Sejarah Harga Saham Dunia Dan Amerika Syarikat

Dewasa ini, boleh sekiranya dikatakan bahawa pergerakan saham Bursa Malaysia banyak dipengaruhi oleh apa yang berlaku di pasaran-pasaran saham dunia lain – terutamanya pasaran saham Amerika Syarikat.

Kita juga sering mendengar pesanan bahawa pergerakan harga saham terdahulu tidak semestinya akan menyebabkan perkara yang sama akan jadi pada masa hadapan.

Tapi kalau kita tak belajar daripada kisah silam dan ambil pengajaran daripadanya, bagaimana kita nak ramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang? Sebab bak kata Tomok, Sejarah Mungkin Berulang…

Sejarah Harga Saham Daripada Tahun 1509

Sumber: Ritholtz

Mesti ramai tak tahu yang pasaran saham ni dah wujud sejak sekian lamanya. Kalau kita rujuk kepada gambar di atas, ianya wujud sejak tahun 1509 lagi. Juga disertakan peristiwa-peristiwa penting yang mempengaruhi turun naiknya harga saham dunia.

Kalau diikutkan, lebih banyak peristiwa atau catalyst yang positif berlaku seperti zaman selepas Perang Dunia Ke-2 sehinggalah kepada kemuncaknya apabila Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat yang terkini.

Tetapi itu tidak bermakna bahawa beberapa catalyst negatif yang memberikan tamparan hebat kepada pasaran saham dunia seperti Great Depression, dan yang terbaru Tech Bubble pada tahun 2000 dan Krisis Kewangan Global pada tahun 2008.

Peristiwa Penting Di Amerika Syarikat

Dah tengok beberapa catalyst yang berlaku di dunia, jom tengok pula apa yang berlaku di Amerika Syarikat pula.

Kredit: Alumni Asri Ahmad Academy

Dan sejarah pasaran saham Dow Jones Industrial Average di Amerika Syarikat.

Sumber: CNBC

Pada awalnya, catalyst-catalyst yang berlaku sebelum daripada tahun 1990 kurang memberi kesan kepada pasaran saham Amerika Syarikat. Ini kerana ianya belum lagi meriah seperti mana sekarang.

Tetapi sejak Perang Teluk yang berlaku pada tahun 1991 yang akhirnya dimenangi kuasa besar dunia ini, prestasi saham Amerika Syarikat melonjak naik. Ianya kemudian menjunam sedikit akibat daripada DotCom Bubble atau lebih dikenali dengan Y2K Crash, di mana saham-saham teknologi semuanya teruk dipukul ombak.

Kemudiannya market kembali pulih sebelum berlakunya Housing Bubble yang dipengaruhi oleh krisis sub-prime pada tahun 2007.

Sehinggalah ke hari ini apabila Presiden Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45. Walaupun baru-baru ini berlaku sedikit ketegangan dengan negara China berikutan ‘Perang Tarif’, namun diharapkan ia tidak mempunyai kesan yang berpanjangan.

Kalau diikutkan data daripada World Bank, pada tahun 1996 pasaran saham Amerika Syarikat mempunyai Market Capitalization sebanyak $703.8 bilion US Dolar pada tahun 1996; dan meningkat kepada $27.3 trilion US Dolar pada tahun 2016.

Dan sejak Donald Trump mengambil alih tampuk pemerintahan, dalam masa 14 bulan saja Market Cap kini berada pada paras $30 trilion US Dolar pada Januari 2018.

Pasaran Saham Malaysia Pula Bagaimana?

Mungkin satu hari nanti kami akan berkongsi pula berkenaan sejarah Bursa Malaysia, buat masa ni boleh tengok dulu Pilihan Raya Umum & Kesannya Kepada Pasaran Saham Bursa Malaysia di mana kita lihat prestasi saham di Malaysia daripada tahun 1988.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend