Dealer vs Remisier

Masih adakah yang tidak dapat membezakan di antara dealer dan remisier? Semoga dengan penerangan ini, dapat membantu anda menambahkan ilmu pengetahuan anda terutamanya yang baru berkecimpung dalam dunia saham.

Mari lihat perbezaan di antara dealer dan remisier seperti berikut.

Siapakah Dealer?

Dealer adalah individu yang bertugas di Investment Bank atau broker. Mereka diberi gaji dan skim lain seperti caruman KWSP, SOCSO dan kemudahan sama seperti pekerja bank. Mereka terikat dengan peraturan Bank, waktu masuk dan keluar sama seperti staf-staf bank yang lain.

Dealer juga dikenali sebagai Salaried Dealer Representatives.

Apakah Fungsi Dealer?

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 jenis dealer yang perlu anda kenali dan ketahui:

1. Dealer Runcit

• Fokus kepada menguruskan portfolio saham
• Berjumpa pelanggan untuk menguruskan urusniaga di tempat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak
• Tolong bukakan akaun CDS untuk pelanggan
• Mempromosikan pakej margin pembiayaan saham, contohnya seperti pembiayaan saham pekerja
• Menguruskan transaksi jual beli saham pelanggan
• Menjaga portfolio dan membuat kemaskini akaun pelaburan saham pelanggan

2. Dealer Institusi

Kalau dealer runcit merupakan individu, institusi pula merujuk kepada syarikat seperti :
• KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
• PNB (Perbdanan Nasional Berhad)
• Lembaga Tabung Haji
• Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Boleh juga rujuk Kenali 7 Jerung Yang Paling Banyak Melabur di Bursa Malaysia dan Dekat Mana Permodalan Nasional Berhad (PNB) Labur RM260 Billion? kalau nak tahu saham-saham apa yang mereka beli.

3. Dealer IVT

Dealer IVT pula membuat ‘live trade’ ketika pasaran saham dibuka dan mereka ini secara khusus:

  • Jual beli saham
  • Kebanyakannya melakukan ‘Short-selling’ atau ‘Intraday’ di mana mereka jual dan beli pada hari yang sama
  • Hanya fokus kepada beberapa saham sahaja sehari

Siapakah Remisier?

Remisier bermaksud seorang ejen berlesen daripada syarikat broker yang menjadi perantara di antara pelabur saham dengan syarikat broker. Beliau turut menerima komisen bagi setiap transaksi yang dikendalikan beliau. Seorang remisier perlu memegang lesen perwakilan yang membenarkan beliau berinteraksi dengan pelanggan dan berdagang saham.

Pendapatan remisier pula bergantung kepada komisen bagi setiap transaksi dagangannya. Nisbah komisen adalah 50% untuk remisier dan 50% untuk syarikat broker saham bagi setiap dagangan. Lebih banyak urusniaga yang dilaksanakan oleh klien, lebih banyak komisen yang mereka dapat.

Kejap, Siapa Pula Broker Ni?

Broker adalah sebuah institusi kewangan yang berlesen dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang digariskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Dan setiap dealer atau remisier akan bekerja di bawah satu broker atau institusi kewangan ini.

Ada broker yang menawarkan perkhidmatan “Islamic Window”, iaitu mereka merupakan sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Konvensional yang menjalankan aktiviti pelaburan patuh Syariah. Manakala “Full-fledged” broker pula adalah sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Islam yang menawarkan perkhidmatan patuh Syariah sepenuhnya.

Nak tahu lebih lanjut tentang syarikat-syarikat broker yang ada di Malaysia, boleh rujuk Senarai Perbandingan Brokerage Fee Untuk Syarikat Broker Patuh Syariah Di Bursa Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend