Cara Nak Tengok Siapa Jual Beli Saham Sesebuah Syarikat

Setiap saham syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia ada pemiliknya tersendiri. Tidak kira ianya terdiri daripada pelabur sofistikated (individu yang kaya-raya), pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji) dan pelabur luar negara (BlackRock, Vanguard) yang bermodalkan jutaan malah berbilion ringgit; atau pelabur runcit seperti kita yang modal serendah RM1 ribu pun ada.

Dan melalui proses jual beli saham syarikat yang berlaku setiap hari inilah, yang akan menghasilkan keuntungan atau kerugian kepada pelabur dan pemegang saham sesebuah syarikat. Ada yang jual beli setiap hari, ada juga yang beli dan peram bertahun-tahun lamanya.

Tapi Bagaimana Nak Tahu Pemilik Saham Sesebuah Syarikat?

Untuk pemahaman semua pihak, apa kata kita guna saham syarikat T7 Global sebagai kajian kes. Yang kononnya, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun (Vincent Tan) ada membeli banyak saham syarikat ini, sebaik selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU-14.

Siapa T7 Global?

Dahulunya ia dikenali sebagai Tanjung Offshore Berhad terlibat dalam pelbagai sektor seperti yang dinyatakan di bawah:

Sumber: Laman Web T7 Global

Pada masa ini, T7 terlibat terutamanya dalam penyediaan loji dan penyelenggaraan, pengurusan kapal dan penyewaan, penggerudian, perundingan kejuruteraan dan pembangunan lapangan, dan sektor minyak dan gas.

Boleh tahan jugalah perolehan dan keuntungan dalam setahun kebelakangan ini.

Siapa Pula Pengarah Dan Pihak Pengurusan T7 Global?

Sumber: Laman Web T7 Global

Bagaimana Nak Tahu Siapa Pemilik Saham Terbesar Syarikat T7 Global?

Laman web Bursa Marketplace sememangnya ada sediakan maklumat ini. Selepas buat carian nama saham, klik bahagian OWNERSHIP.

Buat masa ini 10 pemegang saham terbesar akan disenaraikan. Sehingga hari ini Tan Sri Tan Kean Soon maish merupakan pemegang saham terbesar T7 Global.

Sumber: Bursa Marketplace

Bagaimana Nak Tahu Siapa Sedang Aktif Jual – Beli?

Kepada yang sudah buka akaun CDS dan memiliki apps jual beli saham (trading account), semua apps ini akan ada bahagian NEWS/HIGHLIGHT. Boleh lihat di sini dengan mudah siapa yang sedang aktif membeli dan menjual dalam jumlah yang besar.

Jika anda tiada apps tersebut, laman web Bursa Malaysia juga ada maklumat ini. Buat carian dan pilih COMPANY ANNOUNCEMENTS.

Heboh Vincent Tan Beli Saham T7 Global

Sebaik sahaja Pakatan Harapan memenangi PRU-14, saham T7 Global jatuh sebanyak 21.5% pada hari pertama Bursa Malaysia dibuka kembali selepas bercuti panjang.

Sumber: iSaham

Harga Saham 8 Mei 2018: RM0.465
Harga Saham 14 Mei 2018: RM0.365

Penurunan RM0.10 atau 21.5%

Ini berikutan ura-ura bahawa Kerajaan Pakatan Harapan bakal menghentikan projek East Coast Railway Link (ECRL) yang dikatakan mahal pada kos RM55 bilion. Namun, kita dapat lihat bagaimana Tan Sri Vincent Tan memborong saham T7 Global:

Sumber: MalaysiaStockBiz

Beliau shopping selama tiga hari berturut-turut, di kala saham T7 Global tengah buat ‘sale’.

Sumber: Bursa Malaysia

Sumber: Bursa Malaysia

Kini beliau memiliki 5.1% pegangan dalam syarikat T7 Global. Dan kalau diikutkan harga semasa:

Harga Saham 16 Mei 2018: RM0.39
Harga Saham 25 Jun 2018: RM0.50

Peningkatan: RM0.11 atau 28.2%

Dalam masa sebulan lebih saja, harga meningkat naik ke paras semasa berikutan pengumuman bahawa projek ECRL akan diteruskan dan ura-ura T7 Global bakal diberi kontrak dalam pembinaannya. Belum dapat kontrak lagi. Pada bulan Mac 2018 adalah T7 telah tandatangan suatu memorandum kesefahaman (MoU) dengan syarikat kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) dan CMC Engineering Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera untuk mewujudkan konsortium untuk membida projek ECRL dan hanya untuk jajaran Terengganu.

Sama-sama kita tunggu adakah projek ECRL bakal diteruskan oleh kerajaan dan siapa pula yang bakal menerima kontrak tersebut.

Atau adakah Tan Sri Vincent Tan bakal menjual pegangan saham ini semasa harganya masih tinggi?

Cukup Mudah Nak Tahu Siapa Pemegang Saham Sesebuah Syarikat

Sekarang dah tahu kan dekat mana nak tengok siapa pemegang utama syarikat, dan bila mereka membeli saham tersebut. Persoalannya, adakah anda nak beli apa yang jerung beli?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend