Tahap Ketakutan Di Kalangan Pelabur Pun Kita Boleh Ukur Menggunakan Indeks VIX

Sejak beberapa hari yang lalu, kita dapat lihat bagaimana pasaran saham seluruh dunia menjunam. Kebanyakan pelabur mengambil keputusan untuk menjual kerana takut pasaran saham akan crash. Lebih baik rugi sikit, daripada rugi lebih banyak lagi di kemudian hari.

Maka berlakulah apa yang kita kenali sebagai jualan panik atau panic selling. Bila pasaran saham dikuasai oleh penjual, maka harga saham pun menjunam. Semakin ramai yang menjual, semakin banyak pula kejatuhannya.

Mari Berkenalan Dengan Indeks VIX

Mesti ramai yang pertama kali dengar akan kewujudan Indeks VIX ini? Jika di Bursa Malaysia, kita ada Indeks FBMKLCI untuk mengukur 30 syarikat yang terbesar di Malaysia. Jadi apakah pula VIX ni?

Menurut definisi Investopedia:

The Volatility index, or VIX, is a measure of investor fear and future stock price movements.

Jika diterjemahkan, VIX adalah kayu untuk mengukur ketakutan pelabur dan pergerakan harga saham pada masa hadapan.

Biasanya apa pelabur saham akan buat apabila sedang dalam ketakutan? Pastinya akan menjual pegangan saham mereka, kerana takut harga saham akan jatuh. Bila semakin ramai orang menjual, ia seolah-olah suatu penyakit yang berjangkit. Dengan itu, lagi ramai orang akan menjadi takut sehingga menjual saham mereka.

Maka harga saham pun akan turun dengan banyaknya, disebabkan tekanan jualan yang tinggi. Apabila sampai kepada kemuncak ketakutan, maka pasaran saham akan crash.

Carta Indeks VIX Tempoh Setahun

Sumber: TradingView

Carta Indeks VIX Tempoh Maksimum

Sumber: TradingView

Sejak Indeks VIX ini direkod daripada tahun 1990, kita dapat lihat beberapa kali ‘spike’ besar telah berlaku, iaitu pada tahun:

  • 1997
  • 1998
  • 2003
  • 2008
  • 2011

Dan kita semua pasti dah tahu apa yang telah berlaku pada tahun 1997-1998 dan 2008 bukan?

Tahun 1997 adalah tahun Krisis Kewangan Asia bermula, manakala 2008 pula telah berlakunya Krisis Ekonomi Dunia.

Sumber: TradingView

Dan jika dilihat pada carta 5 hari pula, ianya telah meningkat sebanyak 76.54% untuk 5 hari yang lalu.

Sekarang ia berada di paras 25.0 mata, manakala kemuncaknya adalah pada 1 Oktober 2008 iaitu kemuncak Krisis Ekonomi Dunia 2008 pada paras 59.9 mata.

Tragedi Oktober Bakal Berulang?

Katanya bulan Oktober adalah bulan yang sangat ditakuti oleh para pelabur, kerana banyak perkara buruk dan market crash adalah pada bulan ini. Ianya juga dikenali sebagai ‘October Effect’, boleh baca lebih lanjut mengenainya di ‘Tragedi Oktober’ Dalam Saham Suatu Mitos Atau Ada Kebenarannya?

Dengan semakin hebatnya Perang Perdagangan Amerika Syarikat dan China membawa kepada ketidaktentuan ekonomi dunia, adakah kita bakal berdepan dengan lagi satu kejatuhan pasaran saham dunia yang lebih dahsyat lagi?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA