Saham Tu Apa? Anda Pasti Faham Maksud Saham Lepas Baca Artikel Ini

Topik sebelum ini, kita dah tengok serba sedikit tentang apa itu pelaburan. Masih ada yang tak clear ke?

Bagi yang masih tak berapa faham, Pak Teh repeat semula:

“Pelaburan adalah memperuntukkan duit dengan harapan ia bertambah nilai pada masa hadapan”

Maksud mudahnya, katakan kita melabur RM1,000; kita nak tengok duit kita berkembang jadi RM1,100 atau memberi pulangan 10%. Ada yang perlukan masa setahun, ada yang beberapa bulan; tak kurang juga yang mengambil masa beberapa tahun.

Kalau macam itu, pelaburan saham pula bagaimana?

Tapi sebelum itu, kena bagi faham dulu apa maksud saham.

Jom kita tengok contoh ni dulu:

Ali minat berniaga sejak dari kecil lagi. Sesudah tamat persekolahan, Ali mula berniaga nasi lemak di tepi jalan berhampiran apartmen kediaman beliau. Dengan kelazatan sehingga menjilat jari, nasi lemak Ali semakin laku. Dengan pertambahan permintaan, Ali terpaksa menggaji pekerja dan menambah pengeluaran nasi lemak beliau. Kalau sebelum ini, Ali menjual 100 bungkus sehari – kini ia mencecah hampir 1,000 bungkus sehari.

Makin lama, makin terkenal pula Nasi Lemak Ali dan beliau mula membuka beberapa gerai di taman bersebelahan. Namun, impian Ali adalah untuk membuka kedai di seluruh Malaysia. Tapi impian tersebut memerlukan modal yang besar mencecah jutaan ringgit. Sebijik kedai dengan sewa nya, dengan renovation nya, dengan upah pekerja nya, dengan logistik nya lagi – memerlukan modal yang sangat besar dan Ali sememangnya tidak memiliki modal sebesar itu.

Ali ada pergi berjumpa dengan beberapa institusi kewangan tetapi proposal beliau untuk mendapatkan modal tersebut gagal. Justeru, beberapa ahli keluarga Ali dan kenalan rapat beliau mula mengumpul dana. Berkat kesabaran dan pujuk rayu Ali, akhirnya terkumpul juga RM1 juta bagi Ali membuka kedai di beberapa lokasi bagi menampung permintaan yang semakin bertambah; dan juga menambah keselesaan pembeli. Kini Ali mula menjual air serta menambah beberapa menu baru dan pengunjung pula boleh makan dengan selesa. Siap ada air-cond lagi tu…

Dengan RM1 juta ‘pinjaman’ ahli keluarga dan kenalan Ali tadi, beliau membayar sejumlah wang kepada mereka setiap tahun mengikut kepada jumlah keuntungan tahunan perniagaan nasi lemak yang diusahakan Ali. “Keuntungan” yang kembali kepada pelabur ini pada asasnya dipanggil dividen.

Konsep saham berkait rapat seperti di atas ini. Jom kita kenali beberapa watak yang terlibat:

  1. Ali – seorang peniaga yang berbakat, mempunyai visi dan masa depan. Senang cerita Ali merupakan seorang usahawan yang hebat
  2. Peminjam – terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai Ali yang percaya kepada prospek dan masa depan perniagaan yang dijalankan Ali. Mendapat pulangan setiap tahun bergantung kepada keuntungan (jika rugi sama-sama rugi)

Dengan erti kata lain, saham bererti peminjam di atas yang melabur duit ke dalam perniagaan yang berpotensi berkembang dan memberikan pulangan kepada peminjam.

Tetapi ada juga perniagaan yang bermusim dan bakal menghadapi masalah pada masa akan datang.

Apa yang anda perlukan sebagai pelabur bijak, adalah untuk melihat dan menilai potensi naiknya sesebuah perniagaan tersebut. Perniagaan tersebut untung besar, anda sebagai pelabur pun bakal untung besar.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend