Tiada SST Untuk Bahan Pembinaan Dan Perkhidmatan Binaan – Saham Construction Dan Property Bakal Naik?

KUALA LUMPUR: Tekanan membabitkan harga rumah, bangunan perindustrian dan komersial dijangka dapat diringankan berikutan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta pengecualiannya di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Persekutuan berharap kos pembinaan akan menjadi lebih rendah susulan pengecualian cukai SST ke atas bahan mentah utama seperti simen, pasir dan besi.

“Menerusi cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada SST dan kaedah pelaksanaan cukai SST yang lebih baik berbanding GST, saya berharap pihak pemaju dan pembeli mendapat faedah berikutan pengurangan beban cukai ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Di bawah regim GST, bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain-lain bahan pembinaan dikenakan GST pada kadar enam peratus.

Malah, perkhidmatan pembinaan juga turut dikenakan GST sebanyak enam peratus.

Berikutan itu, kata Lim, ia telah meningkatkan kos pembinaan di bawah era GST termasuk kenaikan harga rumah.

Sumber: Bernama

Jom kita chart untuk sektor Construction di Bursa Malaysia:

Sumber: Bursa Station

Chart bagi sektor Hartanah pula:

Sumber: Bursa Station

Nampak seperti kedua-dua sektor Pembinaan dan Hartanah ada menunjukkan tanda-tanda nak buat reversal setelah membuat downtrend sejak daripada demam Pilihan Raya Ke-14 berakhir pada bulan Mei 2018.

Di antara nama-nama besar dalam sektor Pembinaan mengikut Market Capitalization adalah:

1. YTL – 14.9 Bilion (Tak patuh syariah)

Sumber: Bursa Marketplace

2. Gamuda – 9.1 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

3. IJM Corporation – 7.2 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

4. DRB HICOM – 4.6 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

5. MMC Corporation – 4.5 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

6. Sunway Construction – 2.5 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

Manakala nama-nama besar dalam sektor Hartanah mengikut Market Capitalization:

1. SP Setia – 11.7 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

2. IOI Properties Group – 10.0 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

3. Sime Darby Property – 9.0 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

4. Sunway Berhad – 7.6 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

5. UOA Development – 4.3 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

6. UEM – 4.3 Bilion

Sumber: Bursa Marketplace

Catalyst Yang Sangat Diperlukan

Mungkinkah ini merupakan catalyst yang sangat-sangat diperlukan sektor pembinaan dan hartanah yang dinanti-nantikan? Kita tunggu dan lihat.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend