Apa Itu Dividen Saham?

Dividen adalah pendapatan tunai yang yang diterima pemegang sekuriti berasaskan ekuiti, contohnya saham biasa, saham keutamaan dan saham pengurusan amanah.

Untuk saham biasa dan saham pengurusan amanah, dividennya tidak tetap. Ia bermaksud dividen akan berubah-ubah bergantung kepada prestasi perolehan dan polisi dividen syarikat. Jumlah dividen akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah syarikat dan dipersetujui oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung.

Lembaga pengarah akan mengumumkan pengeluaran dividen lebih awal daripada tarikh pembayaran untuk untuk membolehkan pemegang saham mendaftarkan saham ke atas nama mereka.

4 Perkara Penting Tentang Pengisytiharan Dividen

Pengumuman dividen biasanya akan meliputi perkara berikut:

  • Jumlah dividen yang akan dibayar
  • Tarikh pembayaran akan dibuat
  • Tarikh akhir nama pemegang saham mesti direkodkan ke dalam buku syarikat supaya dividen boleh dibayar kepadanya
  • Tarikh ex-dividen iaitu tarikh di mana pembeli saham tidak menikmati dividen walaupun ia didaftarkan (erti kata lain, dah terlepas kapal)

Bagi dividen saham keutamaan pula, ia bersifat tetap. Kadarnya telah ditetapkan pada masa penerbitannya. Jika kedudukan kewangan tidak membenarkan dividen untuk dikeluarkan, maka pemegang tidak akan mengalami kerugian kerana ia bersifat kumulatif. Ini bermakna pembayaran dividen tersebut akan ditangguhkan dan dikumpulkan ke tahun berikutnya.

Secara umumnya, tuntutan dividen saham keutamaan akan mendahului tuntutan dividen saham biasa. Dividen saham biasa tidak boleh dikeluarkan selagi dividen saham keutamaan tidak dikeluarkan.

2 Jenis Dividen – Dividen Interim Dan Dividen Akhir

Biasanya dividen terbahagi kepada dua iaitu dividen interim dan dividen akhir. Dividen interim adalah dividen yang diisytiharkan untuk satu jangka masa pendek misalnya tiga bulan atau enam bulan sebelum sampai tahun kewangan. Dividen akhir pula diisytiharkan selepas penyediaan penyata kewangan syarikat. Selalunya dividen akhir lebih tinggi daripada dividen interim.

Ada juga sesetengah syarikat yang bayar special dividend. Special dividend ini ialah dividen yang dibayar secara tiba-tiba oleh syarikat. Juga dikenali sebagai extra dividend. Biasanya dividen sebegini diisytiharkan apabila syarikat mencatatkan keuntungan yang luar biasa. Contohnya seperti pemberian dividen yang diumumkan baru-baru ini oleh ECM Libra.

3 Tarikh Penting Dividen

Tidak semua pembeli saham akan menikmati dividen. Ia hanya akan dibayar kepada pemegang saham berdaftar. Untuk melayakkan diri, ada beberapa tarikh yang perlu diambil perhatian iaitu tarikah pengiriman (lodge date), tarikh bayaran (payable date) dan tarikh akhir layak (ex-date).

Tarikh akhir layak yang ditentukan oleh Bursa Malaysia ialah 10 hari pasaran yang jelas (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti am) sebelum tarikh pengiriman. Sesiapa yang membeli saham selepas tarikh tarikh layak ini tidak boleh menuntut dividen.

Jika anda ingin mencari kaunter-kaunter yang akan mengumumkan dividen, boleh menggunakan apps percuma iaitu KLSE Screener.

Pergi ke Entitlements kemudian lihat pada Dividends untuk senarai kaunter dividen yang baru diumumkan atau yang telah lepas. Manakala Upcoming Dividends menunjukkan syarikat yang akan memberikan dividen dalam masa terdekat.

    

Sumber Rujukan:

  • Saham Dan Pasaran Saham oleh Ismail Ibrahim
  • Saham oleh Mohd. Salleh Majid

Boleh juga tengok Senarai Syarikat Di Bursa Yang Beri Dividen – Daripada 686 Saham Patuh Syariah, 358 Ada Beri Dividen.

Buat Duit Dekat Dividen

Selain daripada itu, boleh juga rujuk laman web iSaham yang mempunyai Dividend Screener tersendiri seperti Dividend Growth Model, High Dividend Yield Screener, Regular Income Investing dan banyak lagi. Sesuai untuk pelabur yang mengamalkan simpan dan peram, sebab dah terbukti bahawa saham-saham ini suka beri dividen kepada pemegang saham mereka.

Boleh guna teknik ini untuk pilih saham dan buat duit dekat Bursa Malaysia jika anda jenis tak suka tengok pergerakan harga saham.

 

Contoh penyata dividen yang dihantar syarikat:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend