Dah Beli Saham Olok-Olok Di BursaMarketPlace?

Sebelum ini kami ada kongsikan berkenaan cara untuk Cara Jual Beli Saham Olok-Olok di BursaMarketPlace. Ada yang tanya lepas dah beli kena buat apa pula?

Anda boleh simpan saham anda, dengan mengumpul dividen (kalau saham syarikat tersebut ada bagi dividen) atau jual apabila dah untung. Jangan lupa jual apabila dah mula rugi sampai ke paras Stop Loss anda juga.

Jika semalam kita dah mulakan pembelian, jom kita tengok apa prestasi saham tersebut.
1. Layari http://www.bursamarketplace.com. Login dengan memasukkan email dan kata laluan yang diisi semasa anda daftar (register). Nak lebih mudah boleh login menggunakan akaun Facebook anda.

2. Tekan butang Toggle atas kiri, dan pilih PORTFOLIO. Anda mungkin keliru sedikit, Portfolio bermaksud saham-saham yang kita dah beli dan simpan, Watchlist pula bermaksud saham-saham yang kita perhatikan dan tunggu masa untuk beli dan simpan dalam Portfolio.

3. Kalau anda perasan, saham yang anda beli telah turun harganya sebanyak RM0.30. Alah, baru turun 0.41% je pun dan rugi sedikit dalam RM30, rasa-rasa dah nak jual ke tak? Jangan jual lagi ya, biasa lah saham nak turun naik sikit. Jom kita tengok apa lagi kita boleh buat dalam Bursa Marketplace ni.

4. Tekan butang Toggle atas kiri, dan pilih HOME.

5. Anda boleh perhatikan prestasi Bursa Malaysia sepanjang hari ini, atau 3 bulan atau pun untuk tempoh setahun. Kenapa perlu tengok? Supaya anda tahu arah tuju pasaran, samada menaik, menurun atau mendatar. Kalau pasaran menaik, peluang nak untung sangat cerah, kalau menurun susah sikit nak untung sebab tak banyak saham yang akan lawan arus. Dan apabila prestasi saham mendatar, masih ada peluang untuk untung kalau anda pandai cari saham yang berpotensi.

6. Klik pula MORE ON THE MARKET untuk tahu lebih lanjut.

7. Kini anda boleh perhatikan jumlah saham yang bertukar tangan, berapa banyak saham yang untung, rugi dan tidak berubah harganya.

Oh sebelum terlupa, kalau anda orang Islam – pastikan anda On-kan Mode Shariah. Ianya terdapat di Menu sebelah atas kanan. Pastikan anda jual beli hanya saham yang patuh shariah.

8. Jom tengok pula saham-saham yang paling banyak naik harganya, dan yang paling banyak turun harganya dalam sehari dagangan. Klik pada nama saham, untuk tahu lebih lanjut pasal sesuatu saham tersebut.

9. Sebagai contoh, saham bernama FEHS (Far East Hold) yang merupakan di antara saham yang untung sampai RM0.30 sehari atau naik sebanyak 3.57%.

10. Macam-macam maklumat kita boleh perolehi di sini. Carta pergerakan harga saham, profail syarikat, berapa nilai-nilai penting syarikat yang membentuk Fundamental Analysis (FA) sesebuah syarikat. Anda tak pasti apa itu FA, boleh baca dulu Apa Itu Fundamental Analysis.

11. Kemudian anda boleh ADD TO WATCHLIST, jika anda mahu perhatikan saham ini untuk hari-hari yang mendatang, TRADE IT untuk beli saham tersebut, atau DOWNLOAD REPORT untuk dapatkan analisa yang lebih mendalam tentang syarikat tersebut.

12. DOWNLOAD REPORT dan inilah hasilnya. Ada 11 mukasurat yang menceritakan daripada A-Z tentang syarikat tersebut. Pastikan anda telah study betul-betul sesebuah syarikat dan dapatkan maklumat seperti siapa ahli lembaga pengarah syarikat, syarikat menceburkan diri dalam industri apa, apa barang yang dijual serta perkhidmatan yang diberikan, untung ke tak syarikat, aliran tunai syarikat cantik ke tak, berapa dividen yang diberi syarikat kepada pemegang saham dan banyak lagi.

Nak Melabur Saham, Kena Ada Ilmu

Banyak sebenarnya yang perlu anda lakukan, siapa kata pelaburan saham ni senang? Dan yang paling penting sekali, saham ini bukanlah judi. Hanya dengan ilmu barulah anda boleh maksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Boleh juga hadir seminar untuk tahu lebih lanjut mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia.

KELAS ASAS SAHAM

Dalam kelas intro/asas ini, kita akan bincangkan:

— Kenapa saham memberi pulangan “termantap”
— Bagaimana membeli saham pertama anda & seterusnya (menggunakan mobile app @ trading platform)
— Apakah itu saham/shares/equity?
— Faktor utama harga saham bergerak
— Perbezaan analisa fundamental & technical & asas2nya
— Perbezaan antara anda, jerung2 (spt institusi) dan pelabur global (foreign funds)
— Analytical & Predictive tools dalam pelaburan saham
— Kupasan market outlook & strategy semasa
— Bagaimana beginner boleh menggunakan sistem iSaham seperti pro

Kelas ini bukan sekadar motivasi, tapi ber-input tinggi.

Yuran seminar intro hanya RM29!
Kalau datang berdua cuma RM25 SAHAJA seorang!

Sila layari FB iSaham untuk tengok tarikh yang bersesuaian. Bagi yang belum ada akaun CDS, anda juga berpeluang membuka akaun CDS dengan M+ secara PERCUMA.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend