Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Jenis jenis pelabur

Di Malaysia terdapat pelbagai instrumen pelaburan seperti Tabung Haji, ASB, Unit Trust, Pelaburan Saham di Bursa Malaysia, Initial Public Offering (IPO), Future Crude Palm Oil (FCPO), Sukuk dan lain-lain.

Setiap daripada instrumen pelaburan ini mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Kita sebagai pelabur perlu ambil tahu akan setiap instrumen pelaburan ini supaya boleh pilih yang sesuai dengan diri kita.

Sesuatu yang harus kita fahami, apabila kita membeli saham sesebuah syarikat, kita membeli pemilikan dalam bisnes. Selaku pemilik bisnes, kita dapat hadir mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk mengundi, memilih pengarah syarikat dan layak memperoleh dividen.

Kali ini Pak Teh akan berkongsi beberapa fakta ringkas tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia. Kenapa tak layan pasaran saham U.S (Dow Jones, Nasdaq, S&P 500)? Saham dekat Malaysia ni dah tahu semua ke? Belum kan…?

Sebelum tu nak ingatkan pelaburan saham ni ;

  • BUKAN Forex trading,
  • BUKAN ASB,BUKAN Unit Trust,
  • BUKAN MLM,
  • BUKAN skim gerenti untung.

Boleh baca dulu apa maksud saham di sini.

Melabur di Bursa Malaysia ni hukumnya halal atau haram?

Jenis-jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak sah dan tidak halal untuk dijual beli atau dimiliki untuk diurusniagakan. Tetapi sehingga November 2017, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah isytihar 686 saham syarikat dari 904 saham syarikat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah.

Kita boleh tahu saham syarikat mana yang patuh syariah dengan mudah dalam “trading platform” sebab ada tanda bulat kecil di hujung nama setiap saham yang tersenarai.

Contoh seperti gambar di bawah:

Majlis Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti akan membuat kawalan dan semakan yang ketat ke atas syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Tak perlu risau.

Macam Mana Nak Mula Melabur Saham?

1) Langkah pertama anda perlu memilih Syarikat Broker / Bank Pelaburan pilihan anda (CIMB Investment Bank Berhad, BIMB Securities Sdn Bhd, Malacca Securities Sdn Bhd…) untuk membuka akaun saham (CDS). Baca panduan di sini.

Baca juga :

Cara Buka Akaun Saham (CDS) Maybank Investment
Cara Buka Akaun Saham (CDS) Hong Leong Investment
Cara Buka Akaun Saham (CDS) RHB Investment Bank
Cara Buka Akaun Saham (CDS) UOB Kay Hian Securities

2) Pelaburan saham di Bursa Malaysia mudah diuruskan kerana transaksi dibuat secara online menggunakan Trading Platform. Username & password akaun ini akan diberikan oleh Syarikat Broker selepas anda membuka akaun CDS. Anda juga akan ‘diberi’ seorang remisier oleh Syarikat Broker untuk membantu anda semasa aktiviti jual beli saham nanti.

 

Hlebroking

3) Jika tak faham cara menggunakan Trading Platform anda juga boleh bertanya kepada remisier anda tadi. Guna apps dari smartphone je sekarang, dah mudah. Baca juga 8 Aplikasi Perlu Ada Dalam Telefon Seorang Pelabur Saham.

4) Depositkan wang / modal anda ke dalam akaun CDS. Nak mudah transfer duit guna online banking. Tutorial cara-cara membuat pindahan wang ini biasanya disediakan oleh Syarikat Broker.

5) Besarkah modal untuk mula melabur? Perlu ribu-ribu ke?
Modal untuk MULA melabur boleh serendah RM100. Sebab apa? Sebab minimum saham kena beli adalah 1 lot. Zaman sekarang 1 lot bersamaan dengan 100 unit sahaja. Sebab itu zaman sekarang orang cakap melabur saham dah bukan untuk orang kaya saja. Selanjutnya baca di sini.

6) Macam mana nak buat duit dengan saham?

Ini bukan macam skim cepat kaya tunggu duit masuk bulan-bulan. Konsep asas buat untung adalah beli saham masa harga rendah dan jual semula pada harga lebih tinggi. Untung melabur saham tu kira macam mana? Boleh baca panduannya di sini.

Baca juga Rugi Dalam Pelaburan Saham Serta Contoh Pengiraan.

7) Jual beli saham boleh dibuat sendiri secara online atau boleh menggunakan khidmat remisier (tetapi dengan brokerage fee yang lebih tinggi).

Setiap kali beli kita akan dapat penyata daripada broker.

Setiap bulan pula Bursa Malaysia akan hantar penyata akaun.

8) Setiap transaksi jual beli saham akan dikenakan 4 jenis fee. Selanjutnya baca panduan pengiraan di sini.

 

9) Jika anda ingin jual beli sendiri, pastikan anda telah menguasai 2 ilmu ini iaitu Fundamental Analysis & Technical Analysis. Ini akan menjawab soalan “Saham apa nak beli?”, “Bila nak beli saham?” dan “Bila nak jual saham?”.

Baca juga 10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Untung Januari 2018 & 10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Rugi Januari 2018

10) Ada 2 Jenis Pelabur Saham : Mereka yang suka melabur dalam jangka masa panjang digelar Investor manakala yang suka melabur dalam jangka masa pendek gelaran seksi mereka adalah Trader.

11) Setiap daripada jenis pelabur ini mempunyai strategi pelaburan yang berbeza-beza. Strategi pelaburan investor amat berbeza dengan seorang trader.

 

12) Apabila anda menjadi trader, anda perlu memantau saham syarikat dengan lebih kerap kerana trader biasanya akan membeli saham yang berisiko tinggi dan dalam jumlah (RM) / unit yang banyak. Maka ia memerlukan pemantauan yang lebih kerap kerana perbezaan RM0.05 akan memberi kesan (untung rugi) yang besar.

Investor pula lebih santai dan melihat keuntungan dalam jangka masa yang lebih panjang. Sesuai untuk mereka yang sibuk.

13) Jenis-jenis saham pula:

14) Nak beli saham apa?

Sehingga Mei 2017, Ada 676 saham patuh syariah seperti DUTCH LADY, AJINOMOTO, POS, NESTLE, PADINI, TENAGA NASIONAL, TOP GLOVE, MAH SING, MAXIS, TELEKOM, TAKAFUL MALAYSIA, BANK ISLAM, MY EG, DRB-HICOM dan sebagainya. Mesti kenal dengan syarikat-syarikat ni kan? Ini sekadar contoh saja. Selanjutnya baca panduan nak beli saham apa di sini.

15) Siapa yang boleh terlibat dalam pelaburan saham ni?

Semua orang yang sanggup belajar boleh terlibat, tak kira tua muda, suri rumah, kerja makan gaji atau bisnes sendiri.

Cuba tengok video ni:

“Eh, nak join melabur saham ni kena ada background accounting atau finance ke?”

Jawapannya tak perlu. Tetapi perlu ada background rajin dan minat.

Cuba tengok video ni:

Cukuplah dulu sampai di sini.

Dah bersedia atau tidak untuk melabur saham? Kalau belum, jangan gatal tangan, belajar dulu. Melabur di pasaran saham ni tak sama dengan letak duit dalam ASB, bukan sesenang campak duit, tiba-tiba duit tu beranak sendiri.

Belajar dan Terus Belajar!

Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham. Buku pun banyak boleh dibeli secara online. Boleh baca di sini untuk senarai buku pelaburan saham dalam Bahasa Melayu.

Nasihat Pak Teh, nak cepat pandai carilah sifu-sifu atau mentor-mentor saham di luar sana sebab lebih mudah nak berjaya jika kita tahu kesilapan-kesilapan mereka yang sudah lama dan berjaya di pasaran saham. Jangan ego sangat, buat apa nak ikut jalan jauh kalau dah ada shortcut? Boleh baca artikel Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia.

Dah pandai nanti bolehlah buat duit 15%-30% seminggu macam Pak Teh.

Jadilah pelabur yang bijak!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Assalamualaikum pak teh.. ajar kan lebih detail boleh ? Skrng sy desperate cari sumbang keewangan extra utk further study. Jazakallahu khair pak teh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend