IPO QSR Brands Lagi Beberapa Bulan Akan Dilancarkan

KUALA LUMPUR: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) berada di landasan tepat untuk melancarkan tawaran awam permulaannya (IPO) menjelang separuh pertama tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, penyenaraian QSR Brands akan berlaku namun buat masa ini pihaknya belum boleh memberi tarikh yang tepat.

Katanya, bagaimanapun pihaknya sedang melengkapkan dokumentasi bagi fasa terakhir sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tindakan lanjut.

“Harga bagi unit IPO juga akan ditentukan selepas prospektus dikeluarkan dan kami akan mengumumkannya.

“QSR Brands merancang untuk meraih sebanyak RM2 bilion daripada IPO itu, namun ia bergantung kepada kelulusan dan penilaian oleh SC,” katanya kepada media di majlis menandatangani memorandum perjanjian (MOA) QSR Brands dan FatHopes Energy Sdn Bhd di sini, hari ini.

Ditanya mengapa QSR Brands mengambil masa yang lama untuk melancarkan IPO, Mohamed Azahari berkata, sangat penting untuk menunggu akaun tahun kewangan 2018 untuk dimuktamadkan sebelum draf prospektus dibuat.

QSR Brands dinyahsenarai dari Bursa Malaysia pada 31 Januari 2013 bagi menjenamakan semula syarikat itu.

Sementara itu, QSR Brands menjalin kerjasama strategik dengan FatHopes Energy bagi melancarkan inisiatif lestari dan mesra alam dalam operasinya menerusi pemprosesan sisa minyak kepada bahan api industri.

Sistem FHE iTank, milik FatHopes Energy iaitu sistem pengumpulan minyak terpakai berinovasi akan dipasang di semua restoran KFC dan ia direka bagi memperbaiki kecekapan operasi dapur restoran dengan menghapuskan pengendalian minyak terpakai secara langsung di samping meningkatkan hasil kutipannya secara ketara.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas FatHopes Energy, Vinesh Sinha berkata, pihaknya memperuntukkan modal sebanyak RM15 juta bagi memasang sistem FHE iTank di rangkaian KFC terpilih di seluruh negara.

Inisiatif bersama FatHopes Energy ini akan dijalankan secara berperingkat bermula daripada pemasangan FHEiTank di restoran KFC seluruh Malaysia, serta berpotensi dikembangkan ke operasi di Singapura.

Sumber: BH Online

KFC & Pizza Hut Restoran Makanan Segara Kegemaran Malaysia

Kalau nak tahu, QSR Brands mengendali 810 cawangan KFC dan 467 cawangan Pizza Hut di Malaysia, Singapura, Kemboja dan Brunei.

Perniagaan restoran menyumbang sebanyak RM4 bilion atau 87% daripada jumlah pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. Keuntungan bersih bagi FY17 adalah sebanyak RM182.98 juta, dengan perolehan sebanyak RM4.56 bilion.

QSR Brands juga bercadang untuk memberi dividen sebanyak 30% ke 50% daripada keuntungan bersih tahunan sebagai dividen kepada para pelabur.

Boleh baca selanjutnya di QSR Brands Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia. Pada penghujung tahun lepas, Saham QSR Dah Boleh Beli Melalui MITI. Jadi tak lama lagi dah boleh beli melalui bank pula.

Rebutlah Peluang Beli IPO

Kenapa nak kena beli IPO ni? Sebab kalau ikut sejarah, pada tahun 2018 sebanyak 11 IPO disenaraikan, 9 saham mencatatkan keuntungan manakala 2 mencatatkan kerugian. Boleh baca selanjutnya di Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari.

Bagi tahun 2017 pula, 7 saham mencatatkan keuntungan dan 3 mencatatkan kerugian. Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Prestasi IPO Bagi Tahun 2017. Ada Yang Harganya Naik 22% Selepas Sehari.

Jangan lupa baca:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend