Lima Catalyst Utama Pelabur Dalam dan Luar Negara Minggu Ini (23-27 September 2019)

Perkembangan dalam isu geopolitik global dan rundingan perdagangan Amerika Syarikat dan China akan menjadi perhatian penting pada minggu ini berikutan kesukaran indeks saham global untuk membuat kenaikan.

Bank pusat Amerika Syarikat telah memotong kadar faedah Fed Fund Rate buat kali kedua pada Khamis (19 September 2019) lalu. Namun, formasi undian menunjukkan tiga daripada ahli pengundi tidak bersetuju untuk menurunkan kadar faedah yang mana menunjukkan perbezaan di kalangan ahli Federal Open Market Committee (FOMC).

Pada awal pembukaan pasaran hari Isnin (23 September 2019), kebanyakan indeks saham Asia meleset dengan pelabur sedang menunggu perkembangan lebih jelas dalam rundingan AS-China. Pasaran minyak mentah pula menokok 1% berikutan ketegangan di Timur Tengah.

Penganalisa melihat situasi pasaran masih goyah dengan rusuhan berterusan di Hong Kong, ketegangan di antara Iran-Arab Saudi-AS dan juga ketidaktentuan perdagangan global.

Indeks utama Asia pada separuh dagangan hari Isnin, menunjukkan indeks blue-chip China CSI300 susut sehingga 1.49%. Di Hong Kong, Indeks Hang Seng susut 0.80%. Bagi pasaran Asia Tenggara, Indeks Komposit Kuala Lumpur turut susut 0.26% di mana indeks negara-negara jiran turut merudum pada penutupan pasaran hari Isnin.

Berikut adalah lima tema utama yang bakal menjadi perhatian para pelabur sepanjang minggu ini.

1. Perkembangan Rundingan Dagangan AS-China

Timbalan perunding perdagangan dari kedua-dua negara AS-China menyambung rundingan buat pertama kali sejak hampir dua bulan lalu. Fokus mereka adalah untuk menyediakan asas kepada rundingan peringkat tertinggi pada awal Oktober hadapan. Adakah mereka akan dapat mencapai persafahaman di sebalik perbezaan yang ada?

Hasil rundingan menunjukkan perkembangan positif dengan kedua-dua wakil perunding telah mengeluarkan kenyataan. Wakil dari Amerika Syarikat menggambarkan rundingan selama dua hari bersama China adalah produktif dan menambah bahawa rundingan yang dirancang pada bulan hadapan akan diteruskan.

Pihak China pula mengatakan rundingan itu adalah konstruktif dan juga menganggap perbincangan yang baik bagi merancang rundingan peringkat tertinggi pada awal Oktober 2019.

Walaupun rundingan dua hari itu dilihat positif, namun masih belum cukup meyakinkan pasaran untuk kedua negara mencapai perjanjian dalam masa terdekat.

Hal ini mungkin disebabkan perkembangan yang berlaku pada Jumaat (20 September 2019) apabila wakil China membatalkan lawatan ke ladang di Montana dan Nebraska.

2. Tumpuan Kepada Isu Brexit

Pasaran Eropah pada minggu ini akan tertumpu kepada pengumuman Mahkamah UK tentang penggantungan Parlimen. Mahkamah dijangka akan mengemukakan keputusan sama ada penggantungan Parlimen oleh Perdana Menteri Boris Johnson, adalah sah atau sebaliknya.

Tindakan Boris menggantung Parlimen adalah untuk menggagalkan usaha melanjutkan tarikh keluar UK dari Kesatuan Eropah (EU). Jika mahkamah berpihak kepada Parlimen, ini akan memberikan lebih banyak masa kepada pembangkang untuk menentang tarikh Brexit pada 31 Oktober 2019.

Pasaran juga akan menunggu sama ada Boris Johnson berjaya memeterai perjanjian dengan EU walaupun potensinya agak kecil. Komen terbaru oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean Claude Juncker memberi sedikit harapan dalam perjanjian Brexit sehingga menyebabkan matawang Sterling melonjak ke paras tertinggi sejak bulan Julai 2019.

3. Data Ekonomi Amerika Syarikat

Data ekonomi AS penting untuk diperhatikan ketika ini, untuk pelabur melihat kesan daripada perang dagang dengan China khususnya kepada data seperti pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Minggu ini terdapat beberapa data penting yang akan dikeluarkan termasuklah pertumbuhan ekonomi pada hari Khamis (26 September 2019).

Bacaan akhir pertumbuhan KDNK kali ini dijangka mengejutkan pasaran selepas bacaan awal mencatat bacaan sebanyak 2%. Dua komponen daripada pertumbuhan yang akan dilihat adalah aspek perbelanjaan pengguna dan juga pelaburan oleh perniagaan.

Data tempahan barangan tahan lama (durable goods) pula akan dikeluarkan pada hari Jumaat (27 September 2019). Data ini penting kerana tempahan barangan seperti mesin dilihat sebagai satu aspek pelaburan oleh syarikat yang menggambarkan keadaan semasa perniagaan ketika ini.

Satu lagi data penting adalah data inflasi iaitu laporan perbelanjaan penggunaan peribadi (Core PCE Price Index). Bacaan data ini dikatakan sebagai data inflasi keutamaan The Fed, kerana fokusnya terhadap perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat. Ia juga akan dikeluarkan pada hari Jumaat (27 September 2019).

4. Indeks Sektor Ekonomi PMI

Kebimbangan terhadap situasi terkini ekonomi Zon-Eropah, adalah sebab mengapa European Central Bank (ECB) memulakan semula pelonggaran kuantitatif (QE) dan juga menurunkan kadar faedah pada minggu lalu.

Bacaan indeks PMI penting kerana ia adalah indikasi awal tentang keadaan semasa kesihatan ekonomi. Tinjauan PMI ini dibuat terhadap perniagaan dan juga pengurus pembelian yang mana sering terkesan lebih awal kepada perubahan ekonomi.

Mario Draghi menggesa Zon-Eropah pada minggu lalu untuk berbelanja bagi melihat perkembangan dalam pertumbuhan ekonomi. Bacaan positif indeks PMI pada hari Isnin (23 September 2019) sudah tentu melegakan pasaran Eropah tetapi bacaan negatif akan memaksa kerajaan-kerajaan Eropah mengembangkan fiskal di negara masing-masing.

5. Tumpuan Pasaran Malaysia

Pelabur antarabangsa menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia pada minggu lalu, menjual ekuiti tempatan bernilai RM79.4 juta di antara 17 hingga 19 September. Ia berbanding belian bersih asing RM247.1 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama pada minggu sebelumnya.

Penganalisis MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research), Adam M Rahim, berkata jualan itu telah menjadikan aliran keluar bersih asing setakat ini dari Malaysia kekal melebihi RM7.0 bilion.

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada hari Isnin memandangkan pelabur global menanti arah baharu sementara menimbang ketidakpastian berterusan dalam pasaran global.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.cnbc.com/2019/09/20/as-stocks-reach-for-new-highs-markets-could-be-swayed-by-fed-speakers.html
  2. https://www.investing.com/news/economy/economic-calendar–top-5-things-to-watch-this-week-1983302
  3. https://www.investing.com/news/stock-market-news/us-stock-futures-gain-on-better-trade-tone-oil-climbs-1983487
  4. https://www.investing.com/news/stock-market-news/us-stock-futures-gain-on-better-trade-tone-oil-climbs-1983487
  5. https://www.marketwatch.com/story/dow-and-sp-500-set-to-test-record-highs-as-trump-administration-said-to-exempt-china-products-from-tariffs-2019-09-20
  6. https://www.chicagotribune.com/business/sns-tns-bc-weekahead-20190920-story.html
  7. https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-09-22/yuan-gains-yen-slips-as-trade-talks-progress-markets-wrap?cmpid=socialflow-facebook-markets&utm_campaign=socialflow-organic&utm_content=markets&utm_medium=social&utm_source=facebook
  8. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/09/23/foreign-investors-turn-net-sellers-again
  9. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/09/23/klci-dips-in-early-trade-fgv-up-in-active-trade

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA