4 Faktor Yang Mempengaruhi Pergerakan Ringgit

Hubungan di antara matawang Ringgit Malaysia (RM) dan harga saham di Bursa Malaysia saling berkait rapat. Jika Ringgit mengukuh berbanding US Dolar (USD), saham berorientasi eksport akan melemah. Walaupun eksport negara akan meningkatkan ekonomi, nilai dagangan akan menurun kerana kelemahan USD. Jadi keuntungan syarikat eksport akan menurun. Ini akan memberi kesan kepada pendapatan dan keuntungan bersih syarikat.

Sebaliknya jika Ringgit melemah berbanding USD, saham berorientasikan import akan melemah. Ini disebabkan kos bahan yang diimport akan meningkat, menyebabkan keuntungan syarikat menurun.

Perbandingan USD/MYR

Semenjak 5 bulan yang lepas, Ringgit dilihat semakin melemah berbanding US Dolar di mana ianya sekarang berada pada paras RM 4.09 berbanding 1 US Dolar.  Jadi apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan Ringgit?

Jom kita tengok 4 faktor utama seperti berikut:  

1) Harga Minyak Mentah Dunia 

Malaysia adalah pengeluar minyak dunia. Harga minyak mentah mempunyai hubungan positif dengan pergerakan ringgit. Jika dilihat pada kajian harga lepas, harga minyak Brent jatuh dari $101.49 (30 Jun, 2014) kepada $35.01 ( 19 Jan,2016) dan pada masa yang sama Ringgit juga menyusut dari 3.20 (30 Jun, 2014) kepada 4.45 (15 Jan, 2016). Dalam erti kata lain, Pergerakan ringgit ditentukan oleh bagaimana anggota-anggota OPEC mengawal pengeluaran minyak. Apabila OPEC mengurangkan pengeluaran minyak, secara tidak langsung harga minyak Brent akan naik dan pada masa yang sama Ringgit juga akan naik dan sebaliknya. 

2) Tren Kadar Dasar Semalaman / Overnight Policy Rate (OPR) 

Kenaikan kadar bunga boleh membantu dalam peningkatan matawang sesebuah negara. Kadar bunga semalaman Malaysia masih kekal 3.25%. Secara umumnya, kadar bunga yang rendah akan menyebabkan aliran keluar modal dan pergi ke negara yang menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. US Federal Reserve sudah menaikkan kadar bunga sebanyak 0.25 poin ke arah kadar sasaran dalam lingkungan 1.75 hingga 2%. US Federal Reserve juga memberi petanda awal untuk menaikkan kadar bunga sebanyak 2 kali lagi yang membawa kepada 4 kali kenaikan pada tahun ini. Disebabkan pelabur asing menjangkakan akan ada lagi kenaikan kadar bunga di US, maka pelabur asing menjual bon/ekuiti di pasaran Malaysia maka secara tidak lansung mereka menjual Ringgit sekaligus Ringgit jatuh. 

3) Landskap Politik Malaysia yang Baru 

Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 telah mengejutkan ramai pihak termasuk pelabur asing. Tekanan penjualan ringgit selepas pilihan raya umum ke-14 menunjukkan bahawa para pelabur asing mengimbangi semula portfolio mereka kerana kebimbangan mereka terhadap kestabilan politik negara dalam tempoh terdekat ini. Ditambah lagi dengan perlaksanaan GST berkadar sitar, penangguhan projek mega, pendedahan hutang negara melebihi 1 trillion menyebabkan kebimbangan pelabur terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kedudukan fiskal negara. 

4) Kekuatan Matawang US Dolar 

Kekuatan matawang US Dolar telah meningkatkan matawang US DOLAR secara relatifnya adalah lebih menarik perhatian pelabur berbanding mata wang lain. Ini kerana US Federal Reserve menetapkan pendirian ‘Bullish’ terhadap kadar bunga berbanding bank pusat negara lain. Ekonomi data di US juga sangat memberangsangkan dimana kadar pengangguran US berada pada tahap terendah dalam tempoh 18 tahun pada May 2018 iaitu 3.8% dan disokong oleh pertambahan bilangan pekerja di US. Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat, kadar pengangguran yang rendah adalah faktor- faktor yang mendorong kenaikan kadar bunga sekaligus akan mendorong kenaikan US Dolar berbanding Ringgit. 

Kredit: FB Fundamental Ekonomi & Saham

Rebut Peluang Di Sebalik Masalah

Kita biasa dengar bahawa salah satu petanda ekonomi Malaysia ‘tidak bagus’, adalah apabila nilai matawang Ringgit Malaysia (RM) merosot berbanding dengan US Dolar (USD). Abis tu kenapa Ramai yang seronok apabila matawang USD meningkat?

Begitu juga halnya apabila harga minyak dunia meningkat, pastinya saham-saham berkaitan Oil & Gas meningkat naik. Tapi sebelum tu, Nak Beli Saham Syarikat Oil & Gas? Kenali Industri Ini Dengan Lebih Dekat.

Terakhir sekali, yang bestnya pasal pelaburan saham ni – ada banyak industri berbeza. Bila market meriah, industri mana yang untung? Bila market tengah down, industri mana pula yang melawan arus? Jemput baca Kenali Industri-Industri Dalam Pasaran Saham Bursa Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend