Saham-saham Yang Jatuh Teruk Sehari Lepas PRU-14

Tatkala kita semua dibuai mimpi akibat cuti panjang selepas menyambut kemenangan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad, begitu juga pasaran saham di Bursa Malaysia yang ditutup tiga hari.

Namun, selepas ianya dibuka pada 9 pagi Isnin 14 Mei 2018, bukan main banyak lagi saham-saham yang membuat terjunan tiruk ekoran daripada kekalahan parti Barisan Nasional yang telah memerintah negara sekian lamanya.

Jom kita tengok senarai saham-saham yang jatuh teruk sehari selepas PRU-14 seperti berikut:

1. MyEG

Siapa yang tak kenal dengan MyEG ni kan? Setahun sekali mesti ramai guna platform online yang disediakan mereka untuk renew cukai jalan. Selain daripada itu, boleh juga guna MyEG untuk bayar saman Polis Diraja Malaysia dan perkhidmatan ganti MyKad menerusi Jabatan Pendaftaran Negara.

Kita pun ada tulis pasal mereka dalam artikel bertajuk Saham-Saham Berkaitan Pilihan Raya Dah Mula Bergerak Naik dan 7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Saham MyEG. Memang famous juga saham MyEG ini di kalangan pelabur saham di Malaysia.

Seawal minit pertama pembukaan pada pukul 9.00 pagi, terus membuat gap down ke paras terendah yang mungkin untuk sehari berdagang iaitu 30% atau turun RM0.77 menjadi RM1.81 daripada RM2.58. Dianggarkan RM2.8 bilion nilai saham MyEG hilang dalam sekelip mata.

Kenapa? Kerana katanya monopoli MyEG dalam menawarkan perkhidmatan kerajaan bakal berakhir tidak lama lagi.

2. George Kent

Nama yang tidak asing lagi dalam sektor pembinaan, mereka juga mengalami nasib yang sama. Jatuh pada tahap yang paling maksimum iaitu 30% sehari dengan membuat penurunan daripada RM3.96 ke paras RM2.76. Turun sebanyak RM1.18 sebaik sahaja pasaran saham dibuka.

Kenapa pula ni? Ini disebabkan projek-projek mega bakal dikaji semula oleh Pakatan Harapan dan di antara projek terbesar yang diterajui George Kent adalah East Coast Rail Line (ECRL) di Pantai Timur.

3. Gabungan AQRS (GBGAQRS)

Nasib yang sama juga menimpa GBGAQRS, membuat terjun tiruk dengan jatuh 30% atau RM0.48 daripada RM1.60 kepada RM1.12.

4. WCT Holdings

Jatuh maksimum 30% juga, daripada RM1.28 kepada RM0.90.

5. Ahmad Zaki Resources (AZRB)

Kalau tadi saham-saham di atas RM1.00 dibenarkan jatuh sebanyak 30% maksimum, saham di bawah RM1.00 pula dibenarkan jatuh sebanyak RM0.30 maksimum dalam masa sehari.

Jadi bagi AZRB ni pula, jatuh RM0.30 atau 41.6% dengan ditutup pada harga RM0.42.

6. Excel Force MSC (EFORCE)

Tak sangka pula syarikat yang membangunkan Trading Platform bagi membolehkan kita semua berdagang pun mengalami kesan yang sama.

Jatuh sebanyak RM0.30 atau 30.3% dengan ditutup pada harga RM0.69.

7. Malaysian Resource Corporation (MRCB)

Hampir mengalami nasib yang sama, tapi masih jatuh teruk sebanyak RM0.215 atau 21.5% daripada paras RM1 sebelum pilihanraya.

8. Fajarbaru Builder Group

Jatuh RM0.205 atau 32.3% untuk ditutup pada harga RM0.43.

9. Destini

Syarikat yang dimiliki oleh Dato’ Rozabil Abdul Rahman, Bendahari UMNO ini pula jatuh sebanyak 40.7% untuk ditutup pada harga RM0.255.

10. Prestariang (PRESBHD)

Jatuh ke paras maksimum iaitu RM0.49 atau 29.7% untuk ditutup pada harga RM1.16.

14 Mei 2018 Hari Untung Besar, Rugi Juga Besar

Ingatlah tarikh 14 Mei 2018 sebagai hari di mana ramai yang untung besar, rugi juga besar.

Bagi mereka yang terlibat dengan Waran pula, ada yang rugi sampai 97% dalam masa sehari! Memang mengucap panjang dengan kejadian ini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend