Intraday Short-Selling di Bursa Malaysia – Apa Kata Otai

Short selling ni bahasa mudahnya jual dulu saham, beli kemudian. Haaa, pening tak?

Contohnya, kita boleh jual saham Padini Holdings pada harga RM 5 terlebih dahulu, dan membelinya semula pada harga RM 4.80. Pendek kata kita boleh ambil untung bila harga saham tu jatuh. Teknik ini tak sesuai untuk beginner atau newbie. Fikir nak beli saham apa pun dah pening, ini kan pula nak fikir saham apa boleh jual dulu.

Jom kita baca pandangan Muhamad Firdaus bin Majid atau nama glemernya Oppa berkaitan short selling ni.

*buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, jika salah tolong tunjukkan…

Pada hari Isnin (16/4/2018), Bursa Malaysia akan melancarkan Intraday Short Selling. Berikut adalah pandangan Oppa.

Apa itu Short Selling

Short Selling ialah keadaan dimana para pelabur boleh menjual dahulu saham yang tidak dimiliki dengan objektif untuk membeli semula saham tersebut apabila harga saham tersebut telah jatuh. Perbezaan harga jual yang tinggi ditolak harga beli yang rendah inilah yang akan mendatangkan keuntungan. Pun begitu andai sebaliknya berlaku maka kerugianlah yang akan menimpa.

Apa itu Intraday Short Selling

Para pelabur yang menjual saham yang tidak dimilikinya dan harus membeli semula saham tersebut dalam tempoh satu hari (intraday).

Ganjaran dan Risiko IDSS

ROI 100%

Pelabur yang terlibat dalam IDSS mempunyai kebarangkalian untuk mendapat ganjaran paling maksimum jika harga saham jatuh ke RM0.00 dari harga belian.

RISIKO

Masa

Disebabkan short selling ini hanya boleh berlaku daripada pukul 9 pagi sehingga jam 5 petang (bergantung kepada setiap broker), para pelabur harus berperang dengan MASA. Mahu atau tidak para pelabur harus membeli semula saham tersebut sebelum Bursa Malaysia tutup pada pukul 5 petang. Demi masa, sesungguhnya manusia terhina. Bagi Oppa ini adalah perkara yang paling penting kerana jika hendak tanam taugeh pun perlu masa seminggu.

Kerugian yang Infiniti

Para pelabur juga akan terdedah dengan risiko harga saham tersebut naik dan kebarangkalian harga saham itu “limit up”. Para pelabur berisiko untuk hilang semua modal yang ada.

Berlawanan dengan tren jangka panjang

Tren jangka panjang untuk saham adalah menaik. Strategi short selling adalah strategi yang berlawanan dengan tren jangka panjang. Oleh itu “timing” sangat penting untuk short selling, apalagi intraday short selling.

Walaupun anda betul bahawa harga saham itu hendak jatuh, tetapi mungkin masa anda salah.

Short Squeezes dan “Buy-ins”

Short squeezes terjadi apabila berlaku pergerakan saham menaik secara mendadak kerana sekumpulan pelabur IDSS membeli balik saham tersebut secara besar-besaran. Sesiapa yang terlambat untuk membeli balik saham pada waktu ini akan menanggung kerugian.

“Buy-in” pula berlaku disebabkan oleh para pelabur yang tidak sempat untuk membeli semula saham yang telah dijual pada hari sebelumnya. Jika jumlah “Buy-in” sangat tinggi, ia akan menyebabkan harga saham tersebut naik dengan lebih tinggi.

Pengawalseliaan

Risiko ini adalah disebabkan oleh pihak pengawalselia pasaran saham. Pengawalselia pertama adalah Bursa Malaysia dan pengawalselian kedua adalah broker anda sendiri.

Contoh pengawalseliaan dari Bursa Malaysia adalah apabila harga saham jatuh melebihi 15%. Pihak Bursa akan menggantung aktiviti IDSS. Bursa Malaysia juga meletakkan had 3% terhadap kuantiti saham yang boleh di “short”.

Contoh pengawalselian dari broker pula adalah pihak Maybank mengehadkan masa untuk IDSS sehingga 4.15 petang sahaja dan Kenanga pula pada pukul 4.30 petang.

Wujud risiko lain lagi untuk pelabur yang berniat menyertai IDSS tetapi buat masa ini masih belum cukup infomasi untuk Oppa terangkan dengan lebih mendalam.

Jadi, apa yang Oppa nak beritahu sebenarnya?

Pada Oppa, terdapat berat sebelah dalam aktiviti IDSS ini kerana ganjarannya hanya satu manakala risikonya melebihi apa yang Oppa tulis dalam artikel ini.

Prinsip pertama Oppa dalam pelaburan adalah jangan melabur dalam pelaburan yang berat sebelah dimana kebarangkalian untuk menang sangat kecil daripada kebarangkalian untuk kalah.

Prinsip kedua Oppa dalam pelaburan adalah Usaha yang Oppa kerahkan mestilah mempuyai Ganjaran yang sama atau jauh lebih baik. Ini adalah untuk mengurangkan Oppa melakukan aktiviti yang membazir masa. Tapi, Oppa tidak menghalang para pelabur untuk terlibat dalam IDSS. Tugas Oppa hanyalah menyebarkan ilmu yang Oppa ada kepada para pelabur.

Sekian
Terima Kasih

Muhamad Firdaus bin Majid (Oppa I Rizal)
Head of Research Division MATA

 

Boleh baca lagi perihal Regulated Short Selling (RSS) di laman web Bursa Malaysia. Buat masa ini hanya 280 saham yang diluluskan.

Intraday Short Selling Halal atau Haram?

Buat masa ini status syariah IDSS ini masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan pengumumannya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend