Ilmu Technical Analysis: Relative Strength Index (RSI)

Leading indicator merupakan petunjuk bagi pergerakan harga saham yang lebih awal berbanding lagging indicator yang bersifat sebagai pengesahan bagi sesuatu pergerakan harga. Relative Strength Index (RSI) merupakan salah satu leading indicator yang terkenal dan banyak digunakan di dalam Technical Analysis.

Indicator yang dicipta oleh J. Welles Wilder Jr. pada tahun 1978 ini digunakan untuk mengenal pasti kekuatan momentum pergerakan harga. Graf RSI terbahagi kepada tiga kawasan iaitu dibawah 30%, diantara 30%-70% dan diatas 70%.

Di antara kegunaan RSI adalah untuk menentukan harga saham berada di paras oversold (terlebih jualan) jika berada di bawah 30%, atau di paras overbought (terlebih belian) apabila berada di atas 70%.

Momentum belian yang melebihi 70% kebiasaannya akan berkurangan dan akan berlakunya pembetulan harga. Oleh itu, garisan RSI didalam kawasan overbought dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat jualan.

Begitu juga sebaliknya apabila momentum jualan melebihi momentum belian dan menyebabkan RSI kurang dari 30% ke kawasan oversold dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat belian. Namun, membuat keputusan belian dengan menggunakan RSI sahaja tidak mencukupi.

Untuk penggunaan yang lebih efektif, RSI perlu digunakan bersama indicator yang lain.

RSI boleh digunakan bagi menentukan entry price di dalam kaedah trend following, di mana harga saham perlu berada dalam keadaan uptrend dan di atas garisan Moving Average.

Momentum bagi situasi pembetulan harga ketika uptrend boleh dikenalpasti melalui peratusan RSI. Garisan RSI akan menurun kekawasan oversold apabila situasi ini berlaku dan akan keluar daripada kawasan tersebut untuk meneruskan pergerakan uptrend.

Contoh gambar diatas dapat menunjukkan pergerakan harga saham berada dalam keadaan uptrend dan di atas garisan Moving Average.

A menandakan bermulanya situasi pembetulan harga dan C menunjukkan RSI berada dikawasan overbought dan bermulanya pengurangan momentum belian.

Garisan Moving Average menjadi garisan support pada bulatan B dan garisan RSI berada diparas oversold pada bulatan D.

Bulatan D boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat belian kerana pergerakan RSI kembali melebihi 30% dan penurunan harga disokong oleh garisan Moving Average memberi kemungkinan harga saham akan kembali meneruskan pergerakan uptrend.

Garisan RSI di paras overbought memberi tanda terdapat momentum belian yang tinggi dan menandakan kemungkinan berlakunya pembetulan harga.

Namun, bagi pedagang mid-term dan long-term, situasi ini tidak sesuai dijadikan petunjuk untuk membuat jualan kerana situasi overbought pada RSI tidak menentukan berakhirnya pergerakan uptrend bagi harga saham tersebut seperti contoh di atas.

Bagaimanapun, kegunaan indicator boleh berbeza mengikut objektif dan strategi dagangan setiap individu.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend