Perhatikan Saham Syarikat Ini Tatkala Perang Perdagangan US-China Berlaku

Dalam setiap musibah, pastinya ada hikmah di sebaliknya. Sama juga halnya sekiranya perang perdagangan Amerika Syarikat dengan China yang sedang hangat diperkatakan, sudah pasti ada pihak yang bakal peroleh keuntungan daripadanya. Dan katanya, Perang Perdagangan Amerika Syarikat-China Yang Bakal Mencecah $1 Trilion pastinya membuka peluang lain kepada syarikat di Malaysia.

Sumber: Quotes Valley

Memang tepat sekali kata-kata hikmah daripada Albert Einstein ni. Di sebalik kepayahan, pasti ada kesenangan.

Dan pada 25 September 2018, UOB Kay Hian ada mengeluarkan dokumen bertajuk US-China Trade Beneficiaries Swinging Into Action. Anda boleh muat turun laporan dalam bentuk PDF tersebut di sini.

Ringkasannya adalah seperti berikut:

Jom kita perhalusi setiap sektor yang diperkatakan dalam laporan tersebut.

1. Sektor Semikonduktor

Inari Amertron Berhad

Inari dikenali sebagai vendor yang memasang dan menguji barangan untuk syarikat Broadcom Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Manakala Broadcom pula banyak supply barangan dan perkhidmatan kepada Apple. Katanya Inari memperolehi 75% pendapatannya daripada syarikat Broadcom ini.

Dengan adanya kilang baru di Batu Kawan Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan, pastinya Inari bersedia untuk menerima klien baru dan lama bagi memenuhi permintaan industri sekiranya peperangan perdagangan ini berlaku.

Vitrox Corporation Berhad

Vitrox merupakan syarikat yang solid daripada segi Fundamental dan harga saham pun boleh tahan mahal. Dikatakan banyak bisnes baru yang bakal dibawa masuk daripada China, yang pastinya menguntungkan mereka juga.

Globetronics Technology Berhad

Sama juga halnya dengan Gtronic ni, khabarnya banyak pelanggan daripada China yang bakal memindahkan kilang mereka ke Malaysia tak lama lagi. Makin rancaklah harga saham mereka tak lama lagi.

Syarikat Penempa Besi

Khabarnya banyak syarikat daripada China yang ingin Joint-Venture dengan syarikat daripada Malaysia untuk memulakan pengeluaran daripada sini. Siapakah syarikat yang bakal mendapat projek tersebut? Kita tunggu dan lihat.

2. Sektor EMS

V.S. Industry Berhad

Walaupun tiada barangan yang dikeluarkan VS Industry tersenarai dalam barangan yang dikenakan tarif, namun banyak syarikat daripada China yang berminat untuk mendapatkan barangan daripada mereka. Ada juga ura-ura akan ada Joint-Venture bakal ditubuhkan tak lama lagi.

3. Sektor Perabot

Lii Hen Industries Berhad

Hampir 70% pendapat syarikat adalah hasil daripada eksport perabot ke negara Amerika Syarikat. Pastinya dengan kenaikan kadar tarif nanti, lagi banyak pendapatan bakal diperolehi mereka.

4. Sektor Pembuatan – Plastik Fleksibel

Scientex Berhad

Buat masa sekarang, Scientex belum lagi dapat menembusi pasaran China disebabkan kos penghantaran yang tinggi. Tetapi jika lebih banyak syarikat daripada China berpindah ke Asia Tenggara, pastinya barangan mereka bakal mendapat sambutan yang hangat.

5. Sektor Oil & Gas

Petronas Chemicals Group Berhad

China bakal meningkatkan dagangan dengan Petronas bagi produk etilena dan polietilena. Sekarang pun Petronas Chemicals membekalkan 16% daripada hasil pengeluaran mereka ke China. Tiada masalah untuk meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan kan?

6. Sektor Pelabuhan

Westports Holdings Berhad

Jika perang perdagangan tercetus, maka laluan Selat Melaka akan lebih rancak. Pelabuhan di Malaysia akan menerima kunjungan lebih banyak kapal-kapal pedagang lepas ni, sekaligus menguntungkan syarikat.

7. Sektor Sarung Tangan Getah

Top Glove, Hartalega dan Kossan

Ketiga-tiga syarikat terkemuki dunia yang terlibat dalam pembuatan sarung tangan getah berkualiti tinggi ini juga pastinya menerima tempias. Syarikat daripada Amerika Syarikat pastinya akan membeli sarung tangan getah buatan Malaysia, daripada membelinya daripada China.

8. Sektor Pertanian

Duti import sebanyak 25% bagi kacang soya daripada Amerika Syarikat, bakal menyaksikan China bertukar kepada kayang soya daripada Malaysia pula lepas ni.

Selain daripada itu, permintaan terhadap minyak kelapa sawit juga bakal meningkat. Bukan Malaysia sahaja, Indonesia pun akan peroleh keuntungan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend