Ini Yang Saya Belajar Daripada Seminar Berani Melabur 2018

Susah nak nampak orang kita berhimpun ramai-ramai belajar macam ni. Ini bukan acara percuma pula tu, maknanya yang datang ni betul-betul nak belajar. Tahniah korang. Respect. Rasa bangga bila terlibat sama.

Terima kasih kepada pihak pengurusan MajalahLabur yang beri peluang kepada saya (budak baru belajar) untuk sertai Seminar Berani Melabur anjuran Asri Ahmad Academy tempoh hari.

Nak tau apa salah faham saya sebelum ni tentang saham? Meh adik syer dengan abang-abang semua :

1. Pelaburan Saham Bukan Skim

Selama ini saya fikir pelaburan macam skim-skim di luar sana. Pelabur bagi duit dekat orang tengah untuk dilaburkan. Jadi, saya takut peristiwa lama berulang, duit kena sapu, orang tengah penipu.

Baru saya tahu rupanya pelabur (saya, anda, kita semua) sendiri yang bertanggungjawab. Tak payah guna orang tengah. Maksudnya, pelaburan saham di Bursa Malaysia tu tanggungjawab pelabur sepenuhnya. Pilih saham, jual beli semuanya buat sendiri.

2. Pilihan di Tangan Kita

Ramai kawan-kawan saya tak pernah dengar pun apa benda Bursa Malaysia tu. Tapi bila sebut stock market macam pernah dengar.

Bursa Malaysia tu platform pelaburan saham berlaku. Bursa Malaysia ini adalah badan yang dilantik dan sah sebagai platform dan badan kawal selia pelaburan saham di Malaysia. Ada lebih 900 saham yang disenaraikan. Dalam 900 tu, 76% atau lebih 680 saham yang disenaraikan rupa-rupanya patuh syariah. Jadi pilihan ada pada kita nak pilih yang patuh syariah atau tidak.

Tapi pelik kenapa masih ada orang cakap melabur saham tu haram? Dorang ingat dalam tu ada Genting dengan Magnum je kot.

3. Tak Ada Ijazah Tak Apa, Kena Ada Ilmu

Saham ini bukan untuk orang yang pandai-pandai. Bukan untuk yang lepasan universiti. Bukan, bukan, bukan. Ada student Haji Asri belajar hanya takat tingkatan 3 pun sekarang dah berjaya dalam dunia saham ni.

Semua orang boleh terlibat asalkan ada modal. Janji pandai membaca dan mengira. Dah cukup untuk langkah pertama bergelar pelabur. Cuma kena rajin belajar pasal asas-asas nak melabur dan rajin membaca. Kenapa? Sebab dengan ilmu kita boleh belajar kurangkan rugi, macam mana nak cari peluang dan buat untung.

4. Pelaburan Pasti Rugi

Haji Asri kata pelaburan yang janjikan untung setiap bulan tu haram hukumnya. Tapi benda macam tu yang orang kita suka.

Tetapi dulu saya fikir bila melabur dalam saham ni mesti rugi. Maksudnya peluang untuk rugi lagi besar daripada untung. Ye lah, selalu dengar cakap orang je. Rupa-rupanya, peluang untuk untung sentiasa ada malah lagi besar sebenarnya kalau kita tahu caranya. Haji Asri ada beri contoh satu saham tu, rasa nak menangis tengok % keuntungan yang student dia dapat.

5. Tak Pandai “English” pun Boleh

Dulu saya ingatkan nak melabur kena pandai bahasa Inggeris. Ye la, tengok berita ekonomi dan buku pelaburan banyak yang dalam bahasa Inggeris. Tapi bila datang seminar hari tu, rupa-rupanya ada je bahan bacaan dalam Bahasa Melayu. Laman web Bursa Malaysia, BursaMarketplace dan platform yang disediakan oleh Broker atau bank pelaburan pun boleh diakses dalam Bahasa Melayu. Paling penting, kelas Haji Asri dalam bahasa Melayu.

6. Tak Perlu Modal Besar Untuk Mula

Kalau saya tahu dari awal yang nak melabur tak perlukan modal puluh ribu, rasanya dah lama saya boleh buat duit tepi dengan saham. Ye lah, baru tahu rupanya untuk mula melabur RM100-500 pun boleh mula sebab ikut harga saham.

Tapi Haji Asri cakap kena pandai tengok saham lah, jangan tengok saham yang murah-murah, geram nak beli. Kena kaji dulu ok atau tak, baru buat keputusan nak beli saham tu.

7. Jangan Ikut Kawan

Kalau nak jadi pelabur saham berjaya, saya kena rajin mengkaji. Haji Asri ada kongsi formulanya. Bila dah buat homework sendiri, saya tak perlu ikut kawan untuk pilih saham yang mana. Sebab itu Haji Asri selalu pesan, ilmu sangat penting untuk mula melabur. Pelaburan ni bukan main teka-teka dan bergantung pada nasib semata-mata.

Pokok pangkalnya, ilmu adalah kunci kepada semua perkara. Kalau ada ilmu, semua benda jadi senang.

“Ilmu tu bukan bukan memilih kepada siapa ia akan datang, tapi kita kena mendatangi ilmu…”

Itu pesanan keramat THMA (Tuan Haji Mohd Asri) yang saya akan ingat. Insha Allah saya tak akan berhenti untuk belajar.

Terima kasih SIFU THMA.

Saya budak baru belajar (baru join team MajalahLabur.com), kalau salah tolong tunjukkan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend