Industri Ganja Di Amerika Syarikat Semakin Berkembang dan Mula Didagangkan Di Nasdaq

Ganja merupakan sejenis tanaman yang dipercayai berasal di Negara China sejak tahun 2727 Sebelum Masihi di zaman pemerintahan maharaja Shen Nung. Ganja mula popular dan digunakan di  Asia pada 500 tahun Sebelum Masihi oleh kebanyakan penduduk Asia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Parsi, India, China; dan tidak terkecuali bangsa Eropah seperti Greek dan Roman.

Kini, kebanyakan negara di dunia ini mengharamkan penggunaan ganja kerana mempercayai ianya lebih banyak memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian berbanding kesan yang baik.

Ganja mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam pasaran dunia dan mula mendapat tempat di dalam dunia pelaburan saham

Di Amerika, Ada Negeri Boleh Ada Negeri Tak Boleh

Negara Amerika Syarikat juga tidak terkecuali dalam pengharaman penggunaan ganja. Hanya 10 negeri sahaja daripada keseluruhan negeri di Amerika yang membenarkan tanaman ganja di negara tersebut.

Ganja diperkenalkan di Amerika Syarikat melalui penjajahan Sepanyol pada penghujung abad ke-15. Kini industri penanaman ganja semakin berkembang pesat di Amerika walaupun negara tersebut secara keseluruhannya mengharam penanaman ganja. Di sana, mereka mempunyai dua undang-undang, di mana undang-undang persekutuan (Federal) dan undang-undang negeri (State) boleh berbeza di antara satu sama lain.

Senarai negeri di Amerika yang membenarkan penguunaan ganja dalam kehidupan dan untuk perubatan

Industri melibatkan penanaman ganja di Amerika Syarikat semakin mendapat tempat kerana ganja kini dipercayai mampu dijadikan ubat untuk merawat pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan Alzheimer. Ianya boleh juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (pain killer) dan ubat penenang bagi pesakit mental (mental disorder).

Perkembangan yang positif terhadap industri melibatkan ganja ini telah menarik minat dua bank terkenal di Amerika Syarikat iatu Goldman Sachs dan Bank of America Merrill Lynch,  untuk melabur di dalam industri ini. Mengikut kajian yang dilakukan oleh pihak penganalisis terkenal di Wall Street, Vivien Azer; industri yang melibatkan ganja ini akan berkembang sehingga $80 bilion USD menjelang tahun 2030.

Produk daun ganja yang telah dibungkus kemas untuk jualan. Produk ini boleh didapati di pasaran Negara Amerika secara sah untuk negeri yang membenarkan penjualannya.

Syarikat Ganja Dari Kanada Telah IPO di Nasdaq

Sejarah tercipta pada bulan Julai 2018 apabila syarikat yang berasakan perniagaan ganja iatu Tilray, sebuah syarikat yang berpengkalan di Kanada telah membuat penyenarai awam (IPO) pertama di NASDAQ. Harga saham permulaan didagangkan dengan nilai $30 USD seunit dan kini saham syarikat itu telah meningkat kepada 83 USD seunit.

Pada tahun 2017, perniagaan melibatkan ganja sahaja berjumlah $9.7 bilion USD meningkat sebanyak 33% berbanding tahun sebelumnya. Satu angka yang sangat besar bagi pemain dalam industri ini.

Kebanyakan Saham Syarikat Meningkat Naik Awal 2019

Pada awal tahun 2019 sahaja, prestasi kaunter syarikat yang melibatkan perniagaan ganja semakin mendapat tempat di kalangan hati pelabur di Amerika Syarikat. Terdapat 3 syarikat yang mana saham dagangannya meningkat sebanyak 80% dalam tempoh sebulan pada bulan Januari 2019 yang lalu.

Tiga syarikat tersebut adalah:

  • Canopy Rivers (TSXV:RIV) naik sebanyak 94%
  • Cronos Group (NASDAQ:CRON) naik sebanyak 89.4%
  • Canopy Growth (NYSE:CGC) naik sebanyak 82.3%

Majoriti saham yang syarikat yang berkaitan dengan perniagaan ganja turut meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 50% pada bulan lepas:

  • Namaste Technologies (NASDAQOTH:NXTTF) naik 79.8%
  • Village Farms International (NASDAQOTH:VFFIF) naik 72.1%
  • Supreme Cannabis Company naik 69.8%
  • OrganiGram Holdings (NASDAQOTH:OGRMF) naik 67.1%
  • HEXO (NASDAQOTH:HYYDF) naik 65%
  • Aleafia Health naik 62.6%
  • CannTrust Holdings naik 59.7%
  • TerrAscend naik 55.9%
  • VIVO Cannabis naik 55.6%
  • Origin House naik 53.6%
  • Aphria (NYSE:APHA) naik 53.6%
  • Planet 13 Holdings naik 50.5%

Dengan kata lain, mana-mana pelabur yang membeli saham berteraskan perniagaan ganja akan mendapat keuntungan yang lumayan.

Ahli kongres Amerika yang semakin hari semakin menyokong penggunaan ganja dalam kehidupan selain daripada perubatan.

Ahli Politik Pun Menyokong

Dengan wujudnya desakan di Amerika Syarikat supaya penggunaan ganja ini diluluskan sepenuhnya seperti Kanada, ramai pihak menjangkakan pelbagai syarikat besar akan turut melabur dengan modal yang besar bagi megembangkan perniagaan mereka dalam industri yang melibatkan ganja.

Golongan muda di Amerika Syarikat adalah gologan yang menyokong penggunaan ganja selain untuk kegunaan perubatan, manakala kebanyakan golongan veteran pula kebanyakannya tidak bersetuju dengan penggunaan ganja dalam kehidupan seharian. Pihak kongres di Amerika mula memainkan peranan dalam undian untuk meluluskan penggunaan ganja dalam industri selain untuk kegunaan perubatan

Unjuran yang dilakukan oleh pihak Market Research and BDS Analytics menunjukan industri melibatkan ganja dijangka bernilai $32 bilion USD pada tahun 2022

Ganja bukan sahaja dapat digunakan sebagai merawat penyakit, tetapi juga mampu dikembangkan untuk dijadikan produk lain seperti minuman di dalam tin atau botol. Beberapa syarikat minuman dan alkohol sudah mula melabur sejumlah wang yang besar dalam industri ini. Di antara syarikat yang telah melabur sejumlah wang yang besar adalah Heineken, Constellation Brands, Molson Coors Brewing Co, Alcanna dan Great North Distributors.

Syarikat gergasi minuman ringan Coca-Cola pula mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan ingin melihat perkembangan indusrtri ganja dalam minuman sebelum melaburkan sejumlah wang yang besar untuk dijadikan minuman dalam tin. Kebanyakan syarikat minuman yang memasuki cabang perniagaan ganja kerana tahu bahawa industri ini dapat memberi keuntungan yang berlipat ganda dan dijangka bernilai $32 bilion USD pada tahun 2022 di pasaran dunia.

Rujukan Pertama:

  1. https://www.thestreet.com/markets/history-of-marijuana-14718715
  2. https://www.investopedia.com/investing/top-marijuana-stocks/
  3. https://www.investors.com/news/marijuana-industry-cannabis-business-threaten-beer-industry-420/
  4. https://thegreenfund.com/2019-cannabis-stocks-best-year-yet

Rujukan Sekunder:

  1. https://www.webmd.com/a-to-z-guides/medical-marijuana-faq
  2. https://www.cnbc.com/2019/01/08/top-weed-analyst-on-wall-street-raises-sales-forecast-names-top-picks.html
  3. https://www.fool.com/investing/2019/02/02/3-hottest-marijuana-stocks-in-january-are-they-buy.aspx
  4. https://www.potnetwork.com/news/these-are-top-5-beverage-companies-investing-cannabis
  5. https://www.investopedia.com/news/why-are-beverage-companies-interested-cannabis/
  6. https://www.fool.com/investing/2019/02/04/these-15-marijuana-stocks-gained-at-least-50-in-ja.aspx

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA