Perang Perdagangan Amerika Syarikat-China Yang Bakal Mencecah $1 Trilion

Kalau presiden-presiden Amerika Syarikat yang sebelum ini gemar pergi ke medan perang menumpahkan darah askar-askarnya, kini Donald Trump pula bakal berperang dengan negara-negara lain secara perdagangan.

Maklumlah, beliau kan merupakan businessman yang berjaya. Jadi beliau memang tahu akan selok-belok perniagaan, dan bagaimana untuk menjatuhkan pihak lawan dalam dunia perniagaan.

Nilai Dagangan Amerika Syarikat Sebanyak 22% Daripada Nilai Dagangan Dunia

Sumber Gambar: Dhaka Tribune

Kalau nak tahu, hampir suku daripada nilai dagangan dunia melibatkan Amerika Syarikat dengan jumlah dagangan sebanyak $3.9 Trilion US Dolar. Dan akibat daripada perang perdagangan yang sedang berlaku ini, sebanyak $1.25 Trilion US Dolar pula bakal menerima tempiasnya.

Negara China Paling Terkesan

Tak tahulah apa yang masalahnya Presiden Donald Trump dengan negara China sehingga menyebabkan pertelingkahan ini. Barangkali Amerika Syarikat melihat China sebagai pesaing terkuat dan mahu menjatuhkannya.

Dijangkakan sebanyak $900 Bilion US Dolar nilai dagangan di antara kedua-dua buah negara bakal terjejas. Dengan mengenakan tarif ke atas import barangan, maka harga barang akan meningkat. Kesudahannya, mereka terpaksa mencari sumber daripada negara lain pula.

Persoalannya, ada ke negara lain yang mampu menggantikan tempat China sebagai pembekal barangan dan kos buruh yang amat rendah? Kalau ada baguslah untuk negara tersebut, tetapi kalau tiada pengganti?

Pastinya ramai pekerja, peniaga, pelabur dan sebagainya yang terkesan. Ramai orang akan kehilangan kerja. Seterusnya kitaran ekonomi pula akan terbantut, dan kemelesetan ekonomi akan dirasai semua pihak.

Malaysia Pun Tersenarai

Akibat daripada perang perdagangan Amerika Syarikat-China ini juga bakal memberi kesan yang besar kepada perdagangan Malaysia. Berdasarkan sumber di atas, Malaysia dan Korea Selatan dilonggokkan sekali yang bakal menyebabkan eksport barangan solar dan mesin basuh yang dianggarkan bernilai $5.3 Bilion US Dolar terjejas.

Tak tahu pula Malaysia mengeksport barangan ini dan sebanyak ini kepada Amerika Syarikat.

Hutang Malaysia RM1 Trilion, Perang Perdagangan Pula $1 Trilion US Dolar

Kalau sebelum ini negara kecoh dengan Hutang RM1 Trilion, kali ini dunia pula kecoh dengan perang perdagangan yang bakal mengakibatkan perdagangan bernilai $1 Trilion US Dolar terjejas teruk.

Pasaran saham serantau dah mula menunjukkan kesan negatif, boleh baca mengenainya di Jerung Asing Bawa Keluar Duit, Bursa Malaysia Merudum.

Jadi apakah persiapan kita nak berdepan dengan perang ini?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend