Saham-saham Yang Naik Ke Bulan Sehari Selepas PRU-14

Demam pilihanraya belum lagi reda, namun ramai yang dapat menikmati cuti panjang selepas kemenangan Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Bursa Malaysia yang juga tutup selama 5 hari, akhirnya dibuka semula pada 9 pagi Isnin 14 Mei 2018. Kalau Saham-saham Yang Jatuh Teruk Sehari Lepas PRU-14 adalah banyak yang berkaitan dengan Barisan Nasional, saham-saham yang naik banyak pula adalah yang berkaitan dengan Pakatan Harapan.

Jom kita tengok senarai saham-saham yang naik banyak sehari selepas PRU-14 seperti berikut:

1. OPCOM Holdings

Syarikat ini dimiliki oleh Mokhzani Mahathir, yang merupakan anak Tun Dr Mahathir.

Sebaik sahaja pasaran saham dibuka pada jam 9 pagi, saham ini telah membuat limit up iaitu naik ke tahap maksimum iaitu RM0.30 ke paras RM0.905. Untung 49.6% dalam sekelip mata.

2. Thriven

Syarikat Thriven ini pula dimiliki oleh Fakhri Yassin, anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Takdelah terus limit up, tapi menjelang jam 1030 pagi, akhirnya ia telah naik ke paras maksimum iaitu RM0.30. Untung 120% dalam masa 90 minit.

3. Eden Inc (Tak Syariah)

Juga dimiliki oleh Fakhri Yassin, anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naik RM0.29 atau 170.6% dalam masa sehari. Tapi tak patuh Syariah tau.

4. Eduspec Holdings

Walaupun hanya naik RM0.04 sahaja, namun ianya bersamaan dengan 72.7%.

5. EWEIN

Syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang ini pula naik sebanyak RM.0265 atau 67.9%

6. Sapura Energy

Katanya Mokhzani Mahathir masih mempunyai pegangan dalam Sapura Energy. Disebabkan itulah saham ini naik sebanyak RM0.175 atau 26.1%

Juga merupakan saham yang paling aktif dengan 650 juta saham bertukar tangan dalam masa sehari. Hampir 10% daripada dagangan di Bursa Malaysia berlaku di saham Sapura Energy ini.

7. Petron Malaysia Refining & Marketing (PETRONM)

Walaupun saham ini agak mahal, dan di luar kemampuan sesetengah orang; namun PETRONM tetap beraksi cemerlang. Syarikat yang ada kaitan dengan Mirzan Mahathir, anak kepada Tun Dr Mahathir ini naik sebanyak RM1.64 atau 20.9% pada penutup dagangan.

8. AEON Corporation (M)

Mungkin tiada kena mengena dengan Pakatan Harapan, tetapi AEON naik sebanyak RM0.41 atau 20.1%. Lepas ni nak shopping kelengkapan raya di AEON juga ya, bagi harga saham naik lagi.

9. Muda Holdings

Boleh tahan juga Muda Holdings naik sebanyak RM0.42 atau 18.5%.

10. Country Heights Holdings (CHHB)

Angin takde ribut takde, CHHB turut tidak melepaskan peluang untuk membuat limit up dengan kenaikan sebanyak RM0.32 atau 29.6%.

11. Thriven-WB

Inilah saham (waran) yang paling legend pada tarikh keramat 14 Mei 2018. Kalau saham induknya untung 120% dalam masa 90 minit, Thriven-WB pula limit up iaitu naik ke paras maksimum iaitu RM0.30 pada jam 437 petang. Keuntungan sebanyak 545.5% dalam masa sehari.

14 Mei 2018 Hari Syarikat Berkaitan Pakatan Harapan Untung Besar

Daripada syarikat yang mempunyai kaitan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan negeri Pulau Pinang (Lim Guan Eng), Tan Sri Vincent Tan dan Tun Daim Zainuddin – semuanya menunjukkan kenaikan pada hari ini. Untunglah siapa yang sempat beli saham-saham di atas sebelum 9 Mei, iaitu hari kita membuang undi.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend