Dilema Seorang Trader – Nak Entry Atau Nak Biarkan?

Adakalanya, bila jumpa uptrend, kita akan berada dalam dilema. Nak entry ke atau nak biarkan dan tunggu sehingga correction dulu.

Kalau anda entry, mungkin anda akan dapat tunggang wave uptrend. Tapi, ada kemungkinan juga anda entry di pucuk. Pada masa sama, anda akan lebih jauh dari support yang boleh menyebabkan risiko anda menjadi lebih tinggi.

Kalau anda tgu waktu correction, mungkin anda akan dapat entry sebelum next wave bermula. Tapi, ada kemungkinan juga anda entry ketika kaunter mula downtrend. Masalah juga!

Adakalanya juga, bila jumpa sideway, dan sideway tersebut sedang cuba memecahkan resistance, anda akan sekali lagi berada dalam dilema. Nak entry ke nak biarkan?

Anda boleh entry sebelum breakout, dengan harapan selepas anda entry, breakout terjadi. Tapi bagaimana kalau breakout tak jadi?

Anda juga boleh entry selepas breakout, dengan harapan selepas anda entry, price akan naik. Tapi bagaimana kalau price berpatah balik dan membuat sideway yang baru?

Anda juga boleh entry selepas price berpatah balik sesudah breakout, dengan harapan selepas price berpatah balik, price akan naik. Tapi, bagaimana kalau sekiranya breakout tersebut ialah false breakout? Price turun dan terus masuk semula ke bawah resistance yang ia dah breakout?

Jika anda lihat, setiap satu setup yang anda lakukan pasti ada risikonya. Tiada orang tahu dengan benar2 tepat ke mana halatuju price selepas ini. Olehitu, risiko akan sentiasa wujud.

Namun, anda kena faham, sebagai seorang trader, investor mahupun business owner, risiko adalah sebahagian dari hidup anda. Anda perlu menerima yang anda tak boleh lari dari risiko. Oleh itu, daripada anda cuba hapuskan risiko, lebih baik anda mengawal risiko anda.

Risiko boleh dikawal dengan menggunakan money management rule. Ada pelbagai cara untuk menggunakan money management rule. Boleh google kalau anda mahu. Tetapi pokok pangkalnya, tujuan money management rule ialah untukmengurangkan risiko anda. Ya, anda ada risiko untuk rugi, tetapi peluang untuk profit haruslah lebih tinggi lagi.

Walau apa pun risk-to-reward ratio yang anda gunakan, anda seharusnya mengehadkan kerugian anda dalam satu trade sehingga paling tinggi 2% sahaja dari keseluruhan modal anda. Jika kerugian anda lebih dari itu, tinggalkan dan carilah kaunter yang lain.

Sebagai contoh:

Modal : RM10,000.00
Entry : RM1.00
Jumlah lot = RM10,000 / RM 1.00 / 100 = 100 lot

Kerugian maksimum yang dibenarkan = RM 10,000.00 x 2% = RM200

Oleh itu, support paling minimum mestilah berada di

Support level = (RM 10,000 – RM 200) / 100 lot / 100 = RM 0.98

Contoh lagi:

Modal : RM 5,000.00
Entry : RM 0.75
Jumlah lot = RM 5,000 / RM 0.75 / 100 = 66.7 lot

Kerugian maksimum yang dibenarkan = RM 5,000.00 x 2% = RM 100

Oleh itu, support paling minimum mestilah berada di

Support level = (RM 5,000 – RM 100) / 66.7 lot / 100 = RM 0.73

Jika anda lihat, dengan mengehadkan kerugian anda kepada 2% sahaja, jarak di antara entry price dan support level agak rapat. Oleh itu, dapat disimpulkan sebaik2 entry ialah entry ketika support.

Walau bagaimana pun, katakanlah anda terjumpa satu kaunter yang anda sangat yakin ianya profitable, tetapi supportnya terletak jauh di bawah, boleh ke anda entry?

Ya, boleh. Anda hanya perlu menggantikan kiraan untuk support level paling minimum kepada kiraan untuk stop lost paling minimum. Cuma jika ini terjadi, risikonya jauh lebih tinggi kerana support terletak jauh di bawah. Dalam kes ini, anda mestilah perlu benar2 menghormati stop loss anda. Jika price telah tiba di stop loss, jangan teragak2 terus exit. Dikhuatiri jika anda lambat exit, price sudah terlalu jauh di bawah dan anda bakal menanggung kerugian yang lebih besar.

Tak kisah lepas ni jika anda nak entry masa uptrend ke, atau nak entry masa correction ke, atau nak entry sebelum breakout ke, atau nak entry selepas breakout ke atau nak entry selepas price berpatah balik sesudah breakout ke, gunakanlah money management untuk membantu anda membuat keputusan.

Anda juga bebas menentukan had kerugian anda. 2% hanya satu guideline sahaja. Anda bebas menentukan peratusan tersebut berdasarkan risk appetite anda.

Ingat ya… lebih rendah had kerugian yang anda tetapkan, lebih sukar untuk anda mencari kaunter berpontensi.

Sumber: Nota Saham

Pentingnya Ilmu Technical Analysis

Sebab itulah dalam dunia saham ni, ilmu Tehnical Analysis ini sangat penting. Untuk pemahaman yang lebih mendalam, jemput baca:

Previous ArticleNext Article

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA