‘Tragedi Oktober’ Dalam Saham Suatu Mitos Atau Ada Kebenarannya?

Tak sanggup lagi aku, Mengenang kisah lalu, Keganasan menghantui diriku, Biarkan ia pergi, Menjadi suatu misteri, Bagaikan tiada hati yang peduli, Tidak mahu ku ingat lagi, Apa yang telah terjadi, Tragedi Oktober

Siapa yang hafal lagu dendangan Awie yang bertajuk Tragedi Oktober kita geng.

Bila masuk bulan Oktober je mesti rasa nak nyanyi. Lepas tu mulalah teringat kisah sedih yang lalu menggamit jiwa, sehinggakan bercucuran air mata.

Tapi tahukah anda terdapatnya ‘October Effect’ yang cukup digeruni dalam dunia saham?

Bulan Oktober, Bulan Yang Ditakuti Ramai

Bulan Oktober mempunyai reputasi sebagai bulan yang paling ditakuti bagi para pelabur dan pedagang saham. Ini kerana beberapa market crash dalam sejarah telah berlaku pada bulan ini. Dan kebanyakan pakar telah berkata bahawa ‘October Effect’ adalah lebih kepada masalah psikologi berbanding suatu fenomena sebenar.

Ah sudah, nak kena nyanyi lagu Fenomena pulak ala-ala Amy Search ke?

Pasaran saham di Bursa Malaysia pun sedang ‘bergelombang merah’. Semua ramai-ramai pakat jual saham maka jatuhlah harga. Tapi ada saham yang warna hijau, besar pula tu. Mula dengan huruf ‘G’.

Boleh lihat heatmap ini di laman web Bursa Marketplace.

Nah tengok heatmap S&P 500 dan dunia pula di laman web Finviz.

Bermula Pada Tahun 1907

Ianya bermula pada  tahun 1907 dengan The Panic of 1907, apabila krisis kewangan Amerika Syarikat bermula pada pertengahan bulan Oktober di mana New York Stock Exchange jatuh menjunam 50% daripada kemuncaknya. Panik melanda dan orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan duit daripada bank.

The Great Crash pada tahun 1929 pula bermula pada 24 Oktober yang juga dikenali sebagai Black Thursday. Penjualan secara panik telah meranapkan pasaran saham dan bermulalah The Great Depression yang berlanjutan selama 12 tahun.

Black Monday pula merujuk kepada 19 Oktober 1987 apabila pasaran saham seluruh dunia merudum. Ianya bermula di Hong Kong dan kesannya bagaikan bermain domino – semuanya merudum sehinggakan US Dow Jones Industrial Average (DJIA) mengalami kemerosotan tertinggi dalam sejarah apabila jatuh sebanyak 22%!

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca kupasannya di Black Monday – Market Crash Terburuk Dalam Pasaran Saham.

Krisis Kewangan Asia yang Meletus pada Julai 1997 dan orang ramai terus mengalami kebimbangan. Pada 27 Oktober, Indeks Hang Seng di Hong Kong jatuh 6%. Manakala di Amerika Syarikat pula, indeks DJIA jatuh 350 mata dan telah digantung urusniaga selama 30 minit bagi meredakan keadaan.

Krisis Kewangan Global pada 2008 dianggap sebagai yang terburuk sejak The Great Depression. Ia bermula pada tahun 2007 dengan krisis sub-prime di Amerika Syarikat. Tak sampai setahun, ia menjadi krisis perbankan global dunia. Semua pasaran saham dunia dipukul dengan amat teruk sekali. Pada 6 Oktober, indeks DJIA susut 800 mata untuk ditutup pada paras di bawah 10,000 buat mata pertama kali sejak tahun 2005.

Kalau nak tahu istilah ‘jangan main saham nanti rugi’ muncul semasa krisis ini.

Penulis tersohor, Mark Twain pernah berkata; “Oktober adalah salah satu bulan yang bahaya untuk membuat spekulasi dalam pasaran saham, bulan yang lain adalah bulan Julai, Januari, September, April, November, Mei, Mac, Jun, Disember, Ogos, dan Februari.”

Sumber Rujukan: The Star Online

Dunia Sedang Menuju Krisis Ekonomi?

Memang tidak dinafikan, kita seolah-olah berada dalam kitaran 10-12 tahun sekali. Dan krisis ekonomi dijangka akan berlaku tidak lama lagi. Tahun 1997 dengan Krisis Kewangan Asia, 2008 kita ada Krisis Kewangan Global. Mungkinkah Perang Perdagangan Amerika Syarikat-China pula menjadi pencetus krisis ekonomi?

Sama-sama kita bersedia untuk menghadapinya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend