IPO Techbond Group Dah Boleh Beli – Bakal Disenaraikan 5 Disember 2018

Lagi satu IPO bakal disenaraikan tahun ini, iaitu syarikat Techbond Group Berhad. Proses permohonan nak beli IPO dibuka dari 13 November 2018 dan akan ditutup pada hari Jumaat depan bersamaan 23 November 2018.

Sumber: Bursa Malaysia

Sebanyak 60 juta saham baru bakal diterbitkan pada harga RM0.66 seunit, dan Techbond Group bakal memperolehi dana sebanyak RM36 juta hasil daripada IPO ini.

Boleh muat turun Prospektus Techbond Group di bawah:

Prospektus Bahagian 1 – fail PDF

Prospektus Bahagian 2 – fail PDF

Sumber: Bursa Malaysia

Siapa Techbond Group Ni?

Sumber: Laman Web Techbond

Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1992 ni, dahulunya dikenali sebagai Optima Machinery (M) Sdn Bhd. Sehinggalah tahun 1996 apabila ianya ditukar nama menjadi Techbond Manufacturing Sdn Bhd, dan memulakan operasi pelekat sehingga ke hari ini.

Kini Techbond Group semakin dikenali membekalkan produk mereka ke seluruh dunia.

Apakah Operasi Techbond Group?

Sumber: Laman Web Techbond

Techbond Group mempunyai R&D mereka sendiri bagi membangun teknologi pelekat mereka. Hasil daripada kajian yang dijalankan, mereka kemudiannya mengeluarkan pelekat di kilang mereka sendiri di Kota Kemuning, Shah Alam dan juga di Vietnam.

Ia kemudiannya dieksport ke negara-negara Asia seperti Indonesia, China, Thailand dan juga negara Arab seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Oman.

Apa Kelebihan Techbond Group?

Sumber: Laman Web Techbond

Techbond memang cukup berpengalaman dalam dunia pelekat dengan track record lebih daripada 20 tahun. Keupayaan untuk menjalakan R&D sendiri, turut menyumbang kepada barangan yang dikeluarkan adalah up-to-date. Ianya turut mendapat pengiktirifan ISO bagi memastikan kualiti barangan yang dihasilkan.

Semuanya dengan hasil kerjasama pasukan teknikal yang mahir, dan juga pihak pengurusan yang berpengalaman diketuai oleh Encik Lee Seng Thye yang merupakan Pengarah Urusan dan juga pengasas syarikat.

Kenali Produk Techbond Group Pula

Teknologi pelekat yang dihasilkan Techbond mempunyai banyak kegunaannya dalam industri. Di antaranya ia digunakan dalam aplikasi pertukangan kayu, bangunan & pembinaan, bidang automotif, kertas & pembungkusan dan tilam.

Lokasi Strategik Techbond

Sumber: Laman Web Techbond

Dua kilang milik mereka terletak di Kota Kemuning dan juga Vietnam. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai gudang dan pejabat di Indonesia bagi meluaskan jajahan mereka ke negara serantau.

Dah Boleh Beli IPO Techbond Group di Maybank dan CIMB

Pertama, boleh beli IPO Techbond menerusi Maybank2U. Boleh rujuk Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI).

Kedua, boleh juga guna CIMB Clicks untuk beli IPO Techbond ni. Boleh rujuk Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan CIMB Clicks.

Bank Islam Sahkan Saham Techbond Patuh Syariah

Tak seperti saham yang baru di-IPOkan sebelum ini iaitu SecureMetric yang tak patuh Syariah, kini Bank Islam menerusi FB BIMB Securities Sdn Bhd tampil mengesahkan bahawa saham Techbond Group adalah Syariah-compliant.

Techbond Group Berhad (TGB)Dear all,We have conducted the screening analysis based on information extracted from the…

Posted by BIMB Securities Sdn Bhd on Selasa, 13 November 2018

Adakah ia akan ikut jejak langkah SecureMetric yang naik 120% pada hari pertama IPO dilancarkan?

SecureMetric IPO Hari Pertama Dah Naik 120%.Tahniah siapa yang dapat beli harga IPO RM0.25 tempoh hari. Baru sehari…

Posted by Majalah Labur on Isnin, 12 November 2018

Eh jap, korang dah ada akaun CDS ke belum? Sebab nak beli IPO ni kena ada akaun CDS. Kalau belum ada tu, boleh baca Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10 sahaja.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend