-data penting berkenaan syarikat dan diberikan skor, bagi membantu kita untuk menentukan samada saham ini sesuai untuk dibeli sebagai pelaburan. Dalam erti kata lain, ianya adalah sebuah laporan Fundamental Analysis yang juga mempunyai analisa daripada mereka yang pakar berkenaan syarikat ini.

Nak tahu berapa rating bagi prestasi perniagaan syarikat? Berapa nilai (value) kepada pemegang saham syarikat? Jualan syarikat meningkat ke menurun? Bagaimana dengan pendapatan syarikat pula?

Semuanya dah ada rumusan, senang nak buat keputusan.

Dapatkan SITI Di Seminar Labur Saham

SITI baru saja dilancarkan, dan dengan kerjasama Asri Ahmad Academy; dapatkan laporan SITI secara percuma (tawaran terhad tiket Diamond) apabila anda hadir ke Seminar Labur Saham yang bakal diadakan di seluruh Malaysia.

Belajar dengan mentor saham #1 Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri dan mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham patuh syariah Bursa Malaysia.

Takde alasan lagi untuk tidak melabur saham yang SAH dan PATUH SYARIAH. Jumpa anda di Bangi, KL, Seremban, Sungai Petani, Pulau Pinang, Putrajaya, Ipoh, Johor Bahru, Melaka dan banyak lagi lokasi lain.

Daftar sekarang di laman web Asri Ahmad Academy.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend