IPO Baru: Solarvest Holdings Berhad Dah Boleh Beli Online

Terbaik, ada lagi satu IPO yang bakal menemui kita tak lama lagi iaitu Solarvest Holdings Berhad.

Sumber: Bursa Malaysia

Permohonan IPO Solarvest Holdings baru saja dibuka pada hari Isnin, 30 September 2019 dan akan ditutup pada hari Isnin, 11 November 2019. Ianya bakal disenaraikan di Papan Ace pada hari Selasa, 26 November 2019.

Sumber: Bursa Malaysia

Sebanyak 98.8 juta saham baru bakal dikeluarkan, dengan harga tawaran IPO sebanyak RM0.35 sesaham. Dengan penyenaraian Solarvest Holdings ni, syarikat bakal menjana RM34.6 juta.

Siapa Solarvest Holdings Berhad Ni?

Syarikat Solarvest Holdings adalah syarikat penyedia perkhidmatan solar di Malaysia. Senang cerita, nak jimat tenaga, gunalah tenaga solar, dan gunalah produk keluaran Solarvest ni.

Produk mereka ada yang untuk perumahan, industri, komuniti dan juga LSS (large scale solar) atau solar berskala besar.

Siapa Di Sebalik Tabir Solarvest Holdings Berhad?

Sumber: Prospectus Solarvest

Pengerusi Solarvest adalah Dato’ Che Halin Bin Mohd Hashim, dan ahli lembaga pengarah lain seperti di atas.

Prestasi Kewangan Solarvest Holdings Berhad

Kalau dilihat, pendapatan tahun 2019 meningkat dengan banyak sekali. Keuntungan juga meningkat daripada setahun ke setahun.

Dimiliki Oleh AB Holdings Sdn Bhd (55%) dan Chin Hin Group Berhad (45%)

This image has an empty alt attribute; its file name is IPO-Baru-Solarvest-Holdings-Berhad-Dah-Boleh-Beli-Online7-700x223.jpg

Kalau nak tahu, Chin Hin Group Berhad yang memiliki 45% dalam Solarvest ini tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia. Chin Hin ada lagi satu syarikat yang tersenarai, iaitu Chin Hin Group Property Berhad.

Solarvest Nak Guna Duit IPO Untuk Apa?

Kebanyakannya akan digunakan untuk modal bagi mengembangkan lagi syarikat, yang katanya akan ke Taiwan dan Vietnam tak lama lagi.

Status Patuh Syariah Solarvest Holdings Berhad

Katanya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengesahkan bahawa Solarvest Holdings ni patuh Syariah. Jadi boleh beli saham mereka tanpa was-was.

Dah Boleh Beli IPO Solarvest Holdings Berhad Secara Online

Bagi mereka yang berminat nak beli, boleh rujuk tutorial berikut:

Kenapa Nak Beli IPO?

Merujuk kepada Prestasi IPO Setengah Tahun 2019, daripada 14 yang disenaraikan setakat ini, 78.57% naik dalam masa sehari, 57.14% naik setakat 28 Jun 2019.

Senang cerita, mohon IPO, kalau ada rezeki dapat, dan jual pada hari pertama. Peluang cerah untuk buat keuntungan.

Rahsia Nak Lulus IPO Dengan Mudah

Tunggu sekejap, sebelum nak apply IPO ni pastikan kita tahu rahsia IPO nak senang lulus. Patutlah kita tengok ada orang bila dia mohon IPO je konfem dapat. Tapi kita ni yang dah banyak kali cuba, tapi tak dapat-dapat.

Nak tahu rahsianya, jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend